KUALA LUMPUR: MY E.G. Services Bhd (MYEG) memeterai perjanjian kerjasama dengan agensi milik penuh China Customs, East Logistic-Link Co Ltd untuk menyediakan secara bersama perkhidmatan pemudahan perdagangan rentas sempadan lengkap yang termasuk sijil asal pada platform blockchain Zetrix.
MYEG dalam satu kenyataan pada Khamis berkata sijil lain yang berkaitan dengan perdagangan rentas sempadan seperti jaminan makanan, kuarantin dan dokumen kargo juga boleh dikeluarkan di platform blockchain itu.
"Ini akan membolehkan semua data dalam sijil ini tersedia dengan tepat dalam hampir masa nyata, dan oleh itu, meningkatkan kecekapan pengiraan tarif dan pemeriksaan kastam, terutamanya untuk perdagangan dalam Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP)," katanya.
MYEG, menerusi platform blockchain Zetrix, menyediakan perkhidmatan digital untuk menghubung ke platform blockchain China.
Penyedia perkhidmatan digital itu berkata kerjasama tersebut akan merangkumi eksport antarabangsa ke China.
Menurutnya, pengeksport seluruh dunia kini boleh mendaftar untuk menggunakan perkhidmatan itu, yang dikenali sebagai Ztrade di Zetrix.com, dan menikmati manfaat proses pemeriksaan kastam yang lebih pantas dan mudah.
Naib pengurus besar East Logistics-Link Haiying Zhao berkata dengan data perdagangan yang relevan di blockchain itu, agensi tersebut boleh menjangkakan pemprosesan perdagangan yang lebih pantas dan cekap yang sekali gus yang memberi manfaat kepada semua pihak berkepentingan.
MYEG berkata dengan memanfaatkan teknologi Web 3, perkhidmatan Ztrade boleh mengatasi batasan lazim seni bina teknologi konvensional dalam menyediakan kaedah yang boleh dipercayai bagi mendigitalkan pemprosesan pemeriksaan perdagangan secara selamat dan berkesan, sekali gus menjadikannya lebih lancar, pantas dan mudah secara keseluruhannya.
Ztrade juga akan menyokong perkhidmatan pemudahan perdagangan pelengkap seperti pembiayaan rantaian bekalan dan instrumen kewangan digital serta penyelesaian pembayaran, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 30 2023

Penyedia perkhidmatan digital itu berkata kerjasama tersebut akan merangkumi eksport antarabangsa ke China. - Gambar fail/ MYEG
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Wanita dilanggar bas ketika minum di restoran
Kemalangan ini mengakibatkan seorang perempuan berusia 51 tahun yang sedang minum di kedai tersebut mengalami kecederaan bengkak di betis akibat terkena serpihan batu bangunan kedai.

Johor tidak benarkan pelaburan berkaitan pengimportan e-waste
Kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang pelaburan membabitkan pengimportan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) ke negeri ini.

Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara
Kebakaran hutan secara sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat tentang jerebu berbahaya, yang boleh membawa kesan besar terhadap ekonomi dan masyarakat, mengingatkan kepada episod jerebu pada 1997.

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

AS rancang pengurangan 10 peratus diplomat di China - Laporan
Amerika Syarikat (AS) merancang untuk mengurangkan saiz misi diplomatiknya di China sebanyak 10 peratus.

China: Pelbagai sektor guna integrasi DeepSeek manfaatkan pemerkasaan AI
Tencent menyatakan pengguna yang dipilih untuk ujian itu boleh mengakses model DeepSeek-R1 secara percuma melalui fungsi carian Weixin AI.

ASEAN perlu melangkaui angka perdagangan dan pelaburan tradisional - PM Anwar
Beliau menegaskan ASEAN tidak harus terhad dalam reaksinya terhadap anjakan global dan sebaliknya, perlu menjadi peneraju.

Malaysia sudah sedia pimpin ASEAN dengan jelas dan yakin - PM Anwar
Anwar berkata kepimpinan bukan tanggungjawab kerajaan semata-mata dan menggesa perniagaan, ahli akademik, usahawan, masyarakat sivil turut berperanan.

China sedia bangunkan kerjasama, perkukuh hubungan dengan Ukraine - Menteri Luar
Beijing berharap satu perjanjian damai yang adil, berkekalan dan mengikat mengenai Ukraine dapat dicapai, kata Wang Yi.

China atasi Jepun, mara ke final kejohanan badminton berpasukan campuran Asia
Pasangan Jepun Hiroki Midorikawa dan Natsu Saito menewaskan pasangan China, Gao Jiaxuan dan Wu Mengying untuk memperoleh mata pertama buat Jepun.

Industri automotif China, Eropah miliki potensi kerjasama besar - Menteri Perdagangan China
Industri automotif di China dan Eropah mempunyai asas kukuh serta potensi besar untuk bekerjasama, kata Menteri Perdagangan China, Wang Wentao.

China gesa AS tinggalkan mentaliti jumlah sifar
He Yongqian berkata, langkah AS mencerminkan sifat unilateralisme dan perlindungan perdagangan, yang menerima bantahan jelas banyak negara.

China cadang inisiatif kerjasama baharu dengan ASEAN
Cadangan itu dibentangkan pada Rundingan Pegawai Kanan ASEAN-China ke-31 di Bandar Ningbo, China pada Khamis.

Amerika Syarikat mulakan usaha haramkan DeepSeek pada peranti milik kerajaan
AS akhirnya memulakan langkah untuk menggunakan rang undang-undang (RUU) mengharamkan penggunaan aplikasi DeepSeek pada peranti milik kerajaan.