KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini hari ini membenarkan permohonan isteri bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin, Toh Puan Na'imah Abdul Khalid bagi mendapatkan pasport antarabangsanya buat sementara untuk pergi ke London dan Venice.
Hakim Azrul Darus membenarkan permohonan itu selepas peguam M. Puravalen yang mewakili Na'imah memaklumkan anak guamnya memohon untuk mendapatkan pasport bermula Ahad ini hingga 25 Julai dan ia tidak dibantah oleh pihak pendakwaan.
Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Fadhly Mohd Zamry mengesahkan perkara itu.
Sehubungan itu mahkamah memerintahkan Na'imah menyerahkan pasport kepada mahkamah selepas kembali ke Malaysia sebelum atau pada 27 Julai ini.
Berdasarkan afidavit sokongan permohonan itu yang diperoleh media, Na'imah berkata beliau perlu ke London, United Kingdom untuk berjumpa peguamnya Dave Vasoodaven daripada Gulbenkian Andonian Solicitors dan perlu berada di Venice bagi Pameran Seni Antarabangsa, La Biennale di Venezia dari 16 hingga 20 Julai ini.
"Saya menghadiri pameran seni ini dalam kapasiti saya sebagai Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah untuk Yayasan Ilham, sebuah yayasan bukan keuntungan yang ditubuhkan untuk menjalankan kerja-kerja filantropi dan amal, termasuk mempromosikan dan pertukaran (exchange) seni, budaya, dan pendidikan," katanya dalam afidavit itu.
Na'imah berkata pemilihan tarikh-tarikh itu disebabkan oleh temujanji yang telah ditetapkan berdasarkan masa lapang individu-individu yang beliau akan jumpa semasa perjalanan itu.
Pada 23 Jan, Na'imah, 66, didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan gagal mematuhi notis agar mengisytiharkan hartanya termasuk Menara Ilham, serta beberapa aset lain di sekitar Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.
Pada 29 Jan, suami beliau yang berusia 85 tahun turut didakwa atas pertuduhan sama, membabitkan satu akaun bank, tujuh kenderaan mewah, 38 syarikat dan 25 hartanah.
Pertuduhan terhadap mereka dikemukakan mengikut Seksyen 36(2) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009, yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM100,000 jika sabit kesalahan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 11 2024
![Na'imah peroleh pasport sementara ke London, Venice Na'imah peroleh pasport sementara ke London, Venice](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/71705975527_TBTohPuanNaimah.jpg)
Mahkamah memerintahkan Na'imah menyerahkan pasport kepada mahkamah selepas kembali ke Malaysia sebelum atau pada 27 Julai ini. -Gambar fail
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
Tiga tebusan Israel merdeka, 369 tahanan Palestin dibebaskan sebagai pertukaran
Tebusan Israel Iair Horn, Sagui Dekel-Chen dan Sasha Troufanov diserahkan kepada pasukan Palang Merah selepas perundingan di antara Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) berjaya.
Lima resolusi rampas Kedah pada PRU akan datang
Konvensyen Perpaduan Kedah 2025 menggariskan lima resolusi yang dipersetujui bersama hasil garapan pandangan pimpinan dan akar umbi Pakatan Harapan (PH) serta Barisan Nasional (BN).
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Februari 2025.
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
![Na'imah mohon rujuk persoalan undang-undang kes tidak isytihar harta Na'imah mohon rujuk persoalan undang-undang kes tidak isytihar harta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81736929062_TBNaimah.jpg)
Na'imah mohon rujuk persoalan undang-undang kes tidak isytihar harta
Keputusan sama ada balu bekas Menteri Kewangan Allahyarham Tun Daim Zainuddin boleh merujuk persoalan undang-undang berkenaan pertuduhan yang dihadapi berpelembagaan atau sebaliknya pada 18 Feb depan
![Mahkamah Rayuan benarkan permohonan Na'imah dapat kembali pasport secara kekal Mahkamah Rayuan benarkan permohonan Na'imah dapat kembali pasport secara kekal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61725951559_TohPuanNaimahAbd.jpg)
Mahkamah Rayuan benarkan permohonan Na'imah dapat kembali pasport secara kekal
Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan Toh Puan Na'imah Abdul Khalid supaya pasportnya dikembalikan kepadanya secara kekal.
