PUTRAJAYA: Aplikasi MySejahtera akan dijadikan platform digital kesihatan awam negara berikutan transisi peralihan negara daripada pandemik COVID-19, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.
Beliau berkata langkah itu selaras dengan syor Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang mahu aplikasi itu dijadikan alat pengurusan kesihatan awam negara selaras dengan pelan pendigitalan perkhidmatan kesihatan.
PAC hari ini membentangkan Laporan Pembangunan dan Perolehan Aplikasi MySejahtera di bawah Kementerian Kesihatan (KKM), Kementerian Kewangan dan Jabatan Perdana Menteri di Parlimen.
Antara syor PAC adalah kerajaan harus memastikan pemilikan penuh kerajaan dalam aplikasi MySejahtera serta memberikan jaminan bahawa data dalam aplikasi MySejahtera adalah selamat dan tidak akan disalah guna.
"Apabila MySejahtera dipindahkan ke KKM dari Majlis Keselamatan Negara (MKN), kita pastikan soal pemilikan data adalah selamat dan MySejahtera boleh digunakan sebagai platform kesihatan awam," kata Khairy dalam sidang media selepas menghadiri perhimpunan bulanan KKM di sini hari ini.
MySejahtera dibangunkan untuk membantu dalam pengawasan penularan pandemik COVID-19 dalam negara dengan membolehkan pengguna melaksanakan penilaian kesihatan kendiri. Kini, aplikasi itu telah dikemas kini dengan ciri baharu antaranya kad penderma darah serta orang ramai boleh mengikrarkan diri sebagai penderma organ.
Khairy berkata beliau mahu memastikan isu-isu berbangkit berkaitan aplikasi MySejahtera diselesaikan "sebelum meninggalkan KKM".
"Rumusan (PAC) adalah paling penting kerajaan harus memiliki aplikasi (MySejahtera) sepenuhnya dan memang itu yang kita telahpun buat terutama dengan yang kontrak bakal ditandatangani. (Dengan itu), tiada lagi keraguan soal pemilikan aplikasi dan juga data, semuanya dimiliki oleh kerajaan Malaysia," katanya.
Mengenai Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022, Khairy berkata bacaan kedua RUU itu dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat pada Khamis, dengan pindaan RUU itu telah mendapat persetujuan Jawatankuasa Pilihan Khas (JPK) Parlimen yang dianggotai wakil kerajaan dan pembangkang.
"Saya yakin RUU ini boleh diluluskan jika mengikut aturan mesyuarat tetapi sekiranya Parlimen dibubarkan dan ia tidak sempat dibawa ke Dewan Negara, undang-undang ini mesti dibentangkan semula oleh kerajaan baharu, itu prosedurnya.
"Kalau diluluskan kemudian Parlimen bubar, sia-sia sahaja kita (KKM) buat kerja dan tak boleh bawa perkara ini (ke Dewan Negara) dan terpaksa bentang semula," katanya.
Pada 27 Julai lepas, Khairy membentangkan RUU Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat.
Dewan Rakyat pada 2 Ogos lepas bersetuju Rang Undang-undang Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 dirujuk ke JPK Parlimen untuk diteliti serta membuat syor penambahbaikan, ketika usul itu pada peringkat bacaan kedua.
Rang undang-undang itu yang antara lain bakal melarang penjualan serta penggunaan sebarang bentuk bahan merokok termasuk rokok elektronik atau "vape" kepada individu yang dilahirkan pada 1 Jan 2007 dan seterusnya, disifatkan mengehadkan kebebasan memilih oleh beberapa Ahli Parlimen selepas ia dibentangkan pada Julai lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 04 2022

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin ketika sidang media selepas Perhimpunan Bulanan Kementerian Kesihatan hari ini. - Foto BERNAMA

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

Keadaan Paus Francis masih 'kritikal' - Vatican
Vatican turut memaklumkan bahawa ketua gereja Katolik itu masih belum "bebas daripada bahaya."
Trump dakwa capai perjanjian dengan Ukraine
Presiden Donald Trump berkata pada Sabtu bahawa Amerika Syarikat telah menutup perjanjian dengan Ukraine mengenai perkongsian hasil daripada galian Ukraine sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang

Fadillah sertai lebih 4,000 peserta larian kesedaran autisme
Penganjuran program berkenaan mampu memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat untuk lebih peka terhadap situasi golongan autisme.
12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Seramai 12 individu termasuk tiga kanak-kanak dan seorang bayi perempuan terperangkap dalam lif di sebuah hotel di sini pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

EPL: Sensasi Asensio buat Chelsea gigit jari
Asensio menjaringkan gol kemenangan Villa pada minit ke-89 hasil kesilapan penjaga gol Chelsea, Filip Jorgensen.

Saya kehilangan sahabat baik - MB Perak
Menurutnya, secara peribadi hubungan mereka baik sejak sebelum Allahyarham menjadi Ketua UMNO Bahagian Tapah pada 2018.

Muhammad Kamil akan umum keputusan tanding Ketua AMK
Katanya, walaupun kesemua 14 AMK negeri telah nyatakan sokongan terhadapnya, beliau perlukan sedikit masa untuk mempertimbangkannya.

Program Imunisasi Influenza warga emas bermula 18 Feb
Program Imunisasi Influenza Kebangsaan bagi warga emas akan dilaksanakan bermula 18 Feb ini.

Penderma organ masih rendah, lebih 10,000 pesakit menunggu untuk teruskan kehidupan
Lebih 10,000 pesakit menunggu dengan penuh harapan giliran untuk menerima sumbangan organ bagi memberi peluang mereka meneruskan kehidupan.

MyDigital ID diperlukan untuk log masuk aplikasi MyJPJ bermula 10 Okt
MyDigital ID Diperlukan Untuk Log Masuk Kedalam Aplikasi MyJPJ Bermula 10 Oktober Ini

Penyelidikan komponen penting tingkat status kesihatan pergigian - KKM
Persidangan NOHRI merupakan platform penting untuk memperkasakan perkhidmatan kesihatan pergigian melalui penyelidikan dan pendekatan inovatif berdasarkan data.

Tidak perlu lagi kemas kini status COVID-19 dalam MySejahtera - KKM
Jika positif COVID-19 melalui ujian kendiri, pesakit boleh mengunjungi klinik dan hospital berdekatan bagi mendapatkan pengesahan.

COVID-19: Kes melonjak ke 20,696, KKM harap dapat kawal peningkatan tanpa perlu PKP
Ahli Parlimen Kuala Selangor itu berkata, buat masa ini tiada varian baharu dikesan melainkan penularan varian sedia ada iaitu Omicron, dan sub kepada varian Omicron.

Kurang sebulan MyMinda dilancarkan, lebih 17,000 saringan mental direkodkan
Sejak perkhidmatan modul MyMinda diperkenalkan pada 21 Okt menerusi aplikasi MySejahtera, sebanyak 17,300 saringan mental direkodkan.

PRN: Pengundi positif COVID-19 mula terima panduan keluar mengundi di MySejahtera
Individu positif COVID-19 yang layak mengundi akan menerima mesej di aplikasi MySejahtera bermula hari ini hingga Sabtu.

Janji temu rawatan pergigian melalui MySejahtera - KKM
KKM akan memperkenalkan fungsi peringatan secara automatik melalui aplikasi MySejahtera yang mana, orang awam akan diberi notifikasi untuk hadir pada masa dan tarikh yang telah ditempah.

COVID-19: Sambutan dos penggalak masih kurang memuaskan - Dr Zaliha
Sambutan orang ramai terhadap pengambilan dos penggalak vaksin COVID-19 masih kurang memuaskan, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.