KUALA LUMPUR: Kotak hitam perakam suara kokpit pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang terhempas di Elmina, telah berjaya dibuka Sabtu lalu, walaupun keadaan luarannya rosak teruk.
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, kepingan memori atau 'memory puck' yang merupakan komponen di dalam kotak hitam perakam suara kokpit itu masih berada dalam keadaan baik.
[LAPOR LANGSUNG] Nahas Elmina: Penantian keluarga berakhir, kini tunggu laporan siasatan
"Kotak hitam perakam suara kokpit pesawat telah dihantar ke makmal pada Jumaat lepas dan apabila sampai pihak Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) mendapati bahawa ia telah rosak teruk di luarnya.
"Selepas itu kita mendapat bantuan teknikal daripada Biro Penyiasatan Keselamatan Pengangkutan Singapura (TSIB) dan pakar-pakar mereka juga datang pada hari yang sama.
"Sabtu lalu, kotak hitam perakam itu telah dibuka untuk mendapatkan 'memory puck' tersebut dan ia masih berada dalam keadaan baik. Namun kita tiada peralatan untuk mengambil data tersebut jadi ia telah dihantar ke Singapura Ahad lepas," katanya kepada pemberita, pada Isnin.
Mengulas lanjut, Loke berkata, ketika ini 'memory puck' itu masih berada di Singapura bersama pasukan BSKU dan TSIB untuk cuba mendapatkan data rakaman berkenaan.
Jelasnya, fokus utama ketika ini adalah untuk cuba mendapatkan data rakaman kokpit pesawat untuk tempoh 30 minit sebelum pesawat itu terhempas.
"Pada ketika ini, kita sedang cuba mendapatkan data berkenaan dan ia masih belum mempunyai keputusan," ujarnya.
Mengulas mengenai cabaran mendapatkan data rakaman berkenaan, Loke berkata, kotak hitam berkenaan berada dalam keadaan tidak sempurna.
"Jika ia berada dalam keadaan baik sudah tentu cepat untuk dapatkan perakam data tetapi sekarang ia menghadapi beberapa masalah teknikal yang cuba diatasi oleh pakar-pakar.
"Jadi saya berharap semua pihak memberikan sedikit masa kepada pakar-pakar kita untuk cuba mendapatkan perakam data tersebut, setakat ini belum dapat lagi," katanya.
Selain itu, Loke berkata, BSKU akan mengeluarkan laporan awal berhubung nahas pesawat tersebut dalam tempoh tidak lebih dari sebulan.
"Ia akan dibantu beberapa pihak termasuk pakar dari Amerika Syarikat kerana pesawat berkenaan adalah buatan negara itu," katanya.
Pada Khamis lalu, seramai 10 mangsa disahkan terkorban dalam nahas pesawat jenis jet peribadi itu.
Mangsa terdiri daripada lapan penumpang dan kru pesawat, selain dua orang awam iaitu penunggang motosikal dan pemandu kereta yang kebetulan berada di lokasi nahas.
Afiezy Azaman
Mon Aug 21 2023
Unit Forensik Polis Diraja Malaysia melakukan siasatan di lokasi kejadian pesawat terhempas di Elmina Shah Alam. - Foto fail/BERNAMA
176 warga asing ditahan di Bukit Bintang
Seramai 176 warga asing ditahan dalam satu operasi yang dijalankan Jabatan Imigresen (JIM) Kuala Lumpur di sekitar Jalan Alor, Bukit Bintang, malam ini.
Wanita hilang selama 11 hari di Sitiawan ditemui di Kajang
Ling Siew Siew disahkan berada di Kajang oleh ahli keluarganya yang memaklumkan perkara tersebut kepada pihak polis.
WEF 2025: Selatan Global perlu gesa kepada pembaharuan struktur antarabangsa - PM
Anwar berkata pakatan seperti BRICS adalah penting sebagai mekanisme untuk membincangkan mengenai pembaharuan dan membolehkan semua pihak mendapat manfaatnya.
AWANI Ringkas: Najib anggap surat derma daripada Arab Saudi tulen
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Beberapa orang ditikam di stesen keretapi di tengah Jepun, seorang tidak sedarkan diri
Beberapa orang ditikam pada petang Rabu di sebuah stesen kereta api yang merupakan hab pengangkutan ke kawasan ski, terletak di tengah Jepun.
