Setahun selepas pelancaran Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019-2023, imej kleptokrat yang dikaitkan dengan Malaysia sebelum ini berjaya dikikis sekaligus meletakkan integriti negara kembali dihormati, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Hari ini Perdana Menteri Malaysia tidak lagi disabitkan dengan tuduhan mencuri dana awam untuk kepentingan peribadi," katanya.
Secara langsung, kedudukan Malaysia meningkat dari tangga ke 61 ke 51 di Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2019 seperti yang dilapor Transparency International Malaysia (TI-M) baru-baru ini, katanya dalam perutusan setahun pelancaran NACP 2019-2023 hari ini.
Dr Mahathir berkata, menilai prestasi kerajaan Pakatan Harapan (PH) memerintah negara sejak Mei 2018, perkara yang paling ketara menampakkan impak adalah usaha mempertingkatkan governans, integriti dan anti rasuah.
Beliau menarik perhatian dalam masa setahun sejak NACP 2019-2023 diperkenalkan pada 29 Jan 2019, pelbagai usaha telah dilaksanakan dengan terancang dan terperinci bermula dengan mewujudkan satu badan khusus yang bertanggungjawab untuk menyelaras semua usaha kerajaan dalam membudayakan integriti di kalangan rakyat.
"Pada masa yang sama, ia juga merancang strategi terbaik untuk memerangi rasuah. Badan ini menjadi pusat penting yang menasihati Kerajaan mengenai langkah-langkah terbaik yang diamalkan oleh negara-negara maju dan sekaligus menjadi tanda aras yang diletakkan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)," katanya.
VIDEO: Kerajaan disaran selesai isu IPMC, dana politik bagi CPI 2020
Selain itu tegasnya pewujudan Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Antirasuah (JKKMAR) dan Pusat Governans, Integriti dan Antirasuah (GIACC) yang bertindak sebagai sekretariat kepada jawatankuasa ini juga telah menghasilkan pelbagai dasar untuk penambahbaikan pentadbiran,
Berkongsi fakta, Dr Mahathir berkata setakat ini 25 inisiatif telah berjaya diselesaikan daripada 115 yang dirangka untuk dilaksanakan antara tahun 2019-2023.
"Ini baru tahun pertama pelaksanaan NACP dan kita sudah pun dapat melihat pencapaiannya.
"Apa yang penting daripada inisiatif-inisiatif ini adalah perubahan dalam sistem dan institusi kita yang akan menentukan agar usaha-usaha ini berterusan dan ada kesinambungannya serta bukan hanya bermusim sahaja,"katanya.
BACA: Jangan leka kedudukan CPI, terus berusaha banteras rasuah - GIACC
Dalam perutusan itu juga, Dr Mahathir menzahirkan ucapan tahniah dan syabas kepada semua pihak yang terlibat dalam menyokong usaha kerajaan untuk menjadikan Malaysia dikenali kerana integriti dan bukan kerana rasuah.
Antara inisiatif yang dilaksanakan ialah:
1. Memperkenalkan sistem pengisytiharan harta bagi Anggota Pentadbiran negara
2. Menambah baik dasar atau mekanisma, yang merujuk kepada penerimaan hadiah, hiburan dan bayaran oleh Anggota Pentadbiran negara
3. Memperkenalkan dasar yang mencegah ahli politik serta mana-mana individu yang mempunyai pengaruh besar daripada campur tangan dalam urusan kenaikan pangkat/pelantikan/pemilihan kedudukan dalam kerajaan.
4. Melaksanakan kuasa Parlimen dalam menghukum kesalahan menghina parlimen, bagi mewajibkan menteri, kakitangan awam, dan warganegara, untuk hadir di hadapan jawatankuasa dan memberikan maklumat.
5. Memperkenalkan kod tatakelakuan Ahli Parlimen untuk dikuatkuasakan oleh jawatankuasa hak dan kebebasan parlimen bagi mewajibkan menteri, kakitangan awam, dan warganegara, untuk hadir di hadapan jawatankuasa dan memberikan maklumat.
6. Bagi memastikan semua laporan audit dibentangkan kepada Parlimen (tanpa menyembunyikan, memalsukan atau mengubah suai maklumat) dan sekiranya dalam sebarang kes itu melibatkan keselamatan atau kepentingan negara, ia kemudiannya perlu dilaksanakan di bawah peraturan mesyuarat 93 Dewan Rakyat.
7. Memperkenalkan Kod Etika menerusi peraturan mesyuarat bagi Ahli Parlimen (kedua-dua pihak, parti pemerintan dan bukan parti pemerintah) untuk dipatuhi.
8. Memperkenalkan dasar mengenai urusan pelantikan perunding dari segi peranan serta tanggungjawab mereka, dan juga bagi meminimakan pembabitan mereka dalam perkara-perkara berkaitan kewangan dan dasar-dasar pertubuhan.
9. Memperkenalkan garis panduan yang telus berhubung pelantikan Pegawai Khas, Setiausaha Politik, Setiausaha Sulit, dan Setiausaha Media bagi semua menteri dan timbalan menteri.
i) Terma dan Syarat Pelantikan
ii) Kelayakan Jumlah pelantikan
iii) Fungsi dan Kewajipan
iv) Gaji dan Kelayakan
10. Memastikan semua bahagian pelanggan dan penyelaras melaksanakan projek-projek berdasarkan kepada nasihat dan saranan yang diberikan oleh Jabatan Teknikal seperti Jabatan Kerja Raya, serta agensi-agensi teknikal yang berkaitan.
11. Memperkenalkan klausa standard dalam pelaksanakan projek-projek perolehan bagi melindungi kepentingan kerajaan dalam semua projek/kontrak melibatkan kerajaan, badan-badan berkanun, dan syarikat milik kerajaan. Sekiranya berlaku pecah amanah, kerajaan boleh pada bila-bila masa memecat atau/dan menfail saman terhadap pihak-pihak yang terlibat dengan kontrak.
12. Memastikan pelantikan kontraktor menerusi tender terbuka.
13. Meningkatkan Prosedur Operasi Standard (SOP) sedia ada dengan menggunakan teknologi dalam usaha mengurangkan penggunaan kekerasan terhadap yang ditahan/banduan oleh pegawai penguat kuasa.
14. Membendung perbuatan salah di Jabatan Imigresen melalui kawalan dalaman.
15. Menubuhkan Pusat Anti Jenayah Kewangan Nasional sebagai pusat yang cekap dalam menguruskan rampasan aset menerusi penguatkuasaan bersepadu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 30 2020

Dr Mahathir menzahirkan ucapan tahniah dan syabas kepada semua pihak yang terlibat dalam menyokong usaha kerajaan untuk menjadikan Malaysia dikenali kerana integriti dan bukan kerana rasuah. --fotoBERNAMA
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Dapatan kajian AOD petunjuk awal Kementerian Perpaduan Negara perhebat usaha penyatuan
Kementerian Perpaduan Negara akan menggunakan dapatan kajian AOD untuk dijadikan petunjuk awal bagi memperhebat usaha penyatuan rakyat Malaysia.

300,000 PMKS catat jualaan eksport berjumlah RM867 juta menerusi e-dagang bagi tempoh 2021 hingga 2024 - MITI
MATRADE telah menyelaras usaha membangunkan keupayaan kira-kira 300,000 perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang berjaya mengeksport keluar negara melalui pemasaran di platform e-dagang.

Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013 - Nancy
Kadar Kesuburan Jumlah (TFR) di Malaysia dalam tempoh 15 tahun menunjukkan penurunan sejak 2013, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Zakir Naik bebas berceramah, tiada lagi sekatan - Saifuddin
Tiada lagi sebarang larangan atau sekatan berceramah yang dikenakan ke atas Zakir Naik, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Tarif AS 25 peratus cabaran kepada Malaysia - Mohamad Hasan
Keputusan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump untuk mengenakan 25 peratus tarif terhadap import automotif, semikonduktor dan farmaseutikal kelak merupakan satu cabaran kepada Malaysia.

PETRA jangka projek mitigasi banjir dapat disegera 12 bulan lebih awal - Fadillah
PETRA menjangkakan projek mitigasi banjir dapat disegerakan hingga 12 bulan lebih awal dari tempoh asal penyiapan projek.

KWSP tidak rugi, raih RM102 juta daripada penjualan saham MAHB - Amir Hamzah
Beliau berkata prestasi saham MAHB yang mengatasi KLCI sebanyak 11.47 peratus pada 2023 turut menjadi faktor utama strategi penjualan saham.

Isu TVET, projek tebatan banjir dan perihal kewangan KWSP tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Lee minta Perdana Menteri menyatakan inisiatif kerajaan dalam memperkasakan golongan muda yang berminat dalam pembelajaran berasaskan kemahiran

PETRA komited teroka kaedah kurang pelepasan karbon dalam penghasilan elektrik
Kementerian Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air (PETRA) komited memastikan negara terus meneroka kaedah untuk mengurangkan pelepasan karbon dalam penghasilan elektrik.

Tol MLFF dilaksana PLUS usaha konsesi sendiri - Ahmad Maslan
Sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) yang akan dilaksanakan oleh PLUS adalah atas usaha persendirian syarikat konsesi itu.