MUAR: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) yakin penglibatan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) dalam rantaian nilai ayam melalui anak syarikatnya Medan Juara Sdn Bhd (MJSB), mampu membantu memperkukuh keterjaminan makanan negara khususnya dalam pembekalan ayam pedaging.
Menterinya Datuk Seri Mohamad Sabu berkata walaupun jumlah berkenaan tidak besar, ia dilihat dapat membantu pengusaha kecil-kecilan yang terlibat dalam sektor itu.
"NAFAS akan terus terlibat dalam industri ayam pedaging dan harga ayam sekarang pun sudah mulai stabil kalau naik pun tidak sampai ke harga syiling, jadi saya berterima kasih kepada semua pihak terlibat, penternak besar serta penternak kecil yang menyebabkan harga ayam dan telur terkawal.
"Kita mahu NAFAS, Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) berganding bahu bagi memastikan keterjaminan makanan pada masa hadapan," katanya selepas menghadiri Program Santai Peladang Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan bersama Pemimpin Peladang Zon Selatan 2023 di sini pada Isnin.
Turut hadir Pengerusi LPP Datuk Mahfuz Omar, Pengerusi Jemaah Pengarah NAFAS Zamri Yaakob, Ketua Pengarah LPP Datuk Azulita Salim dan Pengurus Besar NAFAS Muhammad Faris Arriffin.
Terdahulu, Mohamad menyerahkan peruntukan daripada LPP bernilai RM2.35 juta kepada NAFAS bagi Projek Menaik Taraf Bangunan Pusat Penetasan Anak Ayam (kompleks penetasan) yang dikendali syarikat subsidiari NAFAS, Medan Juara Sdn Bhd (MJSB).
MJSB, yang beroperasi mengeluarkan anak ayam pedaging berumur sehari atau dikenali sebagai day old chicken (DOC) merupakan syarikat usaha sama utama NAFAS dan Pertubuhan Peladang Negeri Johor serta beberapa Pertubuhan Peladang Negeri.
Sementara itu, Zamri dalam ucapannya menzahirkan penghargaan atas peruntukan yang diberikan menerusi Program Pemerkasaan Ladang Satelit Pertubuhan Peladang berkenaan di bawah Program Mekanisasi dan Automasi Agromakanan 2023.
Katanya kerja-kerja menaik taraf kompleks penetasan itu telah bermula pada Julai lepas dan dijangka siap hujung tahun ini, sekali gus akan menjadi bangunan yang lebih moden dan sistematik bagi proses meningkatkan kualiti anak ayam pedaging dan memelihara biosekuriti kompleks penetasan.
"Kapasiti semasa pengeluaran anak ayam pedaging MJSB adalah 500,000 ekor sebulan atau bersamaan enam juta ekor setahun. MJSB menyasarkan untuk meningkatkan pengeluaran kepada tujuh juta ekor menjelang 2025 secara berperingkat
"Justeru, menaik taraf kompleks penetasan ini merupakan langkah penting bagi memastikan peningkatan pengeluaran dapat dicapai pada tahun akan datang," katanya.
Zamri berkata Ladang Ayam Baka MJSB mula beroperasi pada 1995 dengan hanya dua reban ayam tertutup serta dua unit mesin pengeraman dan penetasan, sebelum ia ditingkatkan kepada 10 reban dengan kapasiti setiap reban ialah 10,000 ekor ayam baka.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 28 2023
![NAFAS mampu bantu jamin bekalan ayam pedaging seluruh negara - Mohamad Sabu NAFAS mampu bantu jamin bekalan ayam pedaging seluruh negara - Mohamad Sabu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/81681341016_TBAYAM.jpg)
Mohamad Sabu berkata walaupun jumlah berkenaan tidak besar, ia dilihat dapat membantu pengusaha kecil-kecilan yang terlibat dalam sektor itu. - Gambar hiasan/BERNAMA
Malaysia belajar Dasar Bandar Hijau dengan Turkiye - DBKL
Wanita Pertama Turkiye, Emine Erdogan meluangkan masa kira-kira satu jam melawat Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur pada Selasa.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Kematian tahanan: Siasatan masih berjalan - Saifuddin
Siasatan kes kematian seorang tahanan Penjara Taiping dipercayai akibat dipukul bulan lepas masih berjalan.
10 Berita Pilihan - (11 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 12 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kumpulan aktivis Thailand khuatir Trump kembalikan penyedut minuman plastik
Beberapa aktivis alam sekitar di Thailand kecewa dan bimbang susulan tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menandatangi perintah eksekutif untuk mengembalikan penggunaan straw plastik.
Trump isytihar "perang" terhadap penyedut kertas
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengisytiharkan perang terhadap penyedut kertas dan mahu mengembalikan penggunaan plastik.
Data kanak-kanak British maut mungkin telah dipadamkan Tiktok
Keluarga kanak-kanak berusia antara 12 higga 14 tahun itu telah menfailkan saman terhadap Tiktok dan syarikat induknya, Bytedance dalam usaha memaksa syarikat tersebut mendedahkan data anak-anak mereka.
