KOTA BHARU: Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) telah membantu 13,070 individu berusia 40 tahun ke atas untuk bekerja semula menerusi inisiatif MyMidCareer40, di seluruh negara sejak Januari hingga Julai tahun ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perkeso Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata program itu dilaksanakan Kementerian Sumber Manusia bagi menyediakan peluang kepada golongan pencari kerja berumur 40 tahun dan ke atas.
"Golongan ini diyakini berupaya memacu sosioekonomi penduduk.
"Pendekatan mengoptimumkan guna tenaga kerja ini juga adalah sebahagian daripada persediaan membantu negara mendepani peralihan pasaran buruh ke arah negara menua," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Penyerahan Peralatan Bengkel Tajaan Program Cakna Prihatin di Kampung Hutan Banggol, Jalan Pantai Cahaya Bulan (PCB), di sini pada Ahad.
Turut hadir Pengarah Perkeso Kelantan Nora Yaacob.
Sementara itu Mohammed Azman berkata sebanyak 2,539 jawatan kosong dalam pelbagai sektor ekonomi ditawarkan Perkeso sempena penganjuran Karnival Kerjaya MyFutureJobs Peringkat Negeri Kelantan yang berlangsung selama dua hari bermula semalam.
Mohammed Azman berkata karnival bertemakan 'MyMidCareer40' itu bertepatan dengan latar belakang demografi penduduk di Kelantan yang merupakan antara negeri mencatatkan bilangan tanggungan tinggi bagi ketua isu rumah.
Beliau berkata program itu adalah satu daripada usaha pemerkasaan golongan pencari kerja berusia 40 tahun dan ke atas yang diharap turut memberikan konsep perlindungan sosial secara inklusif.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 06 2023
![MyMidCareer40 bantu 13,070 individu bekerja semula - Perkeso MyMidCareer40 bantu 13,070 individu bekerja semula - Perkeso](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/51684254647_AzmanAziz.jpg)
Mohammed Azman Aziz berkata program itu dilaksanakan Kementerian Sumber Manusia bagi menyediakan peluang kepada golongan pencari kerja berumur 40 tahun dan ke atas. - Foto Facebook/Azman Aziz
![Lebih 8,000 calon SPM 2024 tidak hadir peperiksaan bertulis Lebih 8,000 calon SPM 2024 tidak hadir peperiksaan bertulis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736394589_moeSPMexam.jpg)
Lebih 8,000 calon SPM 2024 tidak hadir peperiksaan bertulis
Seramai 8,076 calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2024 dilaporkan tidak hadir bagi semua kertas peperiksaan bertulis setakat 6 Feb lepas.
!['Bomoh' muda mengaku salah lakukan amang seksual 'Bomoh' muda mengaku salah lakukan amang seksual](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739437007_tbBomohamangseksu.jpg)
'Bomoh' muda mengaku salah lakukan amang seksual
Seorang 'bomoh' muda mengaku bersalah atas tiga pertuduhan melakukan amang seksual terhadap kanak-kanak perempuan.
![Honda, Nissan batal pelan penggabungan, teruskan perkongsian strategik Honda, Nissan batal pelan penggabungan, teruskan perkongsian strategik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739435521_TBnissanhonda.jpg)
Honda, Nissan batal pelan penggabungan, teruskan perkongsian strategik
Pelan itu sepatutnya menjadikan gabungan itu sebagai kumpulan automotif ketiga terbesar di dunia dari segi jumlah pengeluaran.
![Perang tarif AS peluang untuk kerajaan percepat reformasi ekonomi - Rafizi Perang tarif AS peluang untuk kerajaan percepat reformasi ekonomi - Rafizi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739435582_tbRafiziRamli.jpg)
Perang tarif AS peluang untuk kerajaan percepat reformasi ekonomi - Rafizi
Ketidaktentuan ekonomi dunia ekoran langkah Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menaikkan tarif ke atas China, Kanada dan Mexico merupakan peluang untuk kerajaan mempercepat reformasi ekonomi.
AWANI Ringkas: SOSMA tidak akan dikaji atau dimansuhkan - PM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![‘Masih jelas suara isteri panggil anak-anak’ - Bapa empat anak rentung ‘Masih jelas suara isteri panggil anak-anak’ - Bapa empat anak rentung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739435896_BapaRentung.jpg)
‘Masih jelas suara isteri panggil anak-anak’ - Bapa empat anak rentung
Dalam kejadian itu, Muhammad Khairuddin terselamat selepas berjaya dibantu keluar dari rumah oleh penduduk setempat.
![Wanita rentung bersama empat anak sedang hamil lima bulan Wanita rentung bersama empat anak sedang hamil lima bulan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739435455_TBrentung.jpg)
Wanita rentung bersama empat anak sedang hamil lima bulan
Wanita yang rentung dalam kebakaran bersama empat lagi anaknya di Kampung Berangan Enam, Umbai, Jasin awal pagi tadi sedang hamil lima bulan.
Facebook lubuk iklan perjudian, 224,403 kandungan diturunkan sejak 2022
Sebanyak 5,026 laman sesawang judi disekat dan 224,403 kandungan perjudian di platform media sosial juga turut diturunkan sehingga 1 Februari lalu.
Isu Adendum akan dijawab di Dewan Rakyat selepas selesai proses perundangan
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar IBrahim menegaskan beliau akan menjawab isu titah adendum seperti yang dijanjikan di Dewan Rakyat sebaik sahaja proses perundangan selesai.
Pembinaan RTS Link Malaysia-Singapura capai kemajuan memberangsangkan
Projek pembinaan Sistem Transit Rapid (RTS) Link antara Malaysia dan Singapura berjalan lancar mengikut jadual dengan mencapai kemajuan 100 peratus membabitkan pembinaan infrastruktur landasan kereta api setakat hujung bulan lalu.
![MyMidCareer40 bantu 13,070 individu bekerja semula - Perkeso MyMidCareer40 bantu 13,070 individu bekerja semula - Perkeso](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/51684254647_AzmanAziz.jpg)
MyMidCareer40 bantu 13,070 individu bekerja semula - Perkeso
Perkeso telah membantu 13,070 individu berusia 40 tahun ke atas untuk bekerja semula menerusi inisiatif MyMidCareer40, di seluruh negara sejak Januari hingga Julai tahun ini.