KES warga Malaysia, Nagaenthran K Dharmalingam yang dijatuhi hukuman gantung sampai mati pada Rabu, atas kesalahan menyeludup dadah di Singapura menarik perhatian antarabangsa.
Pelbagai usaha dilakukan untuk 'menyelamatkan' Nagaenthran, 34, yang sebelum ini menunggu hukuman mati selama lebih sedekad.
Pemuda berasal dari Ipoh itu ditahan pihak berkuasa Singapura pada 22 April 2009 ketika berusia 21 tahun di Pusat Pemeriksaan Woodlands ketika melintasi sempadan Malaysia dan Singapura, dengan dadah itu didapati dilekatkan di paha kirinya.
Berikut apa yang kita tahu:
27 April:
- Nagaenthran dihukum gantung pada awal pagi tadi.
- Upacara pengebumian Nagaenthran dijangka dijalankan di Ipoh, Perak pada Jumaat.
Memetik laporan portal The Star, kediaman keluarga Nagaenthran di Tanjung Rambutan di Ipoh, sudah dipenuhi dengan kaum keluarga terdekat yang sedang membantu keluarga membuat persiapan terakhir buat mendiang.
26 April:
Mahkamah Rayuan Singapura menolak rayuan terakhir yang difailkan ibu Nagaethran untuk mencabar keputusan bagi mengetepikan sabitan dan hukuman mati terhadap anaknya.
Keputusan itu menamatkan ikhtiar saat akhir warga Malaysia itu yang dijadualkan dihukum gantung pada Rabu (27 April) selepas Mahkamah Rayuan mengekalkan hukuman mati ke atasnya bulan lalu.
23 April:
Tokoh perniagaan Britain, Richard Branson serta pelakon dan penulis Stephen Fry, merayu Singapura untuk menyelamatkan Nagaenthran.
22 April:
Kumpulan hak asasi manusia, Anti-Death Asia Network (ADPAN) menyerahkan memorandum kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi menggesa agar Nagaenthran yang dihukum gantung sampai mati atas kesalahan menyeludup dadah di Singapura dibawa pulang menerusi Program Pemindahan Antarabangsa Banduan (ITOP).
30 Mac:
Mahkamah Singapura menolak rayuan terhadap pelaksanaan hukuman mati Nagaenthran yang disabitkan dengan kesalahan penyeludupan dadah.
Mahkamah Rayuan menolak hujah dikemukakan pasukan peguam bahawa Nagaenthran perlu dikecualikan daripada hukuman itu kerana mengalami masalah ketidakupayaan mental dan merupakan orang kurang upaya (OKU) pembelajaran.
3 Disember 2021:
Presiden Singapura Halimah Yacob berkata, Nagaenthran telah diberikan proses undang-undang yang sewajarnya.
7 Nov 2021:
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilapor menulis surat kepada rakan sejawatannya dari Singapura Lee Hsien Loong memohon kelonggaran dalam kes itu.
Astro Awani
Wed Apr 27 2022
Nagaenthran dihukum gantung pada awal pagi Rabu - Foto fail/ Reuters
WEF2025: Decoding World Economic Forum 2025
A wrap-up to the key discussions and outcomes of the World Economic Forum 2025, highlighting some of the world's professionals, industry leaders, and experts. The forum explored the theme "Collaboration for the Intelligent Age," showcasing how global leaders are addressing pressing issues such as geo-economic uncertainty, climate change, and technological innovation. #WEF2025
Kotak hitam masih belum ditemukan, penyiasat masih meneliti perlanggaran udara di AS
Homendy berkata agensinya akan beri ruang kepada pasukan penyelamat untuk menjalankan misi pemulihan sebelum memulakan penyiasatan.
Bursa Malaysia dibuka meningkat seketika sebelum susut
Pada 9.05 pagi, indeks petunjuk utama FBM KLCI susut 5.31 mata kepada 1,547.38 berbanding paras penutup Selasa pada 1,552.69.
AWANI Ringkas: Tegakkan undang-undang antarabangsa
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PGA gagalkan cubaan seludup rokok bernilai lebih RM100,000
Rampasan dilakukan oleh sepasukan anggota Batalion 8 PGA menerusi Op Taring Alpha dalam serbuan ke atas sebuah premis sekitar 8.30 pagi.
AWANI Pagi: seruan inovasi untuk revolusi industri getah
Diskusi 8.30 pagi Jumaat bersama Ketua Pegawai Eksekutif P2 Biotech, Mohd Hazim Nordin membincangkan mengenai revolusi dalam industri getah melalui inovasi dan teknologi terkini bertujuan menarik minat golongan muda sebagaimana saranan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
KTMB tingkat kawalan rondaan cegah insiden pencerobohan
KTMB juga akan adakan perbincangan lanjut dengan APAD bagi memastikan pematuhan terhadap peraturan keselamatan serta penguatkuasaan undang-undang.
Emir Qatar pemimpin Arab pertama lawat Syria sejak kejatuhan Bashar al-Assad
Kunjungan Sheikh Tamim menandakan pemulihan penting hubungan Qatar-Syria.
Prestasi Pasaran Saham: Faktor penurunan dan pemacu utama
Bersama Ketua, MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof untuk membincangkan faktor-faktor yang menyumbang kepada kelembapan pasaran saham baru-baru ini dan implikasinya terhadap pelabur.
Aerotrain: Kelewatan yang tidak memenuhi jangkaan
Kelewatan dalam menyambung semula perkhidmatan Aerotrain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pada asalnya dijadualkan pada Januari 2025, dilihat sebagai mengecewakan selepas lebih dua tahun menantikannya.
Nagaenthran jalani hukuman gantung: Ini apa yang perlu diketahui
Pelbagai usaha dilakukan untuk 'menyelamatkan' Nagaenthran 33, yang menunggu hukuman mati selama lebih sedekad.