Pihak berkuasa Indonesia masih gagal mengesan bangkai pesawat Lion Air yang terhempas semalam, dipercayai terbenam di dasar laut di perairan Tanjung Karawang.
Sekalipun keadaan cuaca baik di perairan Tanjung Karawang, pasukan mencari dan menyelamat (SAR) masih gagal mengesan bangkai pesawat berkenaan setakat 6 petang waktu Indonesia barat.
Ketua Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan Indonesia (Basarnas), Muhamad Syaugi berkata, pasukan SAR turut menggunakan peralatan canggih seperti 'multibeam Echo Sounder', 'Side Scan Sonar', 'Magnetometer' dan 'Remotely Operated underwater Vehicle' (ROV) bagi mengesan bangkai pesawat itu.
"Kami masih mencari khususnya badan pesawat itu, menggunakan peralatan berkenaan sejak 10.30 pagi tadi, tapi masih gagal mengesan bangkai pesawat dan kotak hitam pesawat," katanya.
Muhamad Syaugi berkata pencarian di koordinat S 5 49.052 E 107 06.628 itu akan diperluaskan lagi ke arah selatan dan barat daya perairan itu.
BACA: Nahas Lion Air: Terselamat kerana terperangkap kesesakan lalu lintas
Sementara itu, Direktur Kesiapsagaan Basarnas, Didi Hamzar berkata beliau tidak menolak kemungkinan pesawat itu terbenam di dasar laut.
"Besar kemungkinan pesawat meluncur dan terbenam ke dasar laut akibat kelajuan tinggi (ketika terhempas)," katanya.
Menurut laporan media Indonesia, kawasan perairan berkenaan yang berlumpur dilihat menyukarkan pasukan penyelam mengesan bangkai pesawat berkenaan.
Berkenaan penemuan cebisan anggota badan yang dipercayai penumpang pesawat itu, Muhamad Syaugi berkata setakat jam 5 petang tadi, sebanyak 34 kantung atau bungkusan jenazah telah dibawa ke Rumah Sakit Polri (Hospital Polis Indonesia).
"Kantung itu berisi berupa potongan (cebisan) badan, pihak Rumah Sakit Polri mengatakan untuk mengidentifikasi perlukan sekitar empat atau lima hari," katanya.
Beliau berkata setakat ini, pihak berkuasa juga telah mendapatkan lebih 70 profil asid deoksiribonukleik (DNA) daripada anggota keluarga penumpang untuk dipadankan dengan DNA jenazah yang ditemui.
BACA: Pesawat Lion Air terbang 'di luar kebiasaan' sehari sebelum terhempas
Beliau berkata pasukan SAR hari ini seramai lebih 800 anggota terdiri daripada anggota tentera, polis dan Basarnas akan melakukan operasi 24 jam selama tujuh hari bagi mengesan bangkai dan kotak hitam pesawat itu, menggunakan 35 unit kapal, tiga helikopter dan tiga pesawat jenis HR-1519, HR-1301 dan CN-235.
Penerbangan JT610 itu membawa 181 penumpang dan lapan anak kapal itu terhempas selepas berlepas dari Lapangan Terbang Soekarno-Hatta pada 6.20 pagi semalam.
Pesawat jenis Boeing 737 MAX 8 itu dilaporkan terputus hubungan sebelum terhempas itu sepatutnya tiba di Lapangan Terbang Depati Amir Pangkal Pinang pada jam 7.10 pagi semalam waktu Indonesia barat.
Tiada rakyat Malaysia terbabit dalam nahas itu. -- Bernama
Bernama
Tue Oct 30 2018
Seorang anggota Basarnas meneliti serpihan dipercayai daripada pesawat Lion Air yang terhempas pada Isnin. - AP
Empat individu ditahan terlibat 11 kes ragut di Selangor
Polis Daerah Serdang berjaya menyelesaikan 11 kes jenayah samun dan ragut yang berlaku di sekitar Serdang, Petaling Jaya dan Subang Jaya selepas penahanan empat suspek dalam operasi khas baru-baru ini.
Pakai ala pasukan beruniform, polis panggil 40 individu
Polis telah mengambil keterangan 40 individu berhubung kehadiran mereka dalam sebuah majlis dengan memakai pakaian rasmi menyerupai pakaian istiadat pasukan beruniform, bulan lalu.