Trump umum pelaksanaan 10 peratus tarif ke atas import dari China mulai 1 Februari
Trump pada Selasa berkata tarif 10 peratus ini adalah tindak balas terhadap peranan China dalam krisis fentanyl.
Seludup besi: Enam ditahan, barangan bernilai RM113 juta dirampas
Enam individu ditahan terdiri daripada dua lelaki dan seorang perempuan warga tempatan serta tiga lelaki warga asing berumur antara 33 hingga 50 tahun.
Banjir di Sarawak: Jumlah mangsa di PPS Saratok kini 91 orang
Sebanyak 91 orang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Rumah Dayak, Saratok susulan banjir yang melanda daerah itu, setakat 8 malam tadi.
MyAqsa Foundation akan serah bukti jenayah Israel ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa
Bukti-bukti berkenaan dikumpulkan dengan kerjasama penyelidik dari UIAM sejak serangan bermula pada 7 Oktober 2023.
Consider This: Education — Learning from Indonesia’s Experience
To mark International Day of Education on January 22nd, on this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with education consultant & reform advocate, Dzameer Dzulkifli. He is the former Programme Lead of Guru Tribe, under Indonesia’s GovTech Edu, where from 2020 to 2024, he supported Indonesia's Ministry of Education in transforming its education policies. Prior to that, in 2009, he co-founded Teach For Malaysia—leading it for a decade to build a network of over 500 education changemakers. And later, he served as CEO of Yayasan Tunku Abdul Rahman—championing tertiary education for low-income communities.
Keluarga terima keputusan laporan akhir nahas Elmina
Keluarga mangsa nahas pesawat terhempas di Elmina, Shah Alam, tahun lepas menerima keputusan laporan akhir tragedi itu yang dikeluarkan hari ini.
Nahas Elmina: Kotak perakam suara beri petunjuk kritikal
Analisis awal terhadap rakaman kotak perakam suara kokpit (CVR) yang dipulihkan telah memberikan petunjuk kritikal kepada pendedahan punca kemalangan.
Nahas Elmina: Tiada bulu burung pada enjin pesawat
Tiada sebarang penemuan objek asing atau bulu burung pada komponen enjin pesawat yang terhempas berhampiran Elmina.
Nahas Elmina: Dua hari kumpul badan, tisu biologi mangsa
Pasukan perubatan forensik mengambil masa dua hari untuk mengumpul anggota badan dan tisu biologi kesemua 10 mangsa yang terlibat dalam nahas di Elimina Ogos lalu.
Nahas Elmina: Laporan akhir selesai Ogos tahun depan - Kementerian Pengangkutan
Ia selaras dengan standard ICAO Annex 13 yang memperuntukkan tempoh 12 bulan dari kemalangan tersebut untuk melengkapkan dokumen berkenaan.
PRK Pelangai: Wakil BN harus dipilih semula, beri kesinambungan perkhidmatan - Zahid
Barisan Nasional (BN) harus dipilih semula untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai, Pahang akan datang.
Nahas Elmina: Rakaman suara CVR berjaya dimuat turun - Loke
BSKU telah berjaya mendapatkan rakaman Kotak Perakam Suara Kokpit (CVR) berhubung nahas pesawat Beechcraft Premier 1 yang terhempas di Persiaran Elmina 17 Ogos lalu.
Nahas Elmina: Lebih 10 individu dirakam percakapan - KP Selangor
Antara yang dipanggil ialah mereka yang mempunyai video rakaman kejadian, pihak syarikat penerbangan, dan wakil Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).
Nahas Elmina: Perakam CVR dijangka dianalisis di Florida Isnin depan
Perakam suara kokpit (CVR) pesawat Beechcraft Premier 1 yang terhempas di Persiaran Elmina, minggu lalu dijangka dianalisis di makmal di Amerika Syarikat (AS), seawal Isnin ini.
Nahas Elmina: Setiausaha Politik PM ziarah waris mangsa untuk sampaikan sumbangan
Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri Ahmad Farhan Fauzi hari ini berkesempatan menziarahi keluarga tiga mangsa yang terkorban dalam nahas pesawat terhempas di Elmina, Shah Alam minggu lepas.