PELAWAK dan penyampai radio Era popular Johan mengulas isu berkenaan dirinya yang tular kira-kira sebulan lalu ketika memberi pertolongan kepada sebuah keluarga yang tersidai di bahu jalan.
Menurut Johan, ketika dirinya terlihat situasi itu, dia hanya terbayang akan situasi yang sama jika terjadi kepada anak dan keluarganya.
“Bila saya tahu video itu viral saya hanya berdoa, semoga segala kebaikan yang diberikan kepada saya berbalik kepada semua yang mendoakan dan sejujurnya saya tak sangka perkara itu akan viral.
“Terdetik di hati saya untuk berhenti kerana saya ternampak ada budak, kalau tiada budak di situ mungkin saya tidak akan berhenti.
“Saya tolong mana yang mampu, saya kata mungkin saya boleh ringankan beban dia untuk hantar isteri dan anak-anak dia balik terlebih dahulu.
“Saya bantu untuk tidak mengharapkan apa-apa bantuan, tapi saya percaya setiap perbuatan ada balasan.
“Jika suatu hari, anak-anak saya dalam kesusahan mungkin akan ada orang lain pula yang tolong anak saya,” kata ayah kepada 6 cahaya mata itu.
Rentetan tular video tersebut, ramai yang berpendapat Johan mempunyai hati yang mulia dan pastinya dia juga seorang ayah yang bertanggungjawab kepada anak-anaknya.
“Saya di luar lain, yang anda semua jumpa saya, saya ialah Johan, jika di rumah saya seorang bapa, seorang kawan, seorang guru kepada anak-anak saya.
“Bila minta mereka melakukan kerja sekolah saya sebagai bapa, bila mengaji saya akan mengajar maka saya sebagai guru, bila bermain saya sebagai kawan.
“Sebenarnya saya agak tegas bila di rumah, saya akan ajar anak saya menguruskan rumah seperti basuh baju, sidai kain, sapu sampah, rapikan bilik tidur dan sebagainya.
“Ada sebab dan tujuan saya mengajar anak saya sedemikian, sebab saya percaya mereka akan praktikkan perkara itu jika mereka masuk ke asrama.
“Saya percaya semua itu mesti bermula dari rumah dan saya langsung tidak peduli bila orang kata cara kami dan cara mereka berbeza.
“Konsep saya, My house my rules,” tambah pelawak itu.
Johan ditemui ketika sidang media Ceria Popstar Xtra minggu lalu.
Johan akan bertindak selaku juri tetap bersama Mas Idayu. Ceria Popstar Xtra mula bersiaran pada 29 Jun, setiap Rabu menerusi saluran 611, Astro Ceria.
*Artikel asal disiarkan di Gempak
Gempak
Thu Jun 23 2022

Johan bersama ahli keluarganya. -Gempak

Mampukah tenaga kerja Malaysia bertahan dalam revolusi AI?
Kecerdasan Buatan (AI) bukan lagi sekadar konsep masa depan, ia kini mengubah landskap industri, pasaran pekerjaan, dan kemahiran yang diperlukan untuk masa depan.
Platform X berdepan serangan siber skala besar
Pemilik media sosial X, Elon Musk sahkan platform itu berdepan serangan siber besar-besaran, sekali gus menimbulkan persoalan sama ada beliau sengaja disasarkan kerana menimbulkan pergeseran politik di Amerika Syarikat (AS)
Phuket catat pendapatan pelancongan tertinggi di Thailand pada 2024 melebihi 490 bilion baht
Phuket, destinasi pelancongan utama Thailand mencatatkan pendapatan pelancongan tertinggi pada 2024 dengan menjana lebih 490 bilion baht.

Paus Francis stabil, tetapi perlu kekal di hospital
Keadaan kesihatan Paus Francis kini stabil, namun beliau masih perlu menjalani rawatan di hospital, menurut pasukan perubatan pada Isnin.

'Perang' lagu raya, Daiyan Trisha muncul dengan 'pick-up line' Jom Raya
Dilancarkan pada 28 Feb lepas, lagu itu yang liriknya ditulis bersama-sama dengan Glowrush dan Efry Arwis, mempunyai dua versi, iaitu duet dan solo.
21 lokasi dikenal pasti untuk pembangunan tapak perpaduan
Kementerian Perpaduan Negara mengenal pasti 21 lokasi di seluruh negara yang berpotensi untuk dibangunkan sebagai tapak perpaduan.
Operasi padam kebakaran ladang, hutan di Gebeng ditamatkan sepenuhnya
Pemantauan rapi akan terus dijalankan oleh Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gebeng selama tiga hari bagi memastikan tiada kesan bara yang boleh mencetuskan kebakaran semula.
Industri acara perniagaan P.Pinang jana RM1.29 bilion pada 2024 - Chow
Pulau Pinang menjadi tuan rumah kepada 2,059 acara perniagaan pada 2024, menunjukkan peningkatan luar biasa sebanyak 240.9 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Imigresen serbu dua klinik bedah kosmetik cantikkan hidung milik warga asing
Jabatan Imigresen menahan sembilan warga asing dalam serbuan di dua unit kondominium di Desa Petaling dan Bukit Jalil, dipercayai menjalankan prosedur pembedahan kosmetik tanpa lesen didalangi doktor warga asing.
Polis tunggu hasil laporan 6 ubat diambil dari kediaman Ridz Okumura
Polis mengesahkan masih menunggu laporan berkaitan enam jenis ubat yang diambil dari kediaman usahawan dan pempengaruh media sosial, Abd Ridzuan Abdul Mutalib atau Ridz Okumura untuk siasatan berhubung kematian isterinya, Akiko Okumura.

Mohamad Husaini, Nor Hidayah johan Tilawah Al-Quran
Muhammad Husaini dan Nor Hidayah masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM20,000 dan wang tunai RM10,000 bagi menunaikan ibadah haji, piala, cenderamata serta sijil.

APBN: Usaha Muhammad Asmawi bantu belia 'buahkan hasil'
Muhammad Asmawi Sulaiman, 29, dinobatkan sebagai johan kategori individu lelaki Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) 2024.

Aiman Ridhwan, Sofizah johan qari, qariah Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan
Dengan kemenangan itu kedua-duanya membawa pulang wang tunai berjumlah RM15,000 dan tambahan RM10,000 untuk menunaikan haji serta cenderamata dan sijil penyertaan.

Penuntut Malaysia juara pertandingan pidato umum dunia
Pavit, penuntut Universiti Multimedia kampus Melaka yang mewakili ESUM, menewaskan 35 lagi peserta dari 33 negara pada finale.

Enam pelajar sekolah luar bandar di Besut menang anugerah antarabangsa
Pelajar SMK Kuala Besut muncul johan pertandingan akhir 'Kid Witness News Global Summit 2020' dengan mengalahkan dua pesaing lain dari Jepun dan Vietnam.

UIAM johan Pertandingan Debat Alam Sekitar ke-26
Muhammad Wafi Anwar, mahasiswa tahun satu Kuliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim, diumum sebagai pendebat terbaik, sekali gus melayakkan beliau membawa pulang hadiah termasuk wang tunai RM2,000.

CEO Bank Islam letak jawatan
Ketua Pegawai Eksekutif BIMB Holdings Bhd dan Bank Islam Malaysia Bhd, Khairul Kamarudin telah meletak jawatan pada Jumaat.

Ozlynn cerita kisah malam pertama bersama Johan
Ozlynn mendedahkan perangai sebenar Johan, berdasarkan pengalamannya pada malam pertama mereka bersama sebagai suami isteri.

Johan berang maklumat peribadi didedah pihak tidak bertanggungjawab
Penyampai radio Erm FM, Johan meluahkan rasa kecewa apabila maklumat peribadinya didedahkan pihak tidak bertanggungjawab.

Mahkamah rayuan kekalkan ganti rugi RM100,000 kepada Johan Raja Lawak
Mahkamah rayuan kekalkan ganti rugi RM100,000 kepada Johan Raja Lawak yang menyaman pengarah filem dan drama dan syarikatnya bagi kecederaan dialami penghibur itu.