KAJANG: "Pakcik tahu ke Naim kemalangan?", satu pertanyaan yang menyentap emosi seorang bapa yang dilanda resah selepas berita nahas pesawat terhempas di Bandar Elmina, Shah Alam tersebar menerusi media.
Mohamed Muaidi Idris, 71, berkata panggilan daripada saudaranya di Terengganu itu secara tidak langsung telah mengesahkan khabar angin yang didengarinya mengatakan anaknya Mohd Naim Fawwaz antara mangsa dalam nahas berkenaan.
"Saudara saya ini duduk di Kuala Terengganu. Dia dapat berita itu daripada anaknya, seorang juruterbang yang berada di Korea Selatan.
"Dia telefon tanya...dah tahu ke cerita Naim kemalangan. Bila dia tanya macam tu, saya dah rasa lain sebab Naim juga seorang juruterbang," katanya ketika ditemui pemberita selepas pengebumian Mohd Naim Fawwaz di Tanah Perkuburan Islam Sungai Kantan di sini hari ini.
Pesara kerajaan yang menetap di Taman Maju Rapat, Ipoh, Perak itu berkata berikutan soalan yang menjentik naluri kebapaannya, dia bergegas ke Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah Ipoh bagi mendapatkan maklumat lanjut kira-kira 3 petang sebelum diminta ke Balai Polis Kampung Rapat untuk sebarang pertanyaan berkaitan insiden itu.
"Pihak polis cuba membantu dengan menghubungi Lapangan Terbang Subang tetapi mereka juga tidak dapat mengesahkan status Mohd Naim," katanya.
BACA: [LAPOR LANGSUNG] Pesawat terhempas di Elmina: Semua 10 jenazah selesai dituntut ahli keluarga
Beikutan itu, dengan ditemani anak perempuannya, mereka bertolak ke Subang selepas maghrib dan sejurus tiba di lokasi kejadian mereka diminta untuk ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang.
Mohamed Muaidi berkata di IPD Klang, dia diberikan maklumat lengkap berhubung nahas itu sebelum diminta ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk pengecaman mayat.
"Selepas beberapa proses akhirnya barulah berita kematian anak bongsu daripada tiga beradik ini disahkan," katanya yang menahan sebak.
Menurut Mohamed Muaidi, kali terakhir dia berjumpa dengan Mohd Naim ialah pada Aidiladha ketika anaknya pulang berhari raya dan selepas itu hanya berhubung melalui telefon berikutan tugasan anaknya yang agak sibuk.
"Naim seorang anak yang komited dalam bekerja tetapi rajin balik berjumpa kami dan satu yang dia tidak akan lupa buat adalah bawa kami makan di luar...itu rutin wajib setiap kali dia balik Ipoh," katanya.
Terdahulu, suasana sedih menyelubungi tanah perkuburan ketika van yang membawa jenazah pembantu juruterbang Mohd Naim Fawwaz tiba kira-kira 1.20 petang dan hujan lebat tidak menghalang ahli keluarga, sahabat dan rakan sekerja untuk terus menunggu bagi memberikan penghormatan terakhir.
Dalam nahas kira-kira 2.50 petang Khami lepas, 10 lelaki termasuk Mohd Naim Fawwaz, 35, disahkan maut selepas pesawat jenis Beechcraft Premier 1 terhempas dua minit sebelum mendarat.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 20 2023
Mohamed Muaidi Idris, bapa kepada Mohamad Naim Fawwaz ketika ditemu bual wartawan pada urusan pengebumian di Tanah Perkuburan Islam Sungai Kantan, Kajang hari ini. - Foto BERNAMA
176 warga asing ditahan di Bukit Bintang
Seramai 176 warga asing ditahan dalam satu operasi yang dijalankan Jabatan Imigresen (JIM) Kuala Lumpur di sekitar Jalan Alor, Bukit Bintang, malam ini.
Wanita hilang selama 11 hari di Sitiawan ditemui di Kajang
Ling Siew Siew disahkan berada di Kajang oleh ahli keluarganya yang memaklumkan perkara tersebut kepada pihak polis.
WEF 2025: Selatan Global perlu gesa kepada pembaharuan struktur antarabangsa - PM
Anwar berkata pakatan seperti BRICS adalah penting sebagai mekanisme untuk membincangkan mengenai pembaharuan dan membolehkan semua pihak mendapat manfaatnya.
