KUALA LUMPUR: Tarikh akhir bagi penyerahan permintaan maklumat (RFI) bagi cadangan konsep projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR KL-SG) dilanjutkan sehingga 15 Jan, 2024 daripada tarikh asal pada 15 Nov, 2023.
Ini berikutan permintaan daripada pemain industri antarabangsa dan tempatan dalam beberapa minggu kebelakangan ini, kata MyHSR Corporation Sdn Bhd (MyHSR Corp).
Syarikat itu berkata dalam satu kenyataan bahawa lebih 60 peratus syarikat, yang menyatakan komitmen mereka untuk menyerahkan cadangan konsep projek itu, memohon agar masa dilanjutkan berikutan mereka memerlukan lebih masa untuk membentuk konsortium bersama rakan kongsi berpotensi dan mencari pilihan kewangan.
MyHSR Corp memaklumkan ia telah memberi taklimat RFI pada 27 Julai, 2023 untuk projek tersebut, yang menarik lebih 700 penyertaan tempatan dan asing.
Pada taklimat itu, ia berkongsi gambaran keseluruhan proses RFI, termasuk garis masa untuk firma tempatan dan antarabangsa serta konsortium bagi mengemukakan cadangan konsep projek HSR KL-SG berdasarkan inisiatif perkongsian awam-swasta dan melaksanakan projek itu berdasarkan model design-finance-build-operate-transfer (DFBOT).
Firma dan konsortium yang mengambil bahagian juga perlu menunjukkan kepakaran teknikal dan keupayaan keseluruhan untuk membangunkan dan mengendalikan sistem infrastruktur utama ini dengan sumber yang diperlukan dan dalam kos, kualiti dan masa yang dianggarkan.
Mereka juga perlu menunjukkan model komersial dan perniagaan yang berdaya maju serta rangka kerja konsortium dan tadbir urus, kata MyHSR Corp.
Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Mohd Nur Ismal Mohamed Kamal berkata sambutan yang positif daripada penggiat industri memberikan galakan kepada syarikat itu apabila lebih 30 salinan dokumen RFI dibeli oleh firma tempatan dan antarabangsa setakat ini.
"Kami faham syarikat memerlukan lebih banyak masa untuk menghasilkan cadangan berkualiti bagi projek HSR KL-SG yang akan menjadi pemacu pertumbuhan dan dorongan yang amat diperlukan dalam memangkin trajektori ekonomi Malaysia.
"RFI itu menandakan inisiatif kerajaan untuk mengaktifkan semula projek HSR KL-SG melalui mekanisme pembiayaan dan model pelaksanaan baharu dalam usaha menambah baik lagi infrastruktur pengangkutan rel dan menggiatkan ekonomi negara," katanya.
Pengerusi MyHSR Corp Datuk Seri Fauzi Abdul Rahman berkata projek itu merupakan penggerak utama kepada objektif rangka kerja Ekonomi Madani seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri.
"Ia mempunyai pelbagai faedah ekonomi, sosial dan alam sekitar yang bukan sahaja akan meningkatkan daya saing dan kemampanan jangka panjang negara tetapi juga memastikan pembangunan wilayah yang saksama dan meningkatkan kebolehcapaian ke bandar peringkat kedua dan ketiga kita," katanya.
Maklumat mengenai RFI itu boleh didapati di laman web MyHSR Corp di https://www.myhsr.com.my/rfi.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 07 2023

Ini berikutan permintaan daripada pemain industri antarabangsa dan tempatan dalam beberapa minggu kebelakangan ini, kata MyHSR Corporation Sdn Bhd (MyHSR Corp).

Terengganu bakal miliki industri pembinaan pesawat ringan - Ahmad Samsuri
Industri pembinaan pesawat ringan bakal bertapak di Terengganu apabila memorandum persefahaman (MoU) mengenai perkara ini dijangka dimeterai dalam masa terdekat.
Kerajaan Indonesia optimis pertumbuhan perdagangan
Sehingga kini, 19 perjanjian perdagangan telah dilaksanakan, 10 perjanjian perdagangan lain telah ditandatangani atau disahkan,16 sedang dalam proses rundingan, dan enam lagi di luar perjanjian perdagangan bebas dan perjanjian perkongsian ekonomi komprehensif sedang diproses.
UUM terajui program mobiliti pelajar ASEAN
Universiti Utara Malaysia (UUM) akan menerajui Program Mobiliti Pelajar ASEAN sempena penganjuran Pameran dan Forum Universiti ASEAN 2025 (AEF2025) yang akan berlangsung di Petaling Jaya, Selangor pada 24 dan 25 Feb ini.
Pelaksanaan RCEP, memperkukuh integrasi ekonomi ASEAN
ASEAN perlu menekankan integrasi ekonomi yang lebih mendalam, pengukuhan rantaian bekalan serantau dan sumbangan kepada pembangunan ekonomi global sebagai keutamaan bersama.
Biodiesel: Indonesia kaji campuran 50 peratus biodiesel
Pengeluar minyak sawit terkemuka dunia itu tahun ini meningkatkan campuran mandatori minyak sawit dalam biodiesel kepada 40 peratus (B40) daripada 35 peratus untuk mengurangkan pergantungan kepada bahan api diesel yang diimport.
Pelita Raya: Penyertaan Thailand, Singapura bakal meriahkan acara
Singapura dan Thailand telah bersetuju untuk menghantar wakil bagi memeriahkan program selama empat hari yang dijadualkan bulan depan itu.
Laos berhasrat majukan kawasan gunung berapi jadi tarikan
Usaha menaik taraf tapak gunung berapi yang tidak pernah meletus itu sedang dalam perancangan, dan ia disasarkan menjadi satu daya tarikan pelancongan.
AS kecam tindakan provokasi China ke atas Filipina
Duta Amerika Syarikat ke Filipina, Marykay Carlson mengecam tindakan china yang dianggap mendatangkan bahaya kepada juruterbang dan penumpang dalam pesawat peronda kerajaan Filipina di Laut China Selatan.
Filipina dakwa helikopter China lakukan provokasi
Pengawal Pantai Filipina mendakwa sebuah helikopter milik China melakukan penerbangan secara berbahaya di kawasan terumbu karang yang dipertikaikan di Laut China Selatan pada Selasa.
200 warga China akan dihantar pulang pada Khamis
China akan menghantar pulang 200 warganya yang terlibat dalam sindiket penipuan pekerjaan di sempadan Myanmar-Thailand.

Penilaian Cadangan Konsep HSR KL-Singapura dijangka ambil masa dua bulan
Penilaian tujuh Cadangan Konsep daripada firma yang berminat untuk terlibat dalam projek HSR KL-Singapura dijangka mengambil masa dua bulan untuk disempurnakan.

MyHSR Corp lanjut tarikh akhir serahan RFI HSR KL-Singapura hingga 15 Jan, 2024
Ini berikutan permintaan daripada pemain industri antarabangsa dan tempatan dalam beberapa minggu kebelakangan ini.

MyHSR Corp lantik Fauzi Abdul Rahman sebagai pengerusi
MyHSR Corp Sdn Bhd (MyHSR Corp) melantik Datuk Seri Fauzi Abdul Rahman sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif berkuat kuasa 22 Jun 2023.