PASIR MAS: Kerajaan meluluskan lebih 2,000 peluang pekerjaan tahun ini secara berperingkat menerusi Program Pekerjaan Jangka Pendek (MySTEP) bagi memenuhi jawatan yang diperlukan di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff berkata perkara itu dilakukan kerana menyedari beban tugas pegawai di JKM yang terpaksa berdepan pelbagai masalah masyarakat seperti keganasan rumah tangga dan kes seksual dalam kalangan remaja.
"Susulan itu, pihak saya memohon kepada kerajaan supaya menambah peluang pekerjaan membabitkan tenaga kerja di JKM dalam membantu menangani masalah terbabit kerana terdapat beberapa negeri yang mempunyai jumlah penduduk padat merekodkan kes seksual tertinggi," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan tilam kepada mangsa banjir di Kampung Bendang Perol, Gual To'Deh hari ini.
Ahli Parlimen Rantau Panjang itu berkata masyarakat perlu bersama-sama menangani masalah tersebut dan tidak mengharapkan pihak berkuasa semata-mata.
"Mengenai permasalahan remaja, ibu bapa perlu memainkan peranan dan mengambil berat tentang aktiviti anak-anak terutama yang berusia 18 tahun dan ke bawah, kalau perlu tengok juga telefon bimbit mereka kerana sekarang macam-macam perkara boleh terjadi terutama di media sosial.
"Amat malang sekiranya di usia yang mentah mereka sudah terbabit dengan pelbagai masalah yang mungkin berpunca daripada tiada kawalan ibu bapa, pengaruh rakan atau tiada pegangan agama yang kukuh," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 08 2022

Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff berkata perkara itu dilakukan kerana menyedari beban tugas pegawai di JKM yang terpaksa berdepan pelbagai masalah masyarakat seperti keganasan rumah tangga dan kes seksual dalam kalangan remaja. - Gambar fail/BERNAMA

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Bajet 2023: Khazanah komited laksanakan pelbagai inisiatif
Khazanah Nasional Bhd dan syarikat penerima pelaburannya komited untuk memainkan peranan mereka dalam melaksanakan pelbagai inisiatif dalam Bajet 2023.

MySTEP: Kerajaan lulus lebih 2,000 peluang pekerjaan di JKM secara berperingkat
Ia bagi memenuhi jawatan yang diperlukan di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

500,257 pencari kerja dapat pekerjaan melalui 27 inisiatif kerajaan - PM
Ia melangkaui sasaran 500,000 peluang pekerjaan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kewangan melalui Bajet 2021.

Belanjawan 2021: Subsidi upah dilanjutkan tiga bulan lagi, lebih bersasar
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, kerajaan akan melanjutkan pelaksanaan Program Subsidi Upah selama tiga bulan lagi dengan lebih bersasar.