IPOH: Penonton yang meninggal dunia selepas dirempuh kereta terbabas dalam satu acara permotoran di Litar Dato Sagor, Kampung Gajah, di sini, semalam merupakan seorang pengusaha bengkel kenderaan di Kamunting, Taiping.
Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, bedah siasat mayat lelaki berusia 32 tahun itu di Hospital Changkat Melintang mendapati punca kematian adalah disebabkan kecederaan di kepala dan pendarahan di bahagian paru-paru.
“Pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya dalam kenyataan, malam tadi.
Mangsa meninggal dunia selepas dirempuh dalam kemalangan membabitkan dua buah kereta lumba pada jam 3.30 petang semasa perlumbaan ‘CCT Battle of Champion’ di Litar Dato Sagor.
BACA: Penonton maut dirempuh kereta di Litar Dato Sagor
“Siasatan mendapati kemalangan berlaku apabila dua kereta berkenaan telah bergesel semasa menghampiri garisan penamat.
“Sebuah daripadanya ke kanan laluan litar lalu memasuki bahagian berumput yang terdapat beberapa penonton sedang berdiri menyaksikan perlumbaan.
“Kenderaan yang terbabas telah terlanggar salah seorang penonton yang berada di atas kawasan berumput dalam jarak 10 meter dari laluan litar,” ujarnya.
Katanya, mangsa mengalami kecederaan parah dan telah diberikan rawatan segera oleh sepasukan pegawai perubatan yang telah bersedia di kawasan litar.
Menurutnya, mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Changkat Melintang menaiki ambulans tetapi disahkan meninggal dunia semasa mendapat rawatan, kira-kira jam 5 petang.
Litar Dato Sagor sepanjang 1.3 kilometer diuruskan sebuah syarikat pengendali yang menyewa dari Majlis Daerah Perak Tengah dan pihak penganjur pertandingan telah menyewa dari syarikat berkenaan.
Astro Awani
Sat Dec 31 2022
![Nahas Litar Dato Sagor: Mangsa maut akibat cedera di kepala, pendarahan paru-paru Nahas Litar Dato Sagor: Mangsa maut akibat cedera di kepala, pendarahan paru-paru](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/51672500273_Penontonmautdiremp.jpg)
Rakaman kejadian itu yang tular di media sosial memaparkan dua buah kereta yang sedang berlumba bergesel hingga menyebabkan salah sebuah kenderaan tersebut terbabas. -Foto Sinar Harian/media sosial
![11 individu kandas di Lata Perangin berjaya diselamatkan 11 individu kandas di Lata Perangin berjaya diselamatkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739633529_termasukkanakka.jpg)
11 individu kandas di Lata Perangin berjaya diselamatkan
Pasukan bomba berjaya menyelamatkan 11 mangsa yang terkandas di Lata Perangin, Tanjung Malim, petang tadi.
Dua maut,puluhan cedera bas terjunam
Dua maut, puluhan cedera selepas bas yang dinaiki mereka terjunam dari jambatan yang runtuh di Chancay,Peru, menurut pihak berkuasa pada Jumaat waktu tempatan.
Hampir 1,500 pengunjung, pencari kerja hadir hari pertama karnival MFJ x SPA 2025
Hampir 1,500 pencari kerja tidak melepaskan peluang pada hujung minggu dengan menyertai Karnival Kerjaya MYFutureJobs (MFJ) X Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) 2025 yang bermula di ibu negara, pada Sabtu.
Kerajaan digesa haramkan penjualan vape di kedai serbaneka
Kerajaan digesa untuk segera mengharamkan penjualan vape dan rokok elektronik di kedai serbaneka 24 jam, kedai runcit serta mana-mana premis yang memudahkan akses kepada golongan muda tanpa kawalan yang ketat.
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
8 individu sebar kandungan jelik, palsu diambil keterangan
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah merakam keterangan lapan individu disyaki memuat naik kandungan bersifat palsu dan jelik terhadap institusi diraja khususnya Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja.
![Jannik Sinner terima penggantungan tiga bulan selepas didapati positif doping Jannik Sinner terima penggantungan tiga bulan selepas didapati positif doping](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/71645583501_TBSINNER.jpg)
Jannik Sinner terima penggantungan tiga bulan selepas didapati positif doping
Pemain nombor satu dunia, Jannik Sinner, menerima hukuman penggantungan serta-merta selama tiga bulan daripada menyertai kejohanan tenis.
Akibat lewat bayar gaji, penyelia kedai runcit maut ditetak berkali-kali
Disebabkan pertengkaran akibat kelewatan pembayaran gaji, seorang penyelia kedai runcit ditetak berkali-kali menggunakan pisau pemotong daging oleh pekerjanya di hadapan deretan kedai di Seksyen 7, Shah Alam pada Jumaat.
Dua beradik berusia 10, 15 tahun hilang dari rumah
Dua beradik berusia 10 dan 15 tahun hilang selepas keluar dari sebuah pangsapuri dekat Taman Harmoni, Seri Kembangan, Selangor sejak Khamis lalu.
![Pertumbuhan kukuh KDNK bukti keberkesanan dasar Ekonomi MADANI - PM Anwar Pertumbuhan kukuh KDNK bukti keberkesanan dasar Ekonomi MADANI - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738745035_TBAnwarIbrahim.jpg)
Pertumbuhan kukuh KDNK bukti keberkesanan dasar Ekonomi MADANI - PM Anwar
Pertumbuhan kukuh Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang mencatatkan 5.1 peratus pada 2024 membuktikan keberkesanan dasar Ekonomi MADANI, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
![Nahas Litar Dato Sagor: Mangsa maut akibat cedera di kepala, pendarahan paru-paru Nahas Litar Dato Sagor: Mangsa maut akibat cedera di kepala, pendarahan paru-paru](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/51672500273_Penontonmautdiremp.jpg)
Nahas Litar Dato Sagor: Mangsa maut akibat cedera di kepala, pendarahan paru-paru
Bedah siasat mayat lelaki berusia 32 tahun itu dijalankan di Hospital Changkat Melintang.