KUALA LUMPUR: Kemelut kepimpinan dalam Persatuan Olahraga Selangor (POS) terus "hangat" apabila Datuk SM Muthu semalam mendakwa beliau masih presiden persatuan itu yang sah.
Malah, Muthu yang juga Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) mendakwa Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) POS pada Ahad yang menyingkirkan beliau daripada jawatan Presiden POS dan menarik balik keahlian seumur hidupnya atas dakwaan berlakunya penyelewengan dana sebanyak RM110,000, adalah tidak sah.
Muthu mendakwa EGM itu juga tidak sah kerana dihadiri oleh individu bukan ahli serta Perlembagaan POS tidak membenarkan penyingkiran mana-mana pemegang jawatan melalui EGM.
"Dakwaan yang saya kononnya menyeleweng dana POS adalah fitnah, satu percubaan yang tidak bertanggungjawab dan berniat jahat untuk memburukkan nama saya. Setahu saya, wang itu berada dalam akaun bank POS.
"Usaha ini dibuat bagi menghalang saya mempertahankan jawatan pada pemilihan ketika Mesyuarat Agung Tahunan POS pada 7 Nov ini," dakwanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membuat laporan mengenai perkara itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini petang tadi.
Menurut laporan media Ahad, EGM POS yang dihadiri 39 ahli secara sebulat suara menyingkirkan Muthu daripada jawatan Presiden POS dan menarik balik keahlian seumur hidupnya atas dakwaan berlakunya penyelewengan dana persatuan, serta mahu membuat laporan kepada polis dan Pesuruhjaya Sukan.
Sementara itu, Pesuruhjaya Sukan Ibrahim Mohd Yusof diketika dihubungi berkata beliau masih belum menerima apa-apa laporan daripada kedua-dua pihak, manakala kesahihan EGM juga belum disahkan.
"Kita perlu semak dan teliti proses EGM dibuat sama ada ikut perlembagaan atau tidak. Dalam Perlembagaan POS, hanya pemilihan sahaja tidak boleh dibuat (dalam EGM), yang lain-lain tidak disebut.
Menurut Fasal 13 Perlembagaan POS, surat tunjuk sebab perlu dikemukakan sebelum pemecatan dibuat oleh Jawatankuasa Tatatertib. Sama ada tindakan ini (penyingkiran) teratur atau tidak, kita perlu semak dan teliti perlembagaan POS," katanya.
-- BERNAMA
POS, KOM, Datuk SM Muthu, penyelewengan, Pesuruhjaya Sukan
Bernama
Mon Oct 25 2021

MUTHU: Dakwaan yang saya kononnya menyeleweng dana POS adalah fitnah, satu percubaan yang tidak bertanggungjawab dan berniat jahat untuk memburukkan nama saya. - Gambar fail/BERNAMA

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 13 Mac 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
10 Berita Pilihan - (13 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Penentuan bayaran perundingan GP swasta pada peringkat akhir - Dzulkefly
Kementerian Kesihatan (KKM) kini dalam peringkat akhir perbincangan bersama Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) bagi penentuan bayaran perundingan pegawai perubatan am (GP) swasta.

Warga emas hilang ketika keluar ke pusat fisioterapi ditemukan maut
Seorang lelaki warga emas ditemukan meninggal dunia di dalam bilik sebuah hotel di sini hari ini, selepas dilaporkan hilang ketika keluar ke pusat fisioterapi pada Selasa lepas.

LHDN, MyDigital ID perkukuh kerjasama ke arah kelestarian pendigitalan negara
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan MyDigital ID Sdn Bhd memperkukuh kerjasama dalam pembangunan serta memperluas penggunaan identiti digital di Malaysia.
Tumpuan Jumaat – 14 Mac 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Hampir 80 peratus pekebun kecil minyak sawit tempatan patuh peraturan EUDR - Johari
Kira-kira 70 hingga 80 peratus pekebun kecil kelapa sawit tempatan telahpun mematuhi Peraturan Produk Bebas Penebangan Hutan Kesatuan Eropah (EUDR).

Wanita dan inovasi digital: Meningkatkan penyertaan, memacu perubahan
Kedutaan Belanda di Kuala Lumpur menghimpunkan pakar dan aktivis bagi membincangkan peranan wanita dalam landskap digital dan teknologi yang semakin berkembang.

Projek Tebatan Banjir Lembangan Sungai Jawi perkukuh kualiti hidup komuniti setempat
Pelaksanaan Projek Tebatan Banjir Lembangan Sungai Jawi di daerah Seberang Perai Selatan, dijangka dapat memberi kesan positif jangka panjang terutamanya dalam meningkatkan kualiti hidup penduduk.

Pesuruhjaya Sukan diminta teliti, selesai masalah badan sukan
Antara badan sukan itu ialah Persatuan Bola Sepak Perak dan Persatuan Olahraga Selangor.

AGM Persatuan Olahraga Selangor pada 12 Disember tidak sah - Pesuruhjaya Sukan
Proses pelaksanaan dan perjalanan mesyuarat berkenaan didapati bercanggah, atau tidak mematuhi perlembagaan persatuan.

Olahraga Selangor ada enam bulan selesai kemelut
Antara langkah remedi yang disyorkan PJS ialah penstrukturan semula keahlian serta meminda perlembagaan.

Muthu dakwa masih Presiden POS
Muthu antara lain mendakwa EGM pada Ahad tidak sah kerana dihadiri individu bukan ahli.