AWANI Ringkas: Najib anggap surat derma daripada Arab Saudi tulen
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Beberapa orang ditikam di stesen keretapi di tengah Jepun, seorang tidak sedarkan diri
Beberapa orang ditikam pada petang Rabu di sebuah stesen kereta api yang merupakan hab pengangkutan ke kawasan ski, terletak di tengah Jepun.
Trump umum pelaksanaan 10 peratus tarif ke atas import dari China mulai 1 Februari
Trump pada Selasa berkata tarif 10 peratus ini adalah tindak balas terhadap peranan China dalam krisis fentanyl.
Seludup besi: Enam ditahan, barangan bernilai RM113 juta dirampas
Enam individu ditahan terdiri daripada dua lelaki dan seorang perempuan warga tempatan serta tiga lelaki warga asing berumur antara 33 hingga 50 tahun.
Banjir di Sarawak: Jumlah mangsa di PPS Saratok kini 91 orang
Sebanyak 91 orang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Rumah Dayak, Saratok susulan banjir yang melanda daerah itu, setakat 8 malam tadi.
MyAqsa Foundation akan serah bukti jenayah Israel ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa
Bukti-bukti berkenaan dikumpulkan dengan kerjasama penyelidik dari UIAM sejak serangan bermula pada 7 Oktober 2023.
Consider This: Education — Learning from Indonesia’s Experience
To mark International Day of Education on January 22nd, on this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with education consultant & reform advocate, Dzameer Dzulkifli. He is the former Programme Lead of Guru Tribe, under Indonesia’s GovTech Edu, where from 2020 to 2024, he supported Indonesia's Ministry of Education in transforming its education policies. Prior to that, in 2009, he co-founded Teach For Malaysia—leading it for a decade to build a network of over 500 education changemakers. And later, he served as CEO of Yayasan Tunku Abdul Rahman—championing tertiary education for low-income communities.
Lagi nahas pesawat, 10 maut di Colombia
Sekurang-kurangnya 10 orang maut selepas sebuah pesawat kecil terhempas di barat laut Colombia, menurut pihak berkuasa pada Jumaat, lapor Xinhua.
Seorang maut, pesawat kecil meletup di Brazil
Sebuah pesawat yang membawa lima penumpang meletup di Ubatuba, di pantai Sao Paulo, Brazil, pada Khamis.
2 maut pesawat ringan terhempas di Australia
Dua individu maut dalam nahas pesawat ringan di pantai timur Australia di utara Sydney, lapor Xinhua.
Nahas Jeju Air: Anjing setia tunggu kepulangan tuan
Tragedi pesawat Jeju Air turut meninggalkan seekor anjing peliharaan yang diberi nama Pudding, yang terus menunggu pemiliknya yang tidak akan kembali.
Dua maut, 18 cedera nahas pesawat kecil berdekatan Los Angeles
Kejadian berlaku sekitar 2.09 petang waktu tempatan (2209 GMT), kira-kira 40 kilometer di tenggara pusat bandar Los Angeles.
CEO Jeju Air dilarang keluar dari Korea Selatan
Polis di wilayah Jeolla Selatan mengesahkan larangan berkenaan terhadap dua individu termasuk CEO berkenaan.
Polis serbu Lapangan Terbang Antarabangsa Muan berkaitan nahas pesawat Jeju Air
Polis pada Khamis menyerbu Lapangan Terbang Antarabangsa Muan, pejabat Jeju Air dan beberapa lokasi lain berhubung nahas pesawat syarikat penerbangan itu yang mengorbankan 179 nyawa.
Kotak hitam pesawat Azerbaijan Airlines terhempas dihantar ke Brazil
Keputusan telah dibuat untuk menghantar kotak hitam pesawat penumpang Embraer 190, yang terhempas berhampiran Aktau, ke Pusat Penyiasatan dan Pencegahan Kemalangan Aeronautik Brazil (CENIPA).
Nahas Jeju Air: 141 daripada 179 mangsa dikenal pasti
MUAN (Korea Selatan), 30 Dis (Bernama-Yonhap) - Setakat ini, mayat 141 daripada 179 mangsa yang terkorban dalam nahas pesawat Jeju Air minggu ini telah dikenalpasti, lapor agensi berita Yonhap memetik
PM Anwar ucap takziah kepada keluarga mangsa nahas Jeju Air
Beliau secara peribadi berasa amat sedih dengan insiden tragis yang berlaku di Lapangan Terbang Muan, Korea Selatan itu.