KUALA LUMPUR: Kotak Perakam Suara Kokpit (CVR) milik pesawat Beechcraft yang terhempas di Bandar Elmina pada Khamis lepas, mungkin terpaksa dihantar kepada pihak pengilang di Florida, Amerika Syarikat, bagi tujuan mendapatkan semula data rakaman tersebut.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Foke berkata, keputusan itu sedang dipertimbangkan selepas makmal analisa di Singapura dilaporkan gagal untuk mendapatkan rakaman suara 30 minit terakhir sebelum kejadian, dari 'memory puck' CVR tersebut.
Loke berkata, pihak Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) dijangka akan pulang semula ke ibu negara hari ini, dan akan memberi taklimat tentang situasi tersebut, serta langkah yang perlu dilakukan seterusnya.
"Pagi ini saya telah mendapat laporan dari ketua BSKU, bahawa makmal di Singapura juga tidak dapat keluarkan voice data tersebut. Jadi ada beberapa isu teknikal. Ada kekangan yang tidak membenarkan atau tidak dapat keluarkan rakaman tersebut. Jadi ketua BSKU akan balik petang ini, akan beri penjelasan kepada saya, dan susulan itu kita mungkin akan hantar “memory puck tersebut” ke Florida untuk dianalisa."
"Sekarang ini paling kritikal CVR tersebut. Sehingga kita berjaya 'retrieve data' dari CVR tersebut, kita belum lagi dapat membuat kesimpulan awal. 'Memory puck' itu sudah dikeluarkan, dan masih dalam keadaan yang boleh kata baik, cuma kita tak tahu apa masalah tak dapat 'download data' itu kembali,” katanya lagi.
Beliau berkata demikian kepada sidang media selepas merasmikan Seminar Keselamatan Penerbangan 2023 di ibu negara, pada Selasa.
Sebelum ini media melaporkan, Malaysia menghadapi kesukaran untk mendapatkan data rakaman berkenaan, kerana CVR tersebut berada dalam keadaan tidak sempurna, dan hangus terbakar.
Dalam pada itu, Loke berkata, Malaysia buat masa ini tidak mempunyai kebolehan untuk membuat analisa sendiri ekoran wujud kekangan tertentu, termasuk peralatan yang mencukupi.
“Peralatan seperti ini memang perlukan pelaburan, dan kita cuba memperolehi peralatan ini. Tetapi bila dalam keadan kecemasan, kita perlu tindakan segera, jadi terpaksa untuk dapatkan bantuan mana-mana pihak yang mampu.
“Dalam dunia penerbangan, kita kena faham tak ada satu pun negara yang boleh buat semuanya. We need to have collaboration. Itu sebabnya pihak penerbangan ada kerjasama di peringkat serantau dan antarabangsa.
“Bila ada insiden, kita sering bekerjasama. Inilah yang disebut ‘aviation diplomatic’. Bukan soal ego atau nasional masing masing. Saya harap tidak ada tuduhan atau anggapan mengapa tak buat dalam negara. Kalau dah boleh buat, sudah tentu kita buat,” katanya lagi.
Loke berkata, berdasarkan garis panduan Annex 13, di bawah Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO), laporan siasatan awal perlu dikeluarkan dalam tempoh 30 hari dari tarikh insiden.
Nahas yang mengejutkan negara itu, telah mengorbankan 10 nyawa, termasuk Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Pahang Datuk Seri Johari Harun.
Turut berada dalam pesawat itu ialah juruterbang Shahrul Kamal Roslan, 41, dan pembantu juruterbang Heikal Aras Abdul Azim, 45, serta lima penumpang iaitu Muhammad Taufik Mohd Zaki, 37, Khairil Azwan Jamaludin, 43, Shaharul Amir Omar, 49, Mohammad Naim Fawwas Mohamed Muaidi, 35, dan Idris Abdul Talib @ Ramali, 41.
Dua lagi adalah orangawam iaitu penunggang p-hailing Muhammad Hafiz Muhammad Salleh, 32, dan pemandu e-hailing Sharipudin Shaari, 51, yang melalui kawasan kejadian.
Firdaus Azil
Tue Aug 22 2023

Anthony Loke berucap ketika sidang media selepas merasmikan Seminar Keselamatan Penerbangan 2023 di ibu negara, pada Selasa. - Astro AWANI/Shahir Omar

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.

Keluarga terima keputusan laporan akhir nahas Elmina
Keluarga mangsa nahas pesawat terhempas di Elmina, Shah Alam, tahun lepas menerima keputusan laporan akhir tragedi itu yang dikeluarkan hari ini.

Nahas Elmina: Kotak perakam suara beri petunjuk kritikal
Analisis awal terhadap rakaman kotak perakam suara kokpit (CVR) yang dipulihkan telah memberikan petunjuk kritikal kepada pendedahan punca kemalangan.

Nahas Elmina: Tiada bulu burung pada enjin pesawat
Tiada sebarang penemuan objek asing atau bulu burung pada komponen enjin pesawat yang terhempas berhampiran Elmina.

Nahas Elmina: Dua hari kumpul badan, tisu biologi mangsa
Pasukan perubatan forensik mengambil masa dua hari untuk mengumpul anggota badan dan tisu biologi kesemua 10 mangsa yang terlibat dalam nahas di Elimina Ogos lalu.

Nahas Elmina: Laporan akhir selesai Ogos tahun depan - Kementerian Pengangkutan
Ia selaras dengan standard ICAO Annex 13 yang memperuntukkan tempoh 12 bulan dari kemalangan tersebut untuk melengkapkan dokumen berkenaan.

PRK Pelangai: Wakil BN harus dipilih semula, beri kesinambungan perkhidmatan - Zahid
Barisan Nasional (BN) harus dipilih semula untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai, Pahang akan datang.

Nahas Elmina: Rakaman suara CVR berjaya dimuat turun - Loke
BSKU telah berjaya mendapatkan rakaman Kotak Perakam Suara Kokpit (CVR) berhubung nahas pesawat Beechcraft Premier 1 yang terhempas di Persiaran Elmina 17 Ogos lalu.

Nahas Elmina: Lebih 10 individu dirakam percakapan - KP Selangor
Antara yang dipanggil ialah mereka yang mempunyai video rakaman kejadian, pihak syarikat penerbangan, dan wakil Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).

Nahas Elmina: Perakam CVR dijangka dianalisis di Florida Isnin depan
Perakam suara kokpit (CVR) pesawat Beechcraft Premier 1 yang terhempas di Persiaran Elmina, minggu lalu dijangka dianalisis di makmal di Amerika Syarikat (AS), seawal Isnin ini.

Nahas Elmina: Setiausaha Politik PM ziarah waris mangsa untuk sampaikan sumbangan
Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri Ahmad Farhan Fauzi hari ini berkesempatan menziarahi keluarga tiga mangsa yang terkorban dalam nahas pesawat terhempas di Elmina, Shah Alam minggu lepas.