KUANTAN: Operasi Sekolah Kebangsaan (SK) Jeram, Masjid Tanah, Melaka tidak akan terjejas dan berjalan seperti biasa esok susulan beberapa guru terlibat dalam kemalangan di Jalan Kuantan-Segamat, Rompin awal pagi semalam, kata Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh.
Beliau berkata bagi tujuan itu, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Alor Gajah telah memberikan bantuan kepada sekolah berkenaan bagi pengaturan jadual masa supaya proses pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar.
"Operasi sekolah tidak ada masalah. Pihak PPD telah pun membantu pihak sekolah untuk memastikan segala operasi berjalan lancar. Mengenai guru ganti dari sekolah lain, pihak PPD akan uruskan. Beri sedikit ruang kepada PPD untuk uruskan yang terbaik buat sekolah," katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas menziarahi guru yang terlibat dalam kemalangan tersebut di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan di sini hari ini.
Ketika ditanya sama ada pihak Kementerian Pendidikan (KPM) akan menilai kembali aktiviti luar yang membabitkan sekolah, beliau berkata: "Kita akan komen kemudian berkaitan dengan itu".
Setakat ini seramai lima mangsa kemalangan itu masih dirawat di HTAA iaitu empat guru di wad biasa manakala seorang daripadanya di Unit Rawatan Rapi (ICU) serta seorang anggota kumpulan pelaksana di wad biasa
Sementara selebihnya yang sebelum ini dirawat di Rompin, Johor, Melaka serta pusat perubatan swasta telah dibenarkan keluar.
Dalam pada itu, Wong berkata pasukan kaunseling Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pahang dan Melaka serta PPD Alor Gajah juga telah bertemu dengan guru dan murid yang terlibat untuk memberikan sokongan psikososial bagi memastikan kestabilan emosi mereka.
"Selepas kejadian ini, pihak KPM, JPN Negeri Pahang dan Melaka serta PPD telah pun melawat cikgu terbabit sama ada di hospital ataupun di rumah. Pihak KPM, JPN dan PPD bersedia untuk menghulurkan bantuan kepada cikgu yang terbabit," katanya.
Dalam nahas jalan raya awal pagi semalam, empat maut manakala 35 cedera selepas bas persiaran yang dalam perjalanan membawa rombongan SK Jeram, Masjid Tanah, Melaka ke Terengganu untuk menghadiri program penanda aras terbabit dalam kemalangan.
Mangsa yang maut ialah Penolong Kanan SK Jeram Hasnatul Adilah Hassan, 48, pemandu kedua bas Hadi Asyraf Mad Idris, 29, pembantu operasi sekolah Hamzah Ahmad, 60, dan guru Dahlia Ahmad, 52.
Difahamkan bas yang membawa 39 penumpang termasuk dua pemandu itu, 22 darinya adalah guru, dilaporkan terbalik di cerun jalan selepas hilang kawalan dan merempuh sebuah treler yang membawa muatan gelung besi.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 10 2024

Kah Woh tiba di lobi HTAA bagi melawat lima mangsa yang terlibat dalam kemalangan bas persiaran serta sebuah treler di Jalan Kuantan-Segamat, Rompin pada Ahad. - Gambar Sinar Harian

