PUTRAJAYA: Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019-2023 perlu diberi ruang untuk dinilai semula agar dapat memberi penekanan kepada inisiatif berimpak tinggi, kata Pengarah Dasar, Perancangan dan Penyelidikan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Mohd Hafaz Nazar.
Beliau berkata ia boleh membawa perubahan ketara dan pantas kepada tahap tata kelola, ketelusan, integriti dan kebertanggungjawaban, yang boleh menyokong dengan jitu usaha berterusan memerangi rasuah serta salah guna kuasa.
"Secara tidak langsung, ini menyokong komitmen kerajaan dalam mendepani isu rakyat khususnya usaha memulih, menstabil dan memperkasakan ekonomi negara," katanya dalam kenyataan hari ini, sebagai susulan kepada pengumuman Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2022 oleh Transparency International (TI) semalam, yang menyaksikan Malaysia berada pada kedudukan 61 daripada 180 negara berbanding tangga 62 pada 2021.
Kedudukan skor Malaysia dalam CPI 2022 pula berganjak satu mata daripada 48 mata pada tahun 2021 kepada 47 mata pada tahun 2022.
Beliau berkata ada dua faktor utama yang menyumbang kepada skor lemah berkenaan iaitu kurangnya kesungguhan dalam iltizam politik bagi memerangi rasuah berdasarkan kepada pelaksanaan NACP yang perlahan dan kegagalan tata kelola berulang kali biarpun pendedahan berterusan dibuat oleh Ketua Audit Negara.
Katanya faktor kedua pula melibatkan kelewatan reformasi institusi dalam aspek pembangunan Rang Undang-Undang (RUU) Pembiayaan Politik, RUU Perolehan Kerajaan, pindaan kepada Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010, RUU Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) serta kurangnya kemahuan politik untuk memperkasakan SPRM sebagai institusi antirasuah yang bebas dan berkesan.
Mohd Hafaz berkata TI-Malaysia ketika pengumuman CPI 2022 turut menyentuh tentang kekurangan ketelusan maklumat dalam hal kepentingan awam seperti projek Kapal Tempur Pesisir (LCS) berjumlah RM9 bilion oleh Kementerian Pertahanan, serta persepsi seolah-olah tiada tindakan undang-undang terhadap penjawat awam yang menyalahgunakan kuasa.
"SPRM ingin menekankan bahawa sepanjang tahun 2022, tindakan telah diambil terhadap kes-kes besar yang berkepentingan awam seperti kes LCS. Disebabkan siasatan masih dijalankan yang melibatkan negara asing, maklumat siasatan tidak boleh didedahkan kerana ia akan menjejaskan siasatan.
"Kekurangan ketelusan maklumat ini mungkin menimbulkan persepsi negatif terhadap siasatan SPRM dan komitmen kerajaan seolah-olah tiada tindakan dijalankan," katanya.
Selain itu, beliau berkata dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12), kerajaan turut menerima CPI sebagai asas pengukuran tata kelola baik sesebuah negara dan telah menetapkan sasaran penambahbaikan kedudukan Malaysia dalam CPI 2025.
Katanya jika sasaran itu dijadikan petunjuk prestasi utama (KPI) di semua peringkat kementerian, jabatan dan agensi secara `shared responsibility', Malaysia boleh mencapai kedudukan CPI yang jauh lebih baik," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 01 2023

Mohd Hafaz berkata ia boleh membawa perubahan ketara dan pantas kepada tahap tata kelola, ketelusan, integriti dan kebertanggungjawaban. - Gambar fail

Penutupan separa kecemasan, Tuaran dan Kota Kinabalu alami gangguan air Selasa ini
Sebahagian pengguna di Kota Kinabalu dan Tuaran dinasihatkan bersiap sedia menghadapi kemungkinan gangguan bekalan air berikutan penutupan separa kecemasan akan dilakukan Selasa ini (25 Feb).

Bekas ahli perniagaan warga China rugi RM4.2 juta terpedaya Macau Scam
Seorang bekas ahli perniagaan warga China kerugian RM4.2 juta selepas terpedaya dengan sindiket penipuan macau scam yang mendakwa sebagai pegawai polis.

Sembilan projek jambatan di Sarawak siap tahun ini - Timbalan Premier
Sembilan lagi projek pembinaan jambatan yang giat dilaksanakan di Sarawak dijangka siap dalam tahun ini, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Pemilihan PKR: Proses berjalan lancar, persiapan teratur - Fuziah
Persiapan bagi keseluruhan proses pemilihan jawatan PKR yang akan diadakan secara berperingkat bermula April hingga Mei depan berjalan lancar setakat ini, kata Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh.
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.

PRN Sabah: Gerakan sudah bersedia, kenal pasti tiga kawasan
Parti Gerakan telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang dan sudah mengenal pasti tiga kawasan untuk bertanding.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Akta 711 ditambahbaik, perkukuh perlindungan kepada pemberi maklumat
BHEUU Jabatan Perdana Menteri sedang menerajui usaha pindaan terhadap Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 [Akta 711] bagi memperkukuh perlindungan kepada pemberi maklumat.

Rasuah: NACS kesinambungan NACP
Kerajaan akan memperkenalkan Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS) sebagai kesinambungan kepada Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019-2023.

LKAN akan dibentang secara berkala di Mesyuarat Jemaah Menteri
LKAN dengan format baharu lebih berstruktur dan diperkasa, dan akan dikenali sebagai Jawatankuasa Khas Kabinet Tata Kelola Nasional (JKKTN).

Hanya 37 inisiatif selesai, belum terlambat kaji semula NACP - Pakar
Kerajaan perlu melihat semula Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019-2023 yang digariskan sebelum ini dalam memerangi rasuah dan intergriti dalam masyarakat.

NACP perlu diberi ruang untuk penilaian semula - SPRM
Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019-2023 perlu diberi ruang untuk dinilai semula agar dapat memberi penekanan kepada inisiatif berimpak tinggi.

PH, PN, BN gagal laksana Pelan Antirasuah Nasional - C4
Walaupun PH dilihat seolah-olah lebih bersedia untuk memulakan dan mencadangkan pembaharuan namun tetap gagal untuk benar-benar komited.

Kerajaan fokus empat bidang utama dalam Bajet 2023
Kerajaan akan mempertingkatkan empat bidang utama dalam Bajet 2023 yang akan datang.

AIGA 2022 membudayakan integriti sektor awam dan swasta - KSN
Malaysia perlu dikenali sebagai negara berintegriti dan bukannya rasuah selaras dengan Pelan Antirasuah Nasional (NACP).

Lebih banyak inisiatif NACP dijangka selesai pada 2022 - GIACC
Ketua Pengarah GIACC, Datuk Seri Mohd Sallehhuddin Hassan berkata ia berikutan momentum positif yang ditunjukkan oleh 27 ketua agensi peneraju.

Hari Integriti Nasional platform organisasi tingkatkan governans, integriti dan antirasuah
IIM juga berperanan untuk memberikan konsultasi dan nasihat kepada ketua badan awam dan swasta dalam mengenal pasti punca risiko kepada berlakunya rasuah.