Kanak-kanak 8 tahun maut ditikam guru di sekolah
Seorang guru menikam murid perempuan berusia lapan tahun hingga maut di sebuah sekolah rendah di Korea Selatan pada Isnin, menurut laporan media tempatan yang memetik pihak berkuasa.
Kenyataan Trump sangat 'berbahaya dan gila'- Penduduk Palestin
Kebimbangan penduduk rakyat Palestin di Tebing Barat disuarakan terhadap kenyataan terbaru Presiden Amerika Syarikat.
Tebusan dibebaskan jika hormati gencatan senjata - Hamas
Tebusan Israel hanya akan dibebaskan dari Gaza jika perjanjian gencatan senjata antara Hamas-Israel dihormati.
![NAFAS: Syarikat subsidiari tidak berfungsi akan digabung atau ditutup NAFAS: Syarikat subsidiari tidak berfungsi akan digabung atau ditutup](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/81729749867_TBtimbalanmenteri.jpg)
NAFAS: Syarikat subsidiari tidak berfungsi akan digabung atau ditutup
Syarikat subsidiari Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) akan distruktur semula melalui proses penggabungan bagi meningkatkan kecekapan operasi.
![NAFAS perlu kekal sebagai pembekal utama baja negara NAFAS perlu kekal sebagai pembekal utama baja negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/51678335251_PertubuhanPeladang.jpg)
NAFAS perlu kekal sebagai pembekal utama baja negara
Faizul berkata, sejak sekian lama PPK membuat tempahan baja daripada NAFAS dan pengagihan berjalan mengikut jadual.
![Operasi, obligasi NAFAS tidak terjejas akibat penggantungan - Mohamad Sabu Operasi, obligasi NAFAS tidak terjejas akibat penggantungan - Mohamad Sabu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61731993400_tbMohamadSabu.jpg)
Operasi, obligasi NAFAS tidak terjejas akibat penggantungan - Mohamad Sabu
Operasi dan obligasi Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) kepada mana-mana pihak ketiga tidak terjejas berikutan penggantungan perlembagaan pertubuhan itu bermula 1 Nov lepas.
![Isu kesesakan di BSI, KLIA, kontroversi NAFAS antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini Isu kesesakan di BSI, KLIA, kontroversi NAFAS antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/81729231183_BangunanParlimen.jpg)
Isu kesesakan di BSI, KLIA, kontroversi NAFAS antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Menteri Dalam Negeri ditanya mengenai inisiatif dan langkah yang telah dan akan dilaksanakan bagi menangani kesesakan di BSI dan KLIA.
![Gantung perlembagaan NAFAS bukan untuk 'buang orang UMNO' - Mohamad Sabu Gantung perlembagaan NAFAS bukan untuk 'buang orang UMNO' - Mohamad Sabu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/81731228037_TBWATIKAH.jpg)
Gantung perlembagaan NAFAS bukan untuk 'buang orang UMNO' - Mohamad Sabu
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata penggantungan perlembagaan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) awal bulan ini tiada kaitan dengan politik.
![PAC akan panggil Khazanah, PNB isu FashionValet, juga akan panggil NAFAS PAC akan panggil Khazanah, PNB isu FashionValet, juga akan panggil NAFAS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51730957596_MasErmieyatiSamsud.jpg)
PAC akan panggil Khazanah, PNB isu FashionValet, juga akan panggil NAFAS
Prosiding itu dijangka diadakan pada minggu kedua Disember 2024.
![Tiada halangan, tidak masuk campur siasatan libatkan NAFAS, Khazanah - PM Anwar Tiada halangan, tidak masuk campur siasatan libatkan NAFAS, Khazanah - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61730525024_TBANWARPENJAJA.jpg)
Tiada halangan, tidak masuk campur siasatan libatkan NAFAS, Khazanah - PM Anwar
Perdana Menteri bertegas tidak akan menghalang dan masuk campur dalam siasatan terhadap NAFAS dan Khazanah oleh SPRM.
![Perlembagaan NAFAS digantung berkuat kuasa hari ini Perlembagaan NAFAS digantung berkuat kuasa hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51730441845_AmirMatamin.jpg)
Perlembagaan NAFAS digantung berkuat kuasa hari ini
Perlembagaan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) digantung berkuat kuasa hari ini, bagi menambah baik tatakelola dan tadbir urus pertubuhan itu.
![Tidak wujud kartel, monopoli dalam pembekalan baja - NAFAS Tidak wujud kartel, monopoli dalam pembekalan baja - NAFAS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/71727075979_ZamriYaakob.jpg)
Tidak wujud kartel, monopoli dalam pembekalan baja - NAFAS
Tidak wujud istilah kartel atau monopoli baja dalam pembekalan baja yang diuruskan oleh Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS).
![MAHA 2024: NAFAS catat hasil jualan hampir RM1 juta MAHA 2024: NAFAS catat hasil jualan hampir RM1 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/41727061109_MAHAMAHAMAE.jpg)
MAHA 2024: NAFAS catat hasil jualan hampir RM1 juta
Muhammad Faris berkata ia merupakan rekod hasil penjualan terbesar yang dicapai pertubuhan itu dalam sejarah penyertaannya dalam MAHA.