Punca nahas Helikopter Eurocopter AS350 di Batang Lupar berhampiran Sebuyau, Sarawak pada Mei tahun lalu disebabkan keadaan cuaca buruk dan juruterbang yang tidak biasa dengan kawasan persekitaran.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata perkara itu dikemukakan Biro Siasatan Kemalangan Udara dalam laporan akhir nahas helikopter itu yang dimuat naik di laman web kementeriannya hari ini.
Pasukan siasatan turut mengemukakan beberapa cadangan keselamatan kepada pihak berkuasa penerbangan awam Malaysia dan Filipina.
Ia termasuk memastikan juruterbang Operasi VFR mempunyai pengetahuan luas mengenai proses membuat keputusan bila terbang dalam cuaca yang tidak menentu atau di sekitar kawasan ribut petir.
Selain itu, Pusat Kawalan Trafik Udara (ATC), Jabatan Penerbangan Awam (DCA) perlu mematuhi semua prosedur berkaitan tindak balas kecemasan sebagaimana dinyatakan dalam manual perkhidmatan udara.
Ia khusus mengenai masa yang sesuai bagi pengisytiharan fasa kecemasan supaya agensi mencari dan menyelamat dapat bertindak dengan sewajarnya.
Malah, juruterbang helikopter asing yang bertugas di Malaysia perlu mengetahui dan didedahkan dengan persekitaran tempatan serta cuaca sebelum beroperasi.
Pasukan siasatan mengesyorkan supaya juruterbang helikopter asing diletakkan di bawah pengawasan selama 10 jam sebelum memulakan penerbangan perseorangan.
Pada 5 Mei tahun lalu, pesawat malang itu terhempas di Batang Lupar dengan mengorbankan enam orang termasuk juruterbang warga Filipina, Kapten Rudolf Rex Rapas, Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Tan Sri Noriah Kasnon dan Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Mohamad Khair-il Anuar Wan Ahmad.
Harits Asyraf Hasnan
Thu Jun 08 2017
Pasukan keselamatan membantu mengangkat mangsa nahasa helikopter di Sebuyau pada 6 Mei tahun lalu di padang IPK Sarawak - ASTRO AWANI / SHAHIR OMAR
Imigresen, KKM serbu klinik haram, tahan 10 lelaki warga Bangladesh
Enam premis di Jalan Tun Tan Siew Sin, dua di Leboh Pudu, dan satu di Jalan Silang diserbu dalam operasi itu.
Aerotrain KLIA disasar kembali beroperasi sepenuhnya suku kedua tahun ini
Perkhidmatan aerotrain di KLIA disasar untuk kembali beroperasi sepenuhnya pada suku kedua tahun ini, setelah hampir dua tahun digantung.
Tahun Baharu Cina: JPJ lakukan audit operasi di depot, terminal bas ekspres
Sebanyak 2,500 anggota dan pegawai JPJ akan bertugas pada Tahun Baharu Cina ini bagi memastikan kelancaran aliran trafik dan pematuhan terhadap undang-undang jalan raya.
Isu buku Hannah Yeoh: Kertas siasatan dirujuk kepada AGC
Polis telah merujuk kertas siasatan berhubung isu buku 'Becoming Hannah: A Personal Journey' membabitkan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh kepada Pejabat Peguam Negara.
Kerajaan setuju diskaun tol 50 peratus sempena Tahun Baharu Cina - Nanta
Kerajaan MADANI dalam Mesyuarat Kabinet hari ini bersetuju untuk memberikan potongan tol 50 peratus dari kadar tol biasa sempena Perayaan Tahun Baharu Cina 2025.
Anwar tiada masalah dengan "Himpunan Rakyat Benci Rasuah", tapi gesa bersifat adil
Perdana Menteri secara peribadi tidak mempunyai masalah tentang penganjuran "Himpunan Rakyat Benci Rasuah" yang bakal berlangsung pada Sabtu.
[TERKINI] Kerajaan setuju diskaun 50% bayaran tol sempena Tahun Baharu Cina
Kerajaan dalam Mesyuarat Kabinet telah bersetuju untuk memberikan potongan tol 50% dari kadar tol biasa sempena Perayaan Tahun Baru Cina 2025.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di Sabah, Sarawak
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Sabah dan Sarawak bermula 27 Jan (Isnin) sehingga 30 Jan (Khamis).
AWANI Ringkas: Isu 'Ham': Polis rakam keterangan Harith Iskander
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Saman fitnah: Muhyiddin bayar ganti rugi RM1.4 juta kepada Lim Guan Eng
Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mendepositkan RM1.4 juta sebagai jumlah penghakiman ganti rugi saman fitnah yang perlu dibayar kepada Pengerusi DAP Lim Guan Eng.
PRU15: Bekas Penyelia Kemas ganti Rohani di Batang Lupar
Lulusan Universiti Sains Malaysia (USM) itu aktif dalam politik dan aktiviti kemasyarakatan, sehingga diberi kepercayaan menggalas tanggungjawab sebagai Timbalan Ketua Cawangan PBB N29 Beting Maro.
Perkhidmatan Feri Triso henti operasi empat tahun lagi - Abang Jo
Dengan kos RM848 juta, jambatan terpanjang di Malaysia dengan jarak 5.2 kilometer itu dijangka siap dalam tempoh empat tahun lagi.
Tragedi Feri Triso: PBB bantu keluarga mendiang Lorna Ting
Keluarga mendiang mangsa tragedi kereta terjunam ke sungai Batang Lupar dekat Sebuyau menerima bantuan kewangan daripada Parti Pesaka Bumiputera (PBB) bagi melaksanakan urusan pengebumian.
Tragedi Feri Triso: Gadis tular mendakap bayi tak bernyawa luah rasa pilu
Christina berkongsi kesedihan yang dirasai apabila dua ibu saudara dan tujuh sepupu yang cukup rapat sejak mereka kecil kini meninggal dunia di depan matanya sendiri.
Tragedi Feri Triso: Polis tunggu laporan kimia
Polis Daerah Sri Aman masih menunggu laporan kimia sebelum melengkapkan laporan kes kemalangan maut melibatkan sembilan sekeluarga di Pangkalan Feri Triso dekat Sebuyau pada Jumaat.
Tragedi Feri Triso: Pengebumian tiga lagi mangsa ditunda
Pengebumian tiga mangsa kemalangan kenderaan terjunam ke sungai di Pangkalan Jeti Triso di Batang Lupar akan disempurnakan pada Selasa, 5 Januari ini.
Tragedi feri Triso: Kita datang dari Allah, kita pergi kepada Allah - Suami mangsa
Ketika ditemui di Hospital Sri Aman, Mohd Hamzah nampak cekal dan penuh tertib menjawab semua pertanyaan pemberita.
Tragedi feri Triso: Jangan sebar gambar, video mangsa lemas di media sosial - Julaihi
Ia bagi menghormati keluarga mangsa dalam tragedi yang mengorbankan sembilan sekeluarga di Pengkalan Feri Triso
Bayi empat bulan antara korban kejadian kereta jatuh sungai
Seorang bayi berusia empat bulan antara sembilan ahli keluarga yang terkorban dalam kejadian kemalangan di pangkalan feri Triso dekat Sebuyau pada petang Jumaat.
Tragedi Feri Triso: Sembilan maut kenderaan pacuan empat roda terjunam ke sungai
Sembilan dipercayai sekeluarga maut selepas sebuah kenderaan terjunam ke dalam sungai ketika sedang menunggu feri di Triso petang Jumaat.