JITRA: Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) menolak kemungkinan industri padi negara dibayangi kartel seperti yang berlaku dalam industri ternakan ayam dan daging.
Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah Nafas, Datuk Zamri Yaakob berkata, purata hasil padi yang tidak mencapai sasaran tujuh tan metrik per hektar adalah disebabkan sistem pengurusan yang kurang efisyen, bukannya disebabkan wujudnya kartel yang mengawal industri padi.
Menurutnya, ia dibuktikan dengan kejayaan konsep SMART Sawah Berskala Besar (SMART SBB) yang menyediakan pengurusan lebih cekap dengan matlamat untuk meningkatkan produktiviti seterusnya hasil pengeluaran padi dan beras negara.
“Saya rasa tak ada kartel padi, belum lagi dengar ada yang kawal industri ini seperti kartel ayam. Dalam sektor pertanian tak ada, sistem pengurusan yang perlu diperbetulkan,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Asun kali ke-46 di sini pada Rabu.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang mengatakan kemungkinan wujudnya kartel dalam industri padi berikutan masih gagal mencapai sasaran tujuh tan metrik per hektar.
Pada Mei lalu, Muhammad Sanusi berkata, ia berikutan model penanaman padi yang diusahakan oleh Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) mampu mencapai hasil 7.8 tan metrik sehektar, berbanding purata hasil padi sedia ada sebanyak enam tan metrik sehektar.
Menurut beliau, perbezaan hasil padi tersebut mencurigakan kerana kedua-duanya menggunakan sumber, benih dan pengairan yang sama.
Dalam pada itu, Zamri tegaskan, kerajaan menggalakkan pesawah menyertai Smart SBB kerana ia mampu memperoleh hasil lebih tinggi sehingga 9 tan metrik sehektar seperti yang dibangunkan di Kampung Nam Dam, Kubur Panjang, Pendang pada tahun lalu.
“Inilah yang kita harapkan agar pesawah sertai Smart SBB dengan kerjasama syarikat swasta untuk wujudkan sistem sawah secara besar-besaran dengan teknik penanaman padi lebih sistematik.
“Projek perintis di Kampung Nam Dam adalah dengan kerjasama syarikat subsidiari Nafas, iaitu Malaysian NPK Fertilizer Sdn Bhd yang bekalkan baja berformulasi khas dan Petronas Chemicals Group Berhad membekalkan baja Agrenas DTU atau urea biru yang mempunyai kadar penyerapan lebih efisien. Ia turut libatkan penyertaan pihak swasta,” ujarnya.
Menurutnya lagi, model perintis di Kampung Nam Dam akan diperluaskan ke kawasan lain termasuk negeri lain dengan kerjasama PPK.
“Kita telah buktikan mampu cecah 9 tan metrik/hektar, kerana kita menggunakan sistem pembajaan yang betul dan sebagainya, jadi kita boleh mengeluarkan hasil tinggi. Sekiranya pesawah boleh mengikut apa yang kita lakukan dan patuh arahan diberikan, ia boleh dicapai.
“Sebab itu kerajaan galakkan perluaskan Smart SBB ini dengan penglibatan swasta. Apabila dibuat secara individu, kadang baja tak mengikut jadual, itu yang menyebabkan hasil kita rendah,” katanya lagi. - Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Jul 20 2022
![Nafas tolak dakwaan industri padi negara dibayangi kartel Nafas tolak dakwaan industri padi negara dibayangi kartel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/61658363422_PertubuhanPeladang.jpg)
Zamri (kanan) menyerahkan sumbangan Mesyuarat Agung Tahunan kepada Pengerusi PPK Asun, Ariffin Ahmad pada Rabu. - Foto Sinar Harian
Malaysia belajar Dasar Bandar Hijau dengan Turkiye - DBKL
Wanita Pertama Turkiye, Emine Erdogan meluangkan masa kira-kira satu jam melawat Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur pada Selasa.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Kematian tahanan: Siasatan masih berjalan - Saifuddin
Siasatan kes kematian seorang tahanan Penjara Taiping dipercayai akibat dipukul bulan lepas masih berjalan.
10 Berita Pilihan - (11 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 12 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kumpulan aktivis Thailand khuatir Trump kembalikan penyedut minuman plastik
Beberapa aktivis alam sekitar di Thailand kecewa dan bimbang susulan tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menandatangi perintah eksekutif untuk mengembalikan penggunaan straw plastik.
Trump isytihar "perang" terhadap penyedut kertas
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengisytiharkan perang terhadap penyedut kertas dan mahu mengembalikan penggunaan plastik.
Data kanak-kanak British maut mungkin telah dipadamkan Tiktok
Keluarga kanak-kanak berusia antara 12 higga 14 tahun itu telah menfailkan saman terhadap Tiktok dan syarikat induknya, Bytedance dalam usaha memaksa syarikat tersebut mendedahkan data anak-anak mereka.
Kanak-kanak 8 tahun maut ditikam guru di sekolah
Seorang guru menikam murid perempuan berusia lapan tahun hingga maut di sebuah sekolah rendah di Korea Selatan pada Isnin, menurut laporan media tempatan yang memetik pihak berkuasa.
