Penangguhan Program Biasiswa MyBrain dibuat sementara mendapat kelulusan peruntukan daripada Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan Kementerian Kewangan.
Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkata, Kementerian Kewangan dan EPU pada waktu ini mungkin sedang melihatkan kepentingan terhadap beberapa isu terdahulu.
"Kita perlu ketahui bahawa program MyBrain melibatkan lebih 10,000 di kalangan mereka yang menerima. Jadi apa yang berlaku ialah kerajaan sebelum ini telah menjanjikan RM90 juta peruntukan tetapi ia tidak pernah sampai lagi kepada Kementerian Pendidikan. Ia langkah politik daripada kerajaan lepas.
"RM90 juta itu sebenarnya tidak cukup untuk menampung keseluruhan pengajian penerima tersebut. Keseluruhan kos yang perlu ditampung ialah RM612 juta. Dan ini memberikan implikasi kewangan yang besar," katanya semasa sidang media selepas melancarkan Laporan Tahunan 2017 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 di sini, hari ini.
BACA: Maszlee berteka-teki isu MyBrain, dana SMPC
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia merupakan hasil penglibatan masyarakat dan penyelidikan meluas yang dijalankan oleh Kementerian Pendidikan.
Ia dibangunkan dengan tiga objektif khusus, iaitu memahami prestasi dan cabaran semasa sistem
pendidikan Malaysia, mewujudkan visi dan aspirasi yang jelas untuk setiap murid dan sistem pendidikan dan menggariskan transformasi sistem pendidikan yang komprehensif merangkumi perubahan penting dalam Kementerian.
Dalam pada itu jelas Maszlee, pihaknya tidak akan melupakan kira-kira 10,000 penerima MyBrain sedia ada
"Kita tidak melupakan penerima MyBrain. Di pihak KPM 10,000 yang akan melanjutkan pelajaran ini kita tidak akan lupa. Cuma keputusan bukan di tangan kami.
"Saya akan terus membantu dan akan terus memastikan bahawa kita akan berikan kerjasama, penerima tidak dilupakan. Jadi mereka perlu bersabar. Ia bergantung kepada keadaan ekonomi semasa," ujarnya.
Pada 25 Julai lepas, menerusi program 'Bicara Khas Bersama Menteri' terbitan RTM, Maszlee memaklumkan bahawa program MyBrain iaitu skim pembiayaan pendidikan oleh Kementerian Pendidikan untuk Sarjana (Master) dan Kedoktoran (PHD) ditangguhkan.
Jelasnya, program tersebut ditangguh kerana kerajaan sebelum ini meninggalkan hutang yang begitu banyak.
Wan Syamsul Amly
Mon Jul 30 2018

MASZLEE: Penangguhan Program Biasiswa MyBrain dibuat sementara mendapat kelulusan peruntukan daripada EPU dan Kementerian Kewangan. - Gambar Facebook

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

EPU bertanggungjawab perkukuh agenda hadapi negara menua menjelang 2030 - Mustapa
EPU akan menerajui agenda negara menua bagi memperkukuhkan usaha negara dalam menghadapi negara menua menjelang tahun 2030.

Proses rangka belanjawan 2022 bermula April - Mustapa
Unit Perancang Ekonomi (EPU) sudah mula menerima senarai cadangan untuk merangka Belanjawan 2022, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Kerajaan komited fokus usaha kurangkan kadar kemiskinan - Mustapa
Mustapa berkata, usaha itu akan dilakukan menerusi kajian lapangan secara langsung bagi mendapatkan data yang tepat dan berkesan.

Malaysia anjur Forum Menteri-menteri Gas IEF-IGU ke-7
Kerajaan Malaysia akan diwakili oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU) di Jabatan Perdana Menteri.

Pembentangan RMK-12 ditangguh?
Menurut surat yang dilihat Astro AWANI, beberapa sebab digariskan atas penangguhan itu termasuk akibat COVID-19.

Najib dakwa tidak terlibat dengan penubuhan SRC
Katanya, penubuhan syarikat itu berada di dalam skop Unit Perancang Ekonomi (EPU).

Najib abai nasihat agensi kerajaan berhubung ECRL - Daim
Daim bertanya sama ada wakil peribadi berunding secara terus dengan China dan CCCC, menyebabkan perjanjian ECRL yang lama ditandatangani pada kos amat tinggi dan tanpa ketelusan dan akauntabiliti.

Hampir 10 tahun jadi PM, Najib masih tak faham proses jual beli - SUA
Wang deposit masih boleh dikembalikan sekiranya sesuatu urus niaga itu tidak jadi atau terbatal.

Akta khusus tangani gangguan seksual sedang diteliti
Setakat ini, dalam merangka akta baharu itu, kementerian telah mengadakan sesi konsultasi dengan kerjasama Majlis Kebangsaan Pertubuhan Wanita Malaysia yang disertai beberapa NGO pada 3 Feb lalu.

MyBrain ditangguh kerana belum dapat peruntukan - Maszlee
Penangguhan Program Biasiswa MyBrain dibuat sementara mendapat kelulusan peruntukan daripada Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan Kementerian Kewangan.