KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Parlimen menjalankan siasatan yang komprehensif bagi mengenal pasti segala isu yang membabitkan aplikasi MySejahtera.
Beliau dalam satu kenyataan di Facebook menegaskan, ia bagi merungkai sebarang ketidaktelusan dan melindungi data peribadi rakyat Malaysia daripada pihak tamak yang hanya mahu mencari keuntungan.
“Rakyat Malaysia mahu tahu di manakah data itu disimpan? Apakah ia disimpan di dalam persekitaran yang selamat dengan akses yang terhad?
“Mekanisme apa yang diguna pakai bagi mengelakkan pihak ketiga daripada mengakses dan mencuri data mereka? Apa jenis perlindungan yang rakyat ada bagi mengelakkan data itu disalah guna yang akan mengakibatkan mereka dianiaya, ditipu dan didiskriminasi?
“Tidak mungkin rakyat akan tahu data apa yang telah disimpan dan bagaimana ia digunakan untuk tujuan-tujuan tertentu oleh entiti asing ini.
“Menteri bertanggungjawab dan Kabinet boleh saja menafikannya, namun sekiranya mengambil kira bahawa tidak ada sebarang perjanjian yang telus bermula dari bulan April 2020, rakyat Malaysia wajar untuk mempunyai syak wasangka dan berasa bimbang,” ujarnya.
BACA: MySejahtera: Kerajaan masih runding berkenaan terma dan syarat penggunaan - Khairy
BACA: Kerajaan tak jual aplikasi MySejahtera, data - Khairy
Ahli Parlimen Port Dickson itu juga terkejut mngetahui Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada April 2020 telah membenarkan entiti asing untuk membangun dan mengurus aplikasi yang sangat penting kepada kepentingan serta keselamatan negara.
Malah, katanya syarikat itu tidak hanya mempunyai akses kepada maklumat kesihatan dan peribadi tanpa perjanjian yang bertulis, malah mempunyai pemilikan ke atas kerahsiaan dan data aplikasi tersebut.
Media sebelum ini melaporkan, dokumen mahkamah menunjukkan syarikat pembangun MySejahtera (Entomo Malaysia) telah bersetuju untuk memindahkan hak milik intelektual dan lesen perisian aplikasi COVID-19 kepada MySJ untuk RM338.6 juta dalam satu perjanjian sehingga hujung 2025.
Mengulas lanjut, Anwar berkata, penjelasan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin sebelum ini, bermaksud kontrak rundingan dengan syarikat pembangun MySejahtera hanya bermula saat Khairy menjawat jawatan tersebut pada Ogos 2021, iaitu 16 bulan setelah aplikasi itu dilancarkan.
“Maksudnya selama 16 bulan kerajaan bersama dengan KPISoft/Entomo mengawal selia penggunaan dan data aplikasi MySejahtera tanpa sebarang perjanjian.
“Sehingga saat ini persoalan tentang pemilikan aplikasi MySejahtera dan datanya terus kabur meski ada cubaan dari pihak menteri untuk menjelaskannya,” tambahnya lagi.
Faris Danial Razi
Tue Mar 29 2022
Anwar berkata, siasatan itu bagi merungkai sebarang ketidaktelusan dan melindungi data peribadi rakyat Malaysia daripada pihak tamak yang hanya mahu mencari keuntungan. - Gambar fail
APM bantu 14 calon SPM berpindah dari kampung terjejas banjir
Operasi memindahkan kesemua calon yang terdiri daripada tiga pelajar lelaki dan 11 perempuan itu dijalankan pada 8.49 pagi ini.
Gempa bumi gemparkan penduduk Santorini, Greece
Pulau percutian popular di Greece, Santorini digegarkan oleh siri gempa bumi beberapa hari kebelakangan ini, menyebabkan pihak berkuasa menutup sekolah pada Isnin.
AWANI Global: Membangun Semula Gaza
Diskusi dan analisis mengenai membangunkan semula Gaza dan mempergiatkan bantuan kemanusian bersama Dr Hafidzi Mohd Noor dan Prof Datuk Dr Mohamad Redzuan Othman dalam AWANI Global jam 9.00 malam ini.
Banjir: 14 tan makanan dihantar ke pedalaman Tatau
Sebanyak 14 tan bekalan makanan telah dihantar kepada mangsa banjir di kawasan pedalaman daerah Tatau kira-kira 50 kilometer dari pusat bandar Bintulu.
Tiada pemandu kedua, JPJ saman 14 bas ekspres dan persiaran
JPJ Pulau Pinang memaklumkan kesalahan lain dikesan dalam operasi itu ialah tidak mengemas kini buku log dan kesalahan teknikal.
AWANI Ringkas 2 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 2 Februari 2025
1️⃣ SPRM akan panggil beberapa artis
2️⃣ kerajaan kaji impak DeepSeek kepada Malaysia
3️⃣ Tujuh maut, 19 cedera di Philadelphia
#awaniringkas
1️⃣ SPRM akan panggil beberapa artis
2️⃣ kerajaan kaji impak DeepSeek kepada Malaysia
3️⃣ Tujuh maut, 19 cedera di Philadelphia
#awaniringkas
AWANI Ringkas: SPRM akan panggil beberapa artis
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: kenderaan MPV catat kemalangan tertinggi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PM Anwar, Ahli Parlimen Kerajaan Perpaduan hadir taklimat prapersidangan Dewan Rakyat
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri sesi taklimat prapersidangan Dewan Rakyat bersama Ahli Parlimen Kerajaan Perpaduan di Kompleks Seri Perdana.
Kenderaan pacuan empat roda catat kemalangan tertinggi
Kenderaan pacuan empat roda mencatatkan jumlah paling tinggi terlibat dalam kemalangan sehingga Sabtu, sehari sebelum tempoh Op Selamat 23 sempena Tahun Baharu Cina 2025 berakhir.
[KOLUMNIS] Timor-Leste dalam sebuah bingkai
Penyertaan Timor-Leste ke dalam ASEAN melihatkan bagaimana medium filem dan sinema mampu memainkan peranan yang signifikan.
Terus julang sikap saling mengasihi, menghormati dalam memacu negara - PM Anwar
Roh ihsan yang sentiasa menekankan tentang kepentingan mengasihi, menghormati dan menghargai sesama warga nusa dan bangsa perlu terus dijulang dalam memacu pembangunan negara bersama-sama.
PM Anwar tempelak pihak pertikai usaha kerajaan bantu bangunkan Gaza
Anwar berkata apa sahaja keputusan yang dilakukan beliau ketika ini dianggap kontroversi bagi sesetengah pihak yang tidak berpuas hati dengan kerajaan.
Bencana: PM Anwar umum peruntukan segera lebih RM24 juta untuk Sabah, Sarawak
Anwar berkata bantuan kerajaan Pusat kepada negeri yang dilanda bencana, tidak mengikut musim.
PM Anwar luah kesedihan atas tragedi nahas udara di Washington DC
Dalam hantaran di Facebook, beliau berkata kehilangan atlet luncur ais muda dan berbakat yang memiliki masa depan cerah, amat memilukan.
PM Anwar seru rakyat tumpu kepentingan negara
Beliau berkata Malaysia juga harus menjadi negara contoh perpaduan kaum yang baik.
The Hague: 9 negara termasuk Malaysia bincang pelanggaran undang-undang antarabangsa oleh Israel
Kumpulan The Hague akan umum langkah-langkah undang-undang, ekonomi dan diplomatik bagi memastikan Israel bertanggungjawab.
Kerajaan Malaysia, Jepun segerakan pembangunan semula Gaza - PM Anwar
Kerajaan bersama Kementerian Luar telah mendapat kepastian untuk menyegerakan pelaksanaan program pembagunan semula Gaza, Palestin.
Prabowo yakin isu sempadan, tenaga kerja dapat diselesaikan secara tertib
Prabowo berkata isu tenaga kerja dan sempadan yang sekian lama dibahas antara kedua-dua negara berjiran itu boleh diselesaikan, sekiranya pemimpin mempunyai iltizam politik untuk bekerjasama.
Ketokohan Anwar kunci utama kemampuan Malaysia angkat suara Asean ke pentas dunia
Ketokohan PM Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjadi kunci utama kepada kemampuan Malaysia selaku Pengerusi ASEAN, untuk meningkatkan imej seterusnya membawa suara blok itu ke pentas dunia.