Kenyataan Trump sangat 'berbahaya dan gila'- Penduduk Palestin
Kebimbangan penduduk rakyat Palestin di Tebing Barat disuarakan terhadap kenyataan terbaru Presiden Amerika Syarikat.
Tebusan dibebaskan jika hormati gencatan senjata - Hamas
Tebusan Israel hanya akan dibebaskan dari Gaza jika perjanjian gencatan senjata antara Hamas-Israel dihormati.
![NAFAS: Syarikat subsidiari tidak berfungsi akan digabung atau ditutup NAFAS: Syarikat subsidiari tidak berfungsi akan digabung atau ditutup](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/81729749867_TBtimbalanmenteri.jpg)
NAFAS: Syarikat subsidiari tidak berfungsi akan digabung atau ditutup
Syarikat subsidiari Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) akan distruktur semula melalui proses penggabungan bagi meningkatkan kecekapan operasi.
![Op Ladang: AGC setuju dakwa bekas pengurus besar NAFAS - Azam Baki Op Ladang: AGC setuju dakwa bekas pengurus besar NAFAS - Azam Baki](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51737449983_TanSriAzamBaki.jpg)
Op Ladang: AGC setuju dakwa bekas pengurus besar NAFAS - Azam Baki
Seorang bekas pengurus besar NAFAS dijangka dihadapkan ke mahkamah hujung bulan ini, berhubung kes rasuah membabitkan bekalan baja padi bernilai RM1.8 bilion.
![NAFAS nafi jadi kartel baja, dapat kontrak secara rundingan terus NAFAS nafi jadi kartel baja, dapat kontrak secara rundingan terus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41733147642_pengeluaranpadi.jpg)
NAFAS nafi jadi kartel baja, dapat kontrak secara rundingan terus
NAFAS menerima kontrak bekalan baja itu secara rundingan terus bagi pembekalan dan penghantaran baja kepada petani atau pesawah.
![42 isu tadbir urus, tatakelola dikenal pasti dalam NAFAS - Mohamad Sabu 42 isu tadbir urus, tatakelola dikenal pasti dalam NAFAS - Mohamad Sabu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/81731990042_matsabuparlimen.jpg)
42 isu tadbir urus, tatakelola dikenal pasti dalam NAFAS - Mohamad Sabu
KPKM mengenal pasti 42 isu tadbir urus dan tatakelola dalam NAFAS yang didedahkan melalui Laporan Pengauditan Khas 2018.
![Perlembagaan NAFAS digantung berkuat kuasa hari ini Perlembagaan NAFAS digantung berkuat kuasa hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51730441845_AmirMatamin.jpg)
Perlembagaan NAFAS digantung berkuat kuasa hari ini
Perlembagaan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) digantung berkuat kuasa hari ini, bagi menambah baik tatakelola dan tadbir urus pertubuhan itu.
![NAFAS mampu bantu jamin bekalan ayam pedaging seluruh negara - Mohamad Sabu NAFAS mampu bantu jamin bekalan ayam pedaging seluruh negara - Mohamad Sabu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/81681341016_TBAYAM.jpg)
NAFAS mampu bantu jamin bekalan ayam pedaging seluruh negara - Mohamad Sabu
Mohamad Sabu berkata walaupun jumlah berkenaan tidak besar, ia dilihat dapat membantu pengusaha kecil-kecilan yang terlibat dalam sektor itu.
![Nafas tolak dakwaan industri padi negara dibayangi kartel Nafas tolak dakwaan industri padi negara dibayangi kartel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/61658363422_PertubuhanPeladang.jpg)
Nafas tolak dakwaan industri padi negara dibayangi kartel
Purata hasil padi yang tidak mencapai sasaran adalah disebabkan sistem pengurusan yang kurang efisyen, bukannya kartel.
![Sawah kering: MOA akan segera bantu - Salahuddin Sawah kering: MOA akan segera bantu - Salahuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-01/71577979645_RTB.jpg)
Sawah kering: MOA akan segera bantu - Salahuddin
Bantuan yang diberikan termasuk menyelaras kerja-kerja pengairan di Perlis bersama Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS).
![Dunia baharu Nafas, promosi TMM 2020 meriahkan Dewan Rakyat Dunia baharu Nafas, promosi TMM 2020 meriahkan Dewan Rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-11/61574734703_TBSYEDIBRAHIM.jpg)
Dunia baharu Nafas, promosi TMM 2020 meriahkan Dewan Rakyat
Turut menarik perhatian, Hassan Abdul Karim ingin tahu sejauh mana kemajuan yang dicapai Bank Negara Malaysia untuk membantu lebih ramai rakyat berpendapatan rendah memiliki rumah mampu milik.
![Isu Nafas: Bukan serangan politik - Mohamad Sabu Isu Nafas: Bukan serangan politik - Mohamad Sabu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-10/51572507938_MohamadSabukement.jpg)
Isu Nafas: Bukan serangan politik - Mohamad Sabu
Perlu dilihat dari sudut yang lebih positif iaitu usaha beliau membantu golongan peladang di negara ini.