Thailand pertimbang bina tembok sempadan sekat pergerakan sindiket pusat panggilan
PM Thailand tekankan keperluan untuk usaha berterusan dan mencadangkan beberapa langkah, termasuk mengkaji kebolehlaksanaan tembok sempadan.
Sekatan bantuan akan musnahkan kehidupan rakyat Gaza - UNICEF
Tegas Pengarah Serantau UNICEF untuk Asia Barat dan Afrika Utara, Edouard Beigbeder,
sekatan bantuan tersebut akan merosakkan operasi menyelamatkan nyawa untuk orang awam.
sekatan bantuan tersebut akan merosakkan operasi menyelamatkan nyawa untuk orang awam.
Hamas penuhi komitmen perjanjian - Pegawai Kanan
Menurut laporan Al Jazeera, Osama Hamdan berkata pihaknya "komited kepada perjanjian" dan ingin melihat perjanjian tersebut diteruskan ke peringkat kedua.
Lebih 2,000 bomba giat padam kebakaran hutan di Jepun
Kira-kira 4,600 penduduk masih berada di bawah nasihat evakuasi, dengan api membakar ribuan hektar tanah setiap hari.
Seorang maut, empat cedera dalam serangan tikaman di Israel
Menurut pihak polis tempatan, suspek yang merupakan seorang warganegara tempatan turut maut dalam insiden berbalas tembakan dengan pasukan keselamatan di lokasi kejadian.
Bekas Presiden FIFA, lagenda bola sepak kembali ke mahkamah
Pendakwa raya Persekutuan Zwitzerland telah mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu bagi membolehkan perbicaraan baharu dijalankan terhadap Sepp Blatter dan Michel Platini.
Malaysia seru kerjasama global, tingkat keterhubungan
Malaysia menyeru kerjasama global yang lebih kukuh dalam usaha membina masa depan yang lebih terhubung, inovatif dan lestari. Ia sekali gus menekankan kepentingan transformasi digital dalam memacu pertumbuhan ekonomi serta kemajuan masyarakat.
12,600 tiket tambahan untuk Aidilfitri mula dijual pada Selasa
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan empat perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan bermula 28 Mac hingga 6 April ini sempena Aidilfitri bagi memenuhi permintaan tinggi penumpang.
Kerugian Universiti Awam meningkat, pentadbiran universiti dipersoal
Menurut Pengarah Allianz Centre for Governance, Universiti Malaya, Prof Zaharom Nain, sikap berdiam diri ini menimbulkan persoalan mengenai pendirian mereka.
KKM Ambil Langkah Agresif Tangani Isu Inflasi Perubatan
Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengambil langkah agresif menangani isu inflasi perubatan yang menyebabkan kenaikan premium insurans kesihatan.

Remaja ditahan memandu tanpa lesen, akibatkan kemalangan maut
Siasatan awal mendapati kenderaan yang dipandu suspek telah hilang kawalan sebelum terbabas ke jalan bertentangan.

Terlajak tekan pedal, Myvi rempuh stesen minyak
Siasatan mendapati kenderaan terlibat hilang kawalan selepas melanggar bonggol menyebabkan pemandunya tertekan pedal minyak.

Lelaki maut nahas dua kenderaan
Pemandu Honda Civic telah mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Lelaki maut kereta terbabas langgar tiang lampu
Seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera dalam nahas melibatkan empat kenderaan di Kilometer 12.1 Jalan Permas.

Tiga sekeluarga maut kemalangan babit dua kenderaan
Tiga beranak maut seorang lagi parah apabila kereta dinaiki mereka terlibat dengan kemalangan sebuah kereta pacuan empat roda di Bandar Permaisuri.

Mekanik maut motosikal langgar tiang lampu
Mangsa dipercayai hilang kawalan dan menyebabkannya melanggar tiang lampu di tepi jalan.

12 terbunuh, 33 cedera kemalangan bas di Mesir
Media tempatan melaporkan, kemalangan itu melibatkan pelajar Universiti Galala yang terletak di bandar Galala.

Buruh binaan maut kereta rempuh pokok - Polis
Seorang buruh tapak binaan berusia 20 tahun maut apabila kereta yang dipandunya terbabas dan melanggar pokok di kilometer 69, Jalan Gua Musang-Aring, Felda Aring 6, Gua Musang, petang semalam.

Nahas bas Jalan Kuantan-Segamat: Operasi SK Jeram, Masjid Tanah, Melaka tidak terjejas
Operasi Sekolah Kebangsaan (SK) Jeram, Masjid Tanah, Melaka tidak akan terjejas dan berjalan seperti biasa esok susulan beberapa guru terlibat dalam kemalangan di Jalan Kuantan-Segamat, Rompin.

Seorang maut, dua cedera kereta langgar pembahagi jalan
Sebuah kereta Toyota Vios telah hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan.