KOTA BHARU: Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) telah membantu 13,070 individu berusia 40 tahun ke atas untuk bekerja semula menerusi inisiatif MyMidCareer40, di seluruh negara sejak Januari hingga Julai tahun ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perkeso Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata program itu dilaksanakan Kementerian Sumber Manusia bagi menyediakan peluang kepada golongan pencari kerja berumur 40 tahun dan ke atas.
"Golongan ini diyakini berupaya memacu sosioekonomi penduduk.
"Pendekatan mengoptimumkan guna tenaga kerja ini juga adalah sebahagian daripada persediaan membantu negara mendepani peralihan pasaran buruh ke arah negara menua," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Penyerahan Peralatan Bengkel Tajaan Program Cakna Prihatin di Kampung Hutan Banggol, Jalan Pantai Cahaya Bulan (PCB), di sini pada Ahad.
Turut hadir Pengarah Perkeso Kelantan Nora Yaacob.
Sementara itu Mohammed Azman berkata sebanyak 2,539 jawatan kosong dalam pelbagai sektor ekonomi ditawarkan Perkeso sempena penganjuran Karnival Kerjaya MyFutureJobs Peringkat Negeri Kelantan yang berlangsung selama dua hari bermula semalam.
Mohammed Azman berkata karnival bertemakan 'MyMidCareer40' itu bertepatan dengan latar belakang demografi penduduk di Kelantan yang merupakan antara negeri mencatatkan bilangan tanggungan tinggi bagi ketua isu rumah.
Beliau berkata program itu adalah satu daripada usaha pemerkasaan golongan pencari kerja berusia 40 tahun dan ke atas yang diharap turut memberikan konsep perlindungan sosial secara inklusif.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 06 2023
![MyMidCareer40 bantu 13,070 individu bekerja semula - Perkeso MyMidCareer40 bantu 13,070 individu bekerja semula - Perkeso](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/51684254647_AzmanAziz.jpg)
Mohammed Azman Aziz berkata program itu dilaksanakan Kementerian Sumber Manusia bagi menyediakan peluang kepada golongan pencari kerja berumur 40 tahun dan ke atas. - Foto Facebook/Azman Aziz
![Makin tua ikon bola sepak Jepun, Hidetoshi Nakata makin bergaya Makin tua ikon bola sepak Jepun, Hidetoshi Nakata makin bergaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739418940_HidetoshiNakata.jpg)
Makin tua ikon bola sepak Jepun, Hidetoshi Nakata makin bergaya
Kini berusia 48 tahun, Nakata kelihatan tetap segak tetapi dengan gaya rambut berbeza.
![Adobe lancar langganan AI generatif 'Firefly' Adobe lancar langganan AI generatif 'Firefly'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739419828_AdobeFirefly.jpg)
Adobe lancar langganan AI generatif 'Firefly'
Generate Video Beta menjana video 1080P sepanjang lima saat berdasarkan prom atau gambar statik.
![Lima sekeluarga rentung: Jiran terdengar jeritan kuat minta tolong Lima sekeluarga rentung: Jiran terdengar jeritan kuat minta tolong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739422471_Limaberanakrentung.jpg)
Lima sekeluarga rentung: Jiran terdengar jeritan kuat minta tolong
Ketika terjaga daripada tidur dan mahu minum air, Ab Kahar terdengar bunyi bising meminta tolong dan bunyi berlari dari rumah jirannya.
![KDNK Malaysia bagi 2024 diunjur cecah 5.1 peratus, kekal positif - HLIB KDNK Malaysia bagi 2024 diunjur cecah 5.1 peratus, kekal positif - HLIB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51725850439_KualaLumpurskylin.jpg)
KDNK Malaysia bagi 2024 diunjur cecah 5.1 peratus, kekal positif - HLIB
Pertumbuhan ekonomi Malaysia dijangka kekal positif pada paras 5.1 peratus bagi tahun ke tahun pada 2024, kata Hong Leong Investment Bank.
Soal miskin bandar, perumahan rakyat kita bagi keutamaan - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan Madani mengutamakan masalah miskin bandar dan perumahan rakyat. RM285 juta dibelanjakan untuk kemudahan asas di PPR.
#AWANInews
#AWANInews
AWANI Ringkas: Kebebasan perhimpunan aman di Malaysia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kick-Off Perpaduan semai nilai kebersamaan
Program Kick Off Perpaduan 2025 menjadi wadah untuk menyemai keharmonian masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini menerusi sukan bola sepak.
Lebih bermanfaat, ia juga menjadi platform mengumpul dana bagi membangunkan semula Gaza, Palestin dengan berjaya meraih kutipan sekitar RM14,700.
Lebih bermanfaat, ia juga menjadi platform mengumpul dana bagi membangunkan semula Gaza, Palestin dengan berjaya meraih kutipan sekitar RM14,700.
Sara Duterte berdepan dakwaan ancaman, hasutan
Biro Siasatan Kebangsaan (NBI) Filipina pada Rabu memfailkan tuduhan ancaman serius dan menghasut terhadap Naib Presiden Sara Duterte di Jabatan Kehakiman (DOJ).
Tiga tahanan di Belarus dibebaskan termasuk seorang warga AS
Tiga tahanan telah dibebaskan dari tahanan di Belarus, termasuk seorang warga Amerika.
Trump, Putin dijangka bertemu di Arab Saudi
Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dan Presiden Rusia, Vladimir Putin berkemungkinan besar dijangka bertemu di Arab Saudi.
Menurut Trump, bagaimanapun, bila pertemuan itu akan diadakan belum dimaklumkan, namun dijangka akan berlangsung "dalam masa terdekat."
Menurut Trump, bagaimanapun, bila pertemuan itu akan diadakan belum dimaklumkan, namun dijangka akan berlangsung "dalam masa terdekat."
![MyMidCareer40 bantu 13,070 individu bekerja semula - Perkeso MyMidCareer40 bantu 13,070 individu bekerja semula - Perkeso](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/51684254647_AzmanAziz.jpg)
MyMidCareer40 bantu 13,070 individu bekerja semula - Perkeso
Perkeso telah membantu 13,070 individu berusia 40 tahun ke atas untuk bekerja semula menerusi inisiatif MyMidCareer40, di seluruh negara sejak Januari hingga Julai tahun ini.