Kuil Kaliamma Bestari Jaya kesal dengan dakwaan pihak tertentu yang melaporkan terdapat pergaduhan dalam upacara keagamaan di kuil berkenaan.
Ketuanya, Sharmila Devi berkata, dia terkejut apabila menerima banyak panggilan telefon sejak awal pagi Isnin mengenai pergaduhan di kuil berkenaan sehingga mendatangkan kecederaan kepada polis dan orang awam.
"Maklumat ini tidak tepat kerana pergaduhan bukan berlaku di kuil ini, sebaliknya ketika perarakan di sebuah lagi kuil di Sungai Darah," katanya.
Sharmila mendakwa, ketika kejadian, kira-kira 1,000 penganut Hindu melakukan upacara keagamaan di kuil berkenaan.
"Saya anggar kira-kira jam 8.30 malam kami masih bersembahyang di kuil ini dan mula berarak pada jam 9.30 malam.
"Saya malu apabila nama kuil ini dikaitkan dengan pergaduhan tersebut, sedangkan upacara berlangsung tanpa ada pergaduhan," katanya.
BACA: 28 ditahan susulan insiden pergaduhan di kuil Bestari Jaya - Polis
Menurutnya lagi, pihaknya turut mendapat kelulusan polis bagi mengadakan upacara keagamaan.
"Kami dah dapat permit pada 17 Julai lalu bagi tujuan perarakan tahunan kuil," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Md Asri A Wahab berkata, kejadian berlaku di satu lorong masuk ke sebuah kuil di Sungai Darah.
"Pergaduhan berlaku ketika kumpulan terbabit dalam perjalanan ke sebuah kuil di Sungai Darah.
"Kuil Kaliamma Bestari Jaya tidak berlaku sebarang kejadian tersebut," katanya.
Menurutnya, sehingga kini keadaan di kawasan pergaduhan kembali tenang dan terkawal.
"Tiada sebarang kekecohan berlaku dan kami giat melakukan pemantauan dari masa ke masa," katanya.
BACA: Anggota polis cedera diserang dalam pergaduhan ketika perarakan keagamaan
Dalam pada itu, Md Asri menegaskan, polis masih memburu beberapa lagi suspek yang terlibat dalam pergaduhan tersebut.
"Kita masih gerakkan usaha mengesan beberapa ketua kumpulan yang melarikan diri," katanya.
Sebelum ini dilaporkan seorang anggota polis menerima enam jahitan selepas ditetak ketika cuba meleraikan pergaduhan ketika berarak dalam satu upacara keagamaan di Sungai Darah, Kuala Selangor pada Ahad.
Dalam kejadian kira-kira jam 9.15 malam itu, seorang awam turut dilaporkan putus sebahagian tapak tangan kiri akibat ditetak dengan parang.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, pergaduhan itu tercetus ketika perarakan Chariot (keagamaan) sedang berlangsung sebelum dua kumpulan bertengkar mengenai pemasangan khemah.
Sinar Harian
Mon Aug 05 2019

Sharmila menunjukkan surat kebenaran polis bagi upacara keagamaan di kuil tersebut. - Foto Sinar Harian
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.
HUAWEI MatePad Pro 13.2, tablet OLED terbesar dengan prestasi PC
HUAWEI melancarkan HUAWEI MatePad Pro 13.2-inci, tablet flagship dengan paparan OLED Flexible PaperMatte Display pertama dalam industri, menawarkan pengalaman produktiviti dan kreativiti yang lebih maju.
Kedai karpet di Nilai 3 terbakar, peniaga rugi RM30 juta
Pemilik kedai karpet yang terbakar di Nilai 3 menganggarkan mengalami kerugian hampir RM30 juta selepas stok bagi jualan Aidilfitri turut musnah dalam kejadian itu.

Wanita maut motosikal rempuh kereta
Kemalangan jam 12.15 tengah hari itu menyebabkan mangsa berusia 20 tahun yang beralamat di Bestari Jaya meninggal dunia di tempat kejadian.

Mayat wanita separuh bogel ditemukan di tepi Sungai Rambai
Polis menemukan mayat seorang wanita dipercayai rakyat tempatan dalam keadaan separuh bogel di tepi Sungai Rambai.

Pencemaran bau: Loji Rawatan Air Rantau Panjang henti tugas
Loji Rawatan Air (LRA) Rantau Panjang di Bestari Jaya telah dihentikan tugas sekitar pukul 12.20 hingga 12.40 tengah hari Selasa.

Kilang bahan binaan dikompaun, punca insiden pencemaran sisa minyak di Sungai Selangor
Pencemaran sisa minyak itu menyebabkan tiga Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor iaitu LRA Fasa 1 (SSP1), Fasa 2 (SSP2) dan Fasa 3 (SSP3) dihenti tugas pada pukul 9.40 pagi semalam.

Nafi berlaku di Kuil Kaliamma
Sharmila Devi terkejut menerima banyak panggilan telefon sejak awal pagi Isnin mengenai pergaduhan di kuil berkenaan sehingga mendatangkan kecederaan kepada polis dan orang awam.

Insiden pergaduhan kuil terkawal, usah jadikan isu besar - Polis
Masyarakat diminta untuk tidak membesarkan isu pergaduhan di antara dua kumpulan di Kuil Kaliamma, Bestari Jaya, Kuala Selangor, pada Ahad malam.

28 ditahan susulan insiden pergaduhan di kuil Bestari Jaya - Polis
Mereka bergaduh mengenai pemasangan khemah dan akhirnya sehingga menggunakan senjata parang.

Anggota polis cedera diserang dalam pergaduhan ketika perarakan keagamaan
Bagaimanapun berlaku pentengkaran di antara dua kumpulan mengenai pemasangan khemah yang akhirnya membawa kepada pergaduhan dengan menggunakan senjata parang.

32 keluarga berpindah akibat banjir
110 penduduk daripada 32 keluarga di Kampung Rantau Panjang, Bestari Jaya, Kuala Selangor dipindahkan setelah rumah dihuni dinaiki air sedalam satu perpuluhan lima meter.