Setakat ini, identiti mangsa masih belum dikenal pasti.
Pegawai Perhubungan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.07 petang, dan seramai tujuh anggota dari Balai Bomba Gebeng bergegas ke lokasi kejadian.