Sindiket warga asing curi telefon tumpas
Polis Selangor berjaya menahan empat individu warga asing yang disyaki terlibat dalam kes kecurian telefon bimbit melibatkan lapan kes di enam daerah sekitar Lembah Klang.
Tukang rumah ugut Harith Iskander dan keluarga dipenjara lima bulan
Mahkamah Majistret Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara lima bulan dan denda RM2,000 ke atas seorang tukang rumah selepas dia mengaku bersalah mengugut dan menakutkan bekas isteri pelawak dan pelakon, Harith Iskander, minggu lalu.//
Majistret S. Mageswary turut memerintahkan Izzudin Md Salim yang berusia 31 tahun menjalani hukuman penjara tambahan sebulan jika gagal membayar denda berkenaan.
Majistret S. Mageswary turut memerintahkan Izzudin Md Salim yang berusia 31 tahun menjalani hukuman penjara tambahan sebulan jika gagal membayar denda berkenaan.
KPN fail prosiding komital terhadap Papagomo
Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Razarudin Husain memfailkan permohonan bagi mendapatkan kebenaran mahkamah untuk memulakan prosiding komital terhadap blogger Papagomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris.
Malaysia terus amal dasar berbaik dengan semua negara
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Malaysia akan terus mengamalkan dasar berbaik dengan semua negara termasuk negara-negara besar seperti China dan Amerika Syarikat.
Nahas udara Washington DC: Kedua-dua kotak hitam CVR, FDR American Airlines ditemukan
Punca nahas yang mengorbankan 67 nyawa itu, sama ada faktor manusia atau mekanikal, masih belum jelas, kata pegawai NTSB.
Kerajaan lulus RM60 juta untuk pelebaran LTSAS - Nga
Kerajaan meluluskan peruntukan sebanyak RM60 juta untuk tujuan projek pelebaran Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) Ipoh.
[TERKINI] Dua lelaki Indonesia bantu hantar mangsa tembakan dikesan
Polis Selangor memburu dua lelaki warga Indonesia yang dipercayai menghantar tiga daripada empat pendatang asing tanpa izin (PATI) ke hospital di Serdang selepas cedera dalam tembakan di perairan Tanjung Rhu, Banting pada 24 Januari lalu.
Mangsa banjir yang 'degil' diseru berpindah segera - Uggah
Uggah berkata, ini kerana masih ada segelintir individu yang belum bersedia untuk berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang terdekat.
Pesawat Amelia Earhart yang hilang hampir 90 tahun didakwa dijumpai
MISTERI kehilangan pengembara terkemuka Amelia Earhart pada tahun 1937 mungkin terungkai selepas imej sonar yang didakwa adalah pesawat beliau, didakwa dijumpai di dasar lautan Pasifik.
Filipina: Bangkai pesawat Cessna ditemukan, 2 maut
CAAP berkata pasukan mencari dan penyelamat pada Rabu menjumpai bangkai pesawat Cessna 152 yang hilang di wilayah Apayao utara, dengan juruterbang dan penumpangnya maut.
Bangkai helikopter dihantar ke Lapangan Terbang Subang untuk siasatan - Polis
Bangkai helikopter yang terhempas di Taman Melawati, Hulu Kelang telah dileraikan sebelum dibawa keluar dari lokasi kejadian.
Mengenang 6 tahun misteri kehilangan pesawat MH370
Usaha mega digerakkan bagi mencari pesawat berkenaan, tetapi malangnya sehingga kini ia kekal misteri.
Nahas Lion Air: Operasi kesan bangkai pesawat masih gagal
Pihak berkuasa Indonesia masih gagal mengesan bangkai pesawat Lion Air yang terhempas semalam, dipercayai terbenam di dasar laut di perairan Tanjung Karawang.
Tiada bangkai pesawat MH370 di selatan Filipina - KPN
Pihak berkuasa Filipina telah mengesahkan bahawa tiada bangkai pesawat MH370 dijumpai di selatan negara itu.
Dakwaan bangkai pesawat di Pulau Sugbay cetus lebih banyak spekulasi
Tanda tanya bermula dengan dakwaan seorang remaja yang menemui bangkai pesawat itu di Pulau Sugbay, Tawi-Tawi awal September lalu.
MH370: Perancis hantar pasukan maritim, udara cari bangkai pesawat
Perancis akan menghantar pasukan maritim dan udara yang baharu di Pulau Reunion di Lautan Hindi mulai hari ini.