SHAH ALAM: Pemandu pacuan empat roda yang memandu secara melawan arus dan merempuh sebuah kereta mengakibatkan dua maut dalam kejadian di Kilometer 8.6 Lebuhraya Persekutuan awal pagi Ahad disahkan positif ganja.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, suspek yang berumur 24 tahun itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam untuk tindakan lanjut.
Menurutnya, bagaimanapun hubungan dua mangsa maut berusia 18 tahun dan 19 tahun itu belum dapat dipastikan.
"Setakat ini siasatan mendapati mangsa merupakan rakan dan belum dapat dipastikan ke mana tujuan sebenar mereka yang ketika itu dari arah Klang.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.
BACA: Dua maut susulan pacuan empat roda lawan arus pagi tadi
Pada Ahad, dua remaja maut selepas kereta Proton Wira Aeroback dinaiki mereka dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton yang dipandu secara lawan arus dalam kejadian di Kilometer 8.6 Lebuhraya Persekutuan.
Siasatan awal kejadian berlaku kira-kira jam 2.09 pagi itu mendapati Mitsubishi Triton yang dipandu lelaki berkenaan datang dari arah Kuala Lumpur ke Klang secara melawan arus sebelum bertembung dengan kereta jenis Proton Wira Aeroback yang dipandu dari Klang ke Kuala Lumpur.
Mangsa maut ialah pemandu, Nur Afiqah Abd Karim, 18, beralamat di Taman Bayu Perdana Klang dan penumpang, Muhammad Hafiz Syamir Dzul Asri, 19, beralamat di Kelompok Camar, Bandar Sultan Sulaiman, Pelabuhan Klang.
ARTIKEL ASAL DISIARKAN DI SINAR HARIAN: Pemandu Mitsubishi Triton lawan arus positif ganja
Sinar Harian
Sun Sep 12 2021

Keadaan kereta Proton Wira Aeroback remuk dirempuh pacuan empat roda yang dipandu secara lawan arus dalam kejadian di Kilometer 8.6 Lebuhraya Persekutuan awal pagi Ahad. - Foto Sinar Harian
AWANI Ringkas: Meninggal dunia serta merta
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Astro Shaw perkenal filem 'survival thriller' pertama Malaysia 'Wantugo'
Filem Wantugo dijangka menemui peminat filem tempatan pada penghujung tahun 2025.

RUU PSB pastikan pembangunan semula yang adil, beri manfaat kepada pemilik hartanah
RUU ini turut memperkenalkan mekanisme bagi pemilik yang tidak bersetuju dengan pembangunan semula.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Wanita dilapor hilang ditemukan selamat di Kuantan
Wanita berusia 42 tahun itu disahkan berada di Kuantan, Pahang oleh ahli keluarganya kepada pihak polis lewat malam tadi.

Polis mohon bantuan kesan wanita hilang
Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang wanita berusia 42 tahun yang dilaporkan hilang sejak keluar bekerja pada Jumaat lepas (15 Nov).

Pacuan empat roda guna siren, lampu kecemasan adalah milik PDRM
Sebuah kenderaan pacuan empat roda yang menggunakan siren dan lampu kecemasan bagi mendapatkan laluan di lebuh raya seperti yang tular dalam rakaman video adalah milik Polis Diraja Malaysia.

'Abang Viva' ke Terengganu bawa kereta baharu
Misi menyelamatkan penduduk Terengganu yang terjejas banjir pada kali ini tidak lagi seperti biasa buat sukalerawan Azwan Omar atau lebih dikenali sebagai 'Abang Viva.'

Nahas Lebuhraya Persekutuan: Pemandu Mitsubishi Triton lawan arus positif ganja
Suspek yang berumur 24 tahun itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam untuk tindakan lanjut.

Pustakawan maut motosikal bertembung 4WD
Kemalangan berlaku di Kampung Banggol, Permaisuri, Setiu kira-kita jam 6 petang Rabu.

Wanita hamil 7 bulan maut digilis treler
Nur Amirah Izzati Ahmad Rohaizat, 19, yang menunggang motosikal meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

'Seperti mimpi, semalam bertemu, hari ini sudah tiada'
Luahan isteri seorang mangsa yang maut dalam kemalangan di Lebuh Alor Gajah-Melaka-Jasin menghala ke Simpang Ampat, Alor Gajah, malam tadi.

Enam termasuk lima sekeluarga maut kenderaan bertembung
Kesemua mangsa yang menaiki kenderaan Mitsubishi Triton dan Isuzu D-Max disahkan maut di lokasi kejadian akibat tersepit.

Curi tiga kenderaan di pusat pameran, tiga lelaki direman
Lagak tidak ubah seperti filem Hollywood.