LANGKAWI: Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) telah melancarkan aplikasi terbaharu MY TouristPay untuk mengantarabangsakan perniagaan tempatan menerusi ekonomi digital.
Pelancaran ini sekali gus dapat memperkasa perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dengan memudahcara kaedah pembayaran pelancong dengan lebih pantas dan selamat.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PayNet, Farhan Ahmad berkata, inovasi ini memfokuskan pembangunan usahawan tempatan dalam menggalakkan penggunaan aplikasi pembayaran tanpa tunai.
Ujarnya lagi, tujuan pelancaran juga adalah untuk menghubungkan antara peniaga dan pelancong antarabangsa yang berkunjung ke Malaysia, khususnya di Pulau Langkawi.
"Di sekitar Malaysia, terdapat 1.9 juta peniaga menggunakan kemudahan pembayaran melalui DuitNow QR.
"Justeru, sebagai aplikasi pembayaran tanpa tunai pelancong pertama di dunia, ia membolehkan pelancong dari seluruh dunia menikmati kemudahan transaksi tanpa sempadan melalui imbasan kod QR DuitNow seperti penduduk tempatan," tambahnya.
Di samping itu, aplikasi MY TouristPay yang disokong Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) merupakan fasa kedua di bawah program PayNet Cambah yang melibatkan aspek alam sekitar, sosial dan urus tadbir (ESG).
Menurut Pengarah Kanan, Strategi & ESG mereka, Azleena Idris, "fasa pertama sebelum ini melibatkan kerjasama dengan Suri Lifestyle yang difokuskan untuk membantu ibu-ibu daripada komuniti B40 dan meningkatkan kemampuan e-dagang mereka.”
"Fasa kedua pula menyasarkan untuk memperkasa komuniti lestari dengan karyawan tempatan di Pulau Langkawi setaraf antarabangsa dengan digitalisasi perniagaan," jelasnya.
Antara karyawan tersebut adalah Akuart Woodcarvings, Datai Valley, Crystal Langkawi dan Ilham Ceramics.
Kedua-dua Farhan dan Azleena ditemui pada sidang akhbar selepas pelancaran aplikasi tersebut di Jalan Pantai Chenang, Pulau Langkawi, pada Isnin.
Astro Awani
Fri Dec 15 2023

Farhan Ahmad melancarkan aplikasi MY TouristPay yang diperkenalkan di Langkawi ketika majlis pelancaran di Pelangi Beach Resorts, Jalan Pantai Chenang, Langkawi.

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.

Malaysia masih jauh untuk menjadi masyarakat tanpa tunai - PayNet
Negara ini hanya akan mampu merealisasikan konsep masyarakat tanpa tunai dalam tempoh 20 tahun akan datang.