SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan akan memberi perhatian serius berhubung risiko berlakunya pencemaran sungai di negeri ini sehingga menjejaskan bekalan air buat penduduk di Selangor.
Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, pihak terlibat seperti Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) serta Badan Kawal Selia Air (BKSA) telah diarah untuk membuat pemantauan dan mengambil tindakan sewajarnya.
"Ada sungai di Selangor yang bermula di Negeri Sembilan dan itu yang Menteri Besar Selangor selalu minta kita beri perhatian.
"Saya sudah maklumkan kepada JPS, JAS supaya beri perhatian serius kerana ia merupakan masalah masyarakat yang melibatkan jumlah yang ramai," katanya.
Beliau berkata pada sidang akhbar selepas Mesyuarat Exco di Wisma Negeri di sini pada Rabu.
Pada 24 Disember lalu, Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih dan Bukit Tampoi dihenti tugas akibat daripada tumpahan pati minyak wangi daripada lori membawa muatan itu yang terlibat kemalangan di Lebuhraya ELITE berdekatan Bandar Serenia.
Tumpahan 1,000 liter pati minyak wangi tersebut menyebabkan pencemaran bau dan LRA terbabit terpaksa dihenti tugas bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.
Insiden itu menyebabkan 472 lokasi lima wilayah iaitu Petaling (172 kawasan), Hulu Langat (54 kawasan), Sepang (196 kawasan), Putrajaya (23 kawasan) dan Kuala Langat (27 kawasan) mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual. -Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Jan 12 2023
Kerajaan Negeri Sembilan akan memberi perhatian serius berhubung risiko berlakunya pencemaran sungai di negeri ini sehingga menjejaskan bekalan air buat penduduk di Selangor. -Gambar hiasan
Jumlah mangsa banjir di Sabah, Sarawak terus berkurangan petang ini
Jumlah mangsa banjir di Sabah dan Sarawak petang ini terus berkurangan, manakala beberapa pusat pemindahan sementara (PPS) telah ditutup.
AWANI Borneo [2/2/2025] – Kedaulatan negara|Banjir Sarawak|Penempatan setinggan
Tumpuan AWANI Borneo 2 Feb 2025 bersama Assim Hassan
-AKPS bakal diperluas di pintu sempadan negara
-JPBN Sarawak siap sedia gelombang kedua
-Sediakan kediaman sebelum robohkan rumah rakyat - Shafie Apdal
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com
-AKPS bakal diperluas di pintu sempadan negara
-JPBN Sarawak siap sedia gelombang kedua
-Sediakan kediaman sebelum robohkan rumah rakyat - Shafie Apdal
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com
Bank Rakyat sumbang RM144,000 kepada 72 sekolah
Bank Rakyat agensi di bawah Kementerian Pembangunann Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) menyampaikan sumbangan berjumlah RM144,000 kepada 72 buah sekolah di kawasan Penampang dan Kadamaian melibatkan 1,440 pelajar daripada keluarga B40.
Malaysia dalam posisi kukuh galakkan kerjasama global bina semula Gaza - Penganalisis
Penganalisis percaya Malaysia mampu memainkan peranan untuk mengajak lebih banyak negara bekerjasama dalam membantu pembangunan semula Gaza melalui pendekatan diplomasi.
PKR mahu tanding di Dun Balung
Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tawau telah menyampaikan hasrat kepada pucuk pimpinan untuk bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Balung pada Pilihan Raya Negeri Sabah akan datang.
Sediakan kediaman sebelum robohkan rumah rakyat - Shafie
Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang juga Presiden Warisan berkata kerajaan negeri perlu ada perancangan penempatan baharu terlebih dahulu sebelum merobohkan kediaman setinggan.
Sabah Electricity beri rebat RM10.2 juta kepada pengguna
Seramai 687,031 pelanggan Sabah Electricity akan menerima rebat berjumlah 2.5 peratus daripada jumlah deposit elektrik yang dibayar.
Banjir: King Sing akui tidak menang tangan bantu penduduk Bintulu
Tiong berkata banjir yang berlaku terlalu besar hingga beliau dan pasukannya telah tidak menang tangan dalam membantu penduduk Bintulu dan kawasan Dewan Undangan Negeri Dudong.
Terputus hubungan, lebih 10,000 penduduk di Sibuti terjejas
Menurut Ahli Parlimen Sibuti, biarpun hanya 642 mangsa yang ditempatkan di 3 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di daerah Sibuti, realitinya, banjir yang melanda kawasan tersebut menjejaskan lebih 10,000 penduduknya.
JPBN Sarawak Siap Sedia Gelombang Kedua
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) kini bersedia menghadapi gelombang kedua banjir, yang mungkin berlaku bila-bila masa.
Pembukaan NADI pupuk komuniti lebih berinovatif, interaktif
Kemudahan NADI membantu pelajar dan penduduk mempelajari ilmu baharu yang relevan dengan perkembangan semasa.
Pembinaan masjid terapung di Port Dickson bermula tahun depan
Pembinaan Masjid Terapung Port Dickson dijangka akan dimulakan pada tahun hadapan di Batu 4, Pantai Cahaya Negeri.
Kerajaan Negeri Sembilan mohon pembinaan hospital baharu di Seremban
Kerajaan negeri telah memohon kepada Kementerian Kesihatan untuk mempertimbangkan pembinaan sebuah hospital baharu berikutan kesesakan di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) di Seremban.
Kerajaan Negeri Sembilan arah siasat dakwaan penemuan emas di Lenggeng
Kerajaan Negeri Sembilan mengarahkan Pejabat Tanah dan Galian negeri serta Jabatan Mineral dan Geosains negeri menyiasat dakwaan berkaitan penemuan emas di Lenggeng.
N.Sembilan terus jadi pilihan pelabur, rekod pelaburan RM3.0 bilion pada suku kedua 2024
Beliau berkata pada suku kedua 2024 Malaysia Investment Development Authority (MIDA) melaporkan Negeri Sembilan merekodkan pelaburan berjumlah RM3.0 bilion.
ASEAN: MBS, MPPD perlu pastikan kebersihan bandar
Ia bersempena dengan kedudukan Malaysia selaku Pengerusi ASEAN bermula bulan ini.
Aminuddin umum BKK sempena Hari Raya Aidilfitri
Bantuan berkenaan turut diberikan kepada pejawat awam Persekutuan termasuk guru, pasukan berunifom dan lain-lain perkhidmatan.
Negeri Sembilan rekod kutipan hasil berjumlah RM636 juta pada 2024 - Menteri Besar
Beliau berkata ini merupakan satu pencapaian membanggakan dan sekali gus mencerminkan dedikasi, integriti serta usaha gigih seluruh penjawat awam negeri.
Bayaran masuk Muzium Tentera Darat Port Dickson mulai hari ini
Pengunjung yang berumur bawah enam tahun boleh masuk secara percuma.
N.Sembilan tiada perancangan anjur sambutan ambang tahun baharu 2025 - Aminuddin
Ia bagi menghormati mangsa banjir selain mengelakkan pembaziran serta sebagai tanda solidariti kepada rakyat Palestin.