BHUBANEWSAR (INDIA): Penganjur pesta perkahwinan telah dituduh sebagai penyebab kematian 63 ekor ayam yang terkena serangan jantung berpunca daripada alunan muzik yang rancak dan kuat daripada majlis itu.
Pesta perkahwinan tradisional India yang turut menampilkan persembahan bunga api, tarian dan pancaragam itu juga didakwa telah menakutkan ayam-ayam berkenaan.
Ranjit Kumar Parida yang menternak ayam-ayam itu berkata, penganjur acara berkenaan memainkan muzik yang terlalu kuat sehingga dapat didengari di ladang ayamnya di Odisha sebelum tengah malam Ahad lalu.
"Saya telah meminta kumpulan yang memainkan muzik itu untuk memperlahankan bunyi kerana terlalu bising dan menakutkan ayam-ayam saya.
"Bagaimanapun, mereka enggan mendengar permintaan, bahkan, seorang rakan pengantin lelaki memarahi saya pula," katanya kepada AFP.
Sementara itu, seorang doktor veterinar memaklumkan Parida bahawa ayam-ayamnya mati akibat serangan jantung.
Sehubungan itu, dia bertindak membuat laporan polis berikutan penganjur pesta perkahwinan itu enggan membayar pampasan atas kerugiannya.
Dalam perkembangan sama, AFP melaporkan, Profesor Zoologi, Suryakanta Mishra memberitahu, risiko penyakit kardiovaskular dalam kalangan burung boleh meningkat akibat diganggu dengan pencemaran bunyi yang kuat.
Menurut beliau, ayam dikawal oleh irama yang dipengaruhi cahaya semula jadi atau kitaran cahaya siang dan malam.
"Keseronokan atau tekanan secara tiba-tiba akibat muzik yang kuat boleh mengganggu jam biologi mereka," kata Mishra yang pernah menulis bukut berkaitan kelakuan haiwan.
Berbalik pada kisah kekecohan pesta perkahwinan itu, pengakhirannya pihak polis berjaya memujuk penganjur untuk menyelesaikan masalah berkenaan secara persefahaman
“Polis tidak mengambil sebarang tindakan memandangkan pemilik ayam juga sudah menarik laporan,” kata jurucakap polis Drooupadi Das.
AFP
Wed Nov 24 2021

Pesta perkahwinan tradisional India yang turut menampilkan persembahan bunga api, tarian dan pancaragam itu juga didakwa telah menakutkan ayam-ayam berkenaan. - Gambar fail REUTERS
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Muzik kuat dari pesta kahwin jadi punca 63 ekor ayam mati akibat serangan jantung
Penganjur acara memainkan muzik yang terlalu kuat sehingga dapat didengari di ladang ayam di Odisha sebelum tengah malam Ahad lalu.