KUALA LUMPUR:Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) sedia mengaktifkan semula Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), Serdang, sekiranya jumlah katil di kemudahan kesihatan sedia ada tidak mencukupi.
Ketua Pengarah Nadma Datuk Dr Aminuddin Hassim barkata bagaimanapun perkara itu tertakluk kepada keputusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Beliau berkata agensi itu sedang membantu KKM meningkatkan jumlah katil di kemudahan kesihatan sedia ada seperti di Hospital Kuala Lumpur, Pusat Kawalan Kusta Negara di Hospital Sungai Buloh dan Hospital Rehabilitasi Cheras.
"Sekarang kita guna kemudahan sedia ada (di hospital-hospital berkenaan). Ini berkaitan dengan bagaimana kita hendak menumpukan perkhidmatan tadi. Kalau buka MAEPS, kita kena ada lebih kurang 670 orang sebagai petugas, jadi kalau kita guna hospital sedia ada, di situ sudah ada petugas-petugasnya.
"Di situ (hospital-hospital) juga ada makmal yang akan membuat uji kaji atau ujian. Tapi kalau di MAEPS, kita kena bawa semua kemudahan itu datang ke MAEPS. Sekiranya perlu buka (di MAEPS), kita akan ambil masa tiga ke empat hari sahaja untuk melaksanakannya sebab kita ada pengalaman," katanya dalam program Ruang Bicara terbitan Bernama TV bertajuk 'Pengurusan Bencana Semasa Pandemik COVID-19'.
Mengulas mengenai persiapan banjir ketika pandemik COVID-19, Aminuddin menyifatkan bencana kali ini agak 'unik' apabila mengambil kira bagaimana cara untuk memastikan masalah banjir dapat ditangani, tanpa ada masalah berkaitan pandemik COVID-19.
Beliau berkata Nadma bertindak sebagai penyelaras dalam menangani bencana itu di seluruh negara dalam memastikan perancangan dapat disusun dan diselaras dengan lancar.
"This is the perfect storm (bencana dalam bencana). Persiapan banjir itu InsyaAllah dapat kita tangani bersama, (namun) apabila bercakap mengenai SOP (prosedur operasi standard) COVID-19, kita telah membuat beberapa perbincangan dengan agensi yang terlibat seperti membuat simulasi.
"Penting simulasi itu sebagai input untuk perbaiki apa telah kita rencanakan. Sebab masa itu orang sudah tidak tentu hala, hendak selamatkan diri dan pastikan harta selamat, dan ada walaupun dalam keadaan banjir tidak mahu ke pusat pindahan sementara (PPS) sebab takut harta hilang... perkara itu kita kena jangka," katanya.
Susulan itu, beliau berkata Nadma telah merangka beberapa gerak kerja seperti melaksanakan SOP sebelum, semasa dan selepas mangsa banjir dibenarkan pulang ke rumah dari PPS masing-masing.
"Contohnya, apabila mereka diarahkan pergi ke PPS, kena pakai pelitup muka dan pastikan penjarakan fizikal. Walaupun memang susah, sebaik mungkin kita akan minta agensi yang terlibat untuk membantu," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 30 2020

Nadma sedia mengaktifkan semula Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah di MAEPS, Serdang. - Gambar fail

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.
Diploma Jururawat: Syarat kemasukan dilonggar kepada tiga kredit SPM
Kementerian Kesihatan (KKM) melonggarkan syarat kemasukan program Diploma Kejururawatan bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daripada lima kredit kepada hanya tiga kredit sahaja berkuat kuasa mulai Januari tahun ini hingga Disember tahun depan.

Tourism Perak sertai pameran pelancongan untuk tarik pelancong Indonesia
Pameran pelancongan itu berfungsi sebagai platform bagi agensi promosi pelancongan negeri untuk mempamerkan tawarannya yang pelbagai.

Dakwaan lebih 100,000 mangsa banjir belum terima bantuan perlu disiasat - Shamsul Iskandar
Agensi berkaitan pengurusan bencana digesa menyiasat segera dakwaan terdapat mangsa banjir yang masih belum menerima bantuan sepatutnya.

Belanjawan 2024: NADMA diperuntuk RM300 juta hadapi banjir - Anwar
Beliau berkata ini termasuk RM100 juta yang bakal disalurkan segera selepas pembentangan Belanjawan 2024 Malaysia MADANI hari ini.

Lagi kejadian tanah runtuh di Indonesia, dua terkorban
Operasi mencari dan menyelamat sedang dilakukan bagi mengesan tiga lagi mangsa yang hilang.

Amaran hujan berterusan di empat negeri sehingga 1 Feb
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan bagi beberapa kawasan di Sarawak, Sabah, Pahang dan Johor sehingga 1 Feb ini.

Tanah runtuh Batang Kali: Operasi SAR dibantu alat GPR kesan jasad manusia
Empat alat pengesan Ground Penetrating Radar (GPR) (radar menembusi tanah) yang kali pertama digunakan untuk mengesan jasad manusia dalam kes tanah runtuh di Malaysia, dibawa ke lokasi tragedi di sini

Mangsa banjir seluruh negara meningkat 2,550 orang
Jumlah mangsa banjir di seluruh negara meningkat kepada 2,550 orang melibatkan 755 keluarga di lima negeri setakat jam 7 pagi Isnin.

JPBN diarah waspada Amaran Hujan Lebat Berterusan - NADMA
Pada lewat petang hingga malam ini ribut petir boleh berlaku di pantai timur Semenanjung berdasarkan laporan MET Malaysia.

Nadma pertimbang pengesahan kematian untuk bantuan COVID-19
Ia termasuk borang permohonan sijil kematian, permit menguburkan atau apa sahaja bentuk dokumen perakuan kematian.

NADMA sedang kenal pasti anggota APM terima suntikan vaksin fasa pertama
NADMA sedang mengenal pasti barisan hadapan dalam kalangan pegawai dan anggota APM yang akan diberi suntikan vaksin dalam Fasa Pertama Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

Hospital swasta P. Pinang mula terima pesakit COVID - Ketua Menteri
Beberapa hospital swasta di Pulau Pinang telah mula menerima pesakit COVID-19.