KUALA LUMPUR: Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) telah menyalurkan peruntukan sejumlah RM106 juta kepada Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) dan kerajaan negeri, untuk agihan Bantuan Wang Ihsan (BWI) kepada mangsa-mangsa banjir, setakat hari ini.
Nadma dalam kenyataan hari ini memaklumkan lima negeri iaitu Melaka, Kelantan, Kuala Lumpur, Terengganu dan Perak telah selesai 100 peratus agihan BWI kepada ketua isi rumah terjejas banjir.
"Sehingga 10 malam semalam, sebanyak 50,939 ketua isi rumah telah menerima bantuan secara tunai daripada Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) manakala 2,558 ketua isi rumah menerima serahan tunai di rumah dan 329 lagi menerusi transaksi 'Electronic Fund Transfer' (EFT).
"Untuk status agihan bagi ketua isi rumah yang terkesan banjir gelombang kedua, daripada 9,887 ketua isi rumah yang didaftarkan, 921 telah menerima BWI," menurut kenyataan itu.
Bagi agihan BWI yang melibatkan kematian, kenyataan dikeluarkan Nadma menyatakan daripada 57 kes yang dilaporkan, 40 waris telah menerima bantuan RM10,000 dengan 18 daripada jumlah itu menerima tunai di PKOB manakala 22 waris lagi telah dibuat serahan di rumah.
Selain itu, menurut laporan Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) Malaysia sejumlah 319 ketua isi rumah telah membuat permohonan baucar diskaun barang elektrik.
"Menurut anggaran awal Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) hampir 80,000 bilangan isi rumah yang terkesan dengan bencana banjir ini.
"Bantuan ini adalah untuk agihan kepada rumah kediaman pengguna atau pemilik akaun elektrik berdaftar (domestik) yang terkesan oleh banjir, dan tersenarai sebagai mangsa bencana oleh PKOB," menurut kenyataan itu.
Dalam pada itu, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) memaklumkan terdapat pertambahan satu kejadian tanah runtuh di Terengganu, menjadikan keseluruhan kejadian tanah runtuh sepanjang tempoh Monsun Timur Laut 2021/2022 di seluruh negara adalah 269.
Jabatan Kerja Raya (JKR) turut melaporkan sehingga hari ini, sebanyak 58 lokasi kejadian cerun runtuh dan tanah runtuh di seluruh negara.
Sementara itu, Nadma memaklumkan sehingga 2 petang tadi, tiga negeri dilaporkan masih terkesan dengan bencana banjir melibatkan tujuh daerah di Pahang, Johor dan Melaka.
"Menurut laporan Met Malaysia, sehingga 3 petang 10 Jan 2022, tiada amaran hujan berterusan yang sedang berkuat kuasa. Cuaca semasa di Semenanjung Malaysia dilaporkan baik manakala hujan berterusan dijangkakan berlaku di barat Sarawak pada 11 hingga 13 Jan ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 10 2022
![Nadma salur RM106 juta BWI kepada mangsa banjir Nadma salur RM106 juta BWI kepada mangsa banjir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/51641829692_Melakabanjir.jpg)
Nadma memaklumkan sehingga 2 petang tadi, tiga negeri dilaporkan masih terkesan dengan bencana banjir melibatkan tujuh daerah di Pahang, Johor dan Melaka. - Gambar fail/ Bernama
![Presiden Turkiye Erdogan disambut dengan istiadat rasmi oleh Presiden Indonesia Presiden Turkiye Erdogan disambut dengan istiadat rasmi oleh Presiden Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739346401_tbTayyipErdoganPr.jpg)
Presiden Turkiye Erdogan disambut dengan istiadat rasmi oleh Presiden Indonesia
Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan disambut dengan istiadat rasmi oleh Presiden Indonesia Prabowo Subianto di Bogor pada Rabu sempena lawatan rasminya ke negara itu, lapor Anadolu Ajansi (AA).
![Sapura, Aselsan jalin kerjasama strategik majukan teknologi komunikasi dan C2 Malaysia Sapura, Aselsan jalin kerjasama strategik majukan teknologi komunikasi dan C2 Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739345572_TBSAPURA.jpg)
Sapura, Aselsan jalin kerjasama strategik majukan teknologi komunikasi dan C2 Malaysia
Sapura dan Aselsan telah mewujudkan kerjasama strategik untuk memajukan keupayaan teknologi komunikasi dan kawalan & arahan (C2) Malaysia di bawah program dua hala Malaysia-Turkiye.
“Kalau masuk rumah orang bagi salam bah” - YB Kota Belud
Ahli Parlimen Kota Belud luahkan rasa kecewa apabila kedatangan Pengerusi LKIM ke Kota Belud untuk memberi bantuan dan melawat tapak projek tanpa pengetahuan beliau sebagai wakil rakyat di Kota Belud.
“Tapi saya tahu melalui media sosial beliau sahaja”
“Kalau begini cara kita bekerja, kita tidak akan kemana-mana. Tolong jangan jadikan PRN sebagai alasan”Katanya
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
“Tapi saya tahu melalui media sosial beliau sahaja”
“Kalau begini cara kita bekerja, kita tidak akan kemana-mana. Tolong jangan jadikan PRN sebagai alasan”Katanya
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
AWANI Ringkas: Tiada lagi monopoli Puspakom
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Jepun mohon pengecualian tarif keluli dan aluminium AS
Jepun mengemukakan permohonan pengecualian daripada tarif 25 peratus yang dikenakan ke atas produk keluli dan aluminiumnya oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump
“Saya mohon kerajaan mempertimbangkan tuntutan pesawah”- YB Jerlun
Ahli Parlimen Jerlun mencadangkan kerajaan mempertimbangkan tuntutan pesawah dengan mengekalkan subsidi, menaikkan harga padi, kekalkan kadar potongan padi semasa, salurkan benih padi dan baja kepada agensi kerajaan dan mengenal pasti orang dalam agensi kerajaan agar tidak menjadi tali barut.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
![KPDN, Kementerian Perdagangan Turkiye setuju tubuh jawatankuasa pantau pelaksanaan MoU KPDN, Kementerian Perdagangan Turkiye setuju tubuh jawatankuasa pantau pelaksanaan MoU](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739339164_tbMoU.jpg)
KPDN, Kementerian Perdagangan Turkiye setuju tubuh jawatankuasa pantau pelaksanaan MoU
KPDN bersama Kementerian Perdagangan Turkiye, bersetuju menubuhkan satu jawatankuasa yang akan memantau aspek pelaksanaan MoU yang dimeterai kedua-dua pihak.
Rakyat Israel protes, bantah ancaman Netanyahu di Gaza
Rakyat Israel berhimpun di Tel Aviv selepas Perdana Menteri Benjamin Netanyahu mengancam untuk menyambung serangan di Gaza jika Hamas tidak membebaskan tebusan Israel.
Netanyahu sebelum ini menegaskan bahawa jika tebusan tidak dikembalikan sebelum tengah hari Sabtu, gencatan senjata di Gaza akan berakhir.
Netanyahu sebelum ini menegaskan bahawa jika tebusan tidak dikembalikan sebelum tengah hari Sabtu, gencatan senjata di Gaza akan berakhir.
![Kerajaan, Razak Baginda diperintah bayar RM9 juta kepada keluarga Altantuya Kerajaan, Razak Baginda diperintah bayar RM9 juta kepada keluarga Altantuya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739344427_TBBAGINDAALTANTUYA.jpg)
Kerajaan, Razak Baginda diperintah bayar RM9 juta kepada keluarga Altantuya
Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu memerintahkan kerajaan dan penganalisis politik, Abdul Razak Baginda, membayar lebih RM9 juta kepada keluarga model Mongolia, mendiang Altantuya Shaariibuu.
Kementerian pendidikan tidak kompromi isu murid cicir
Beberapa langkah telah diambil secara proaktif oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi menangani isu keciciran pelajar, antaranya Program Ziarah Cakna, penyediaan Garis Panduan Mengurus Murid Berisiko Cicir di Sekolah (GPMBC), modul Serlahkan Keunggulan Diri (SUDI), serta modul kajian kes dan amalan terbaik.
![Bencana: PM Anwar umum peruntukan segera lebih RM24 juta untuk Sabah, Sarawak Bencana: PM Anwar umum peruntukan segera lebih RM24 juta untuk Sabah, Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81738315138_AnwarIbrahim.jpg)
Bencana: PM Anwar umum peruntukan segera lebih RM24 juta untuk Sabah, Sarawak
Anwar berkata bantuan kerajaan Pusat kepada negeri yang dilanda bencana, tidak mengikut musim.
![Peruntukan tambahan untuk tingkat kompetensi bakal disalur kepada 28 kementerian - KPPA Peruntukan tambahan untuk tingkat kompetensi bakal disalur kepada 28 kementerian - KPPA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61737722821_tansriwanahmadda.jpg)
Peruntukan tambahan untuk tingkat kompetensi bakal disalur kepada 28 kementerian - KPPA
Peruntukan tambahan berjumlah RM56 juta untuk latihan penjawat awam bagi peningkatan kompetensi dalam tujuh bidang tujahan baharu akan mula disalurkan kepada 28 kementerian dalam masa terdekat.
![APMM Terengganu tubuh Skuad Bantuan Banjir APMM Terengganu tubuh Skuad Bantuan Banjir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71733411894_bantuanbanjir.jpg)
APMM Terengganu tubuh Skuad Bantuan Banjir
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menubuhkan tiga Skuad Bantuan Banjir pada musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
![Semua barangan bantuan, sumbangan banjir perlu disalur menerusi NADMA - Nancy Semua barangan bantuan, sumbangan banjir perlu disalur menerusi NADMA - Nancy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41733392229_NancyShukri.jpg)
Semua barangan bantuan, sumbangan banjir perlu disalur menerusi NADMA - Nancy
Semua barangan bantuan dan sumbangan banjir perlu disalurkan kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) untuk pengagihan yang lebih teratur.
![Banjir: Negeri Sembilan salur RM1,000 kepada KIR Banjir: Negeri Sembilan salur RM1,000 kepada KIR](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/81730890348_TBAMINUDDINHARUN.jpg)
Banjir: Negeri Sembilan salur RM1,000 kepada KIR
Kerajaan Negeri Sembilan menyalurkan sumbangan RM1,000 kepada setiap lebih 700 ketua isi rumah (KIR) dan RM500 kepada 40 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) terjejas banjir minggu lepas.
![Kerajaan kekal kaedah bantuan terus kepada mangsa banjir - Ahmad Zahid Kerajaan kekal kaedah bantuan terus kepada mangsa banjir - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41733242516_AhmadZahidHamidi.jpg)
Kerajaan kekal kaedah bantuan terus kepada mangsa banjir - Ahmad Zahid
Kerajaan akan mengekalkan kaedah pemberian terus bantuan kepada mangsa banjir menerusi agensi yang berkaitan berbanding wakil rakyat.
![TPM Ahmad Zahid arah gerak kerja bina jambatan Bailey disegerakan TPM Ahmad Zahid arah gerak kerja bina jambatan Bailey disegerakan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81733059087_jambatanbailey.jpg)
TPM Ahmad Zahid arah gerak kerja bina jambatan Bailey disegerakan
Ahmad Zahid berkata NADMA dan Jabatan Kerja Raya (JKR) mempunyai stok yang mencukupi untuk pembinaan jambatan Bailey di kawasan terjejas.
![Banjir: NGO dan swasta ingin salur bantuan dinasihat rujuk JKM, NADMA Banjir: NGO dan swasta ingin salur bantuan dinasihat rujuk JKM, NADMA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81733044137_NancyShukri.jpg)
Banjir: NGO dan swasta ingin salur bantuan dinasihat rujuk JKM, NADMA
Nancy berkata, pelarasan perlu dibuat bagi memastikan agihan bantuan lebih tersusun dan menyeluruh.
![Banjir: Lebih 100,000 berlindung di PPS, Kelantan catat jumlah tertinggi Banjir: Lebih 100,000 berlindung di PPS, Kelantan catat jumlah tertinggi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/81727920474_BanjirKedah.jpg)
Banjir: Lebih 100,000 berlindung di PPS, Kelantan catat jumlah tertinggi
Bilangan mangsa di lapan negeri terjejas banjir terus meningkat manakala di Perak tidak berubah dan setakat 8 malam ini, jumlah mangsa berlindung di PPS adalah seramai 106,505 orang.
![Semua agensi terlibat pengurusan banjir di Melaka dalam mod siap siaga Semua agensi terlibat pengurusan banjir di Melaka dalam mod siap siaga](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51732887810_AbRaufYusoh.jpg)
Semua agensi terlibat pengurusan banjir di Melaka dalam mod siap siaga
Semua agensi terlibat dalam pengurusan bencana di Melaka berada dalam mod bersiap siaga pada musim tengkujuh khususnya sepanjang Disember ini.