![Tun Daim dilepas, dibebaskan tuduhan gagal isytihar harta Tun Daim dilepas, dibebaskan tuduhan gagal isytihar harta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/41731910777_TunDaimTunDaimZ.jpg)
Tun Daim dilepas, dibebaskan tuduhan gagal isytihar harta
Pihak pendakwaan tidak berniat untuk meneruskan prosiding kerana Daim telah meninggal dunia pada 13 November lalu.
![Na'imah gagal tangguh sementara perintah bayar tunggakan cukai RM313 juta Na'imah gagal tangguh sementara perintah bayar tunggakan cukai RM313 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/81729246454_TBPuanNaimahjpg.jpg)
Na'imah gagal tangguh sementara perintah bayar tunggakan cukai RM313 juta
Hakim berkata pembayaran cukai mesti dibuat tanpa mengira jumlahnya, walaupun dalam pertikaian undang-undang yang sedang berjalan.
![Na'imah peroleh pasport sementara untuk ke UK, Jepun bagi urusan kerja Na'imah peroleh pasport sementara untuk ke UK, Jepun bagi urusan kerja](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/71728018574_TBNAIMAH.jpg)
Na'imah peroleh pasport sementara untuk ke UK, Jepun bagi urusan kerja
Hakim membenarkan permohonan itu selepas peguam memaklumkan anak guamnya memohon mendapatkan pasport dan ia tidak dibantah pihak pendakwaan.
![Pendakwaan bantah rayuan isteri Daim dapatkan pasport kekal Pendakwaan bantah rayuan isteri Daim dapatkan pasport kekal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61725951559_TohPuanNaimahAbd.jpg)
Pendakwaan bantah rayuan isteri Daim dapatkan pasport kekal
Pendakwaan membantah rayuan isteri Tun Daim Zainuddin untuk mendapatkan pasport antarabangsanya secara kekal di Mahkamah Rayuan pada Selasa.
![Na'imah berjaya dapat pasport, mahu hadir pameran seni di Shanghai Na'imah berjaya dapat pasport, mahu hadir pameran seni di Shanghai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41724384754_TOHPUANNAIMAHCOU.jpg)
Na'imah berjaya dapat pasport, mahu hadir pameran seni di Shanghai
Isteri Daim berjaya mendapatkan pasportnya daripada Mahkamah Sesyen bagi memudahkan perjalanannya ke Shanghai minggu depan.
![Na'imah peroleh pasport sementara ke London, Venice Na'imah peroleh pasport sementara ke London, Venice](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/71705975527_TBTohPuanNaimah.jpg)
Na'imah peroleh pasport sementara ke London, Venice
Mahkamah memerintahkan Na'imah menyerahkan pasport kepada mahkamah selepas kembali ke Malaysia sebelum atau pada 27 Julai ini.
![Na'imah gagal dapatkan pasport secara kekal Na'imah gagal dapatkan pasport secara kekal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51711080757_TohPuanNaimahAbd.jpg)
Na'imah gagal dapatkan pasport secara kekal
Toh Puan Na'imah Abdul Khalid hari ini gagal untuk mendapatkan kembali pasport antarabangsanya secara kekal.
![Tiada jaminan isteri Daim tidak lari jika pasport dikembalikan - Pendakwa Tiada jaminan isteri Daim tidak lari jika pasport dikembalikan - Pendakwa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41710310592_TBtohnaimahjpg.jpg)
Tiada jaminan isteri Daim tidak lari jika pasport dikembalikan - Pendakwa
Pihak pendakwaan memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa, tiada jaminan isteri Daim, Na'imah akan kekal berada di negara ini, jika pasport antarabangsanya dikembalikan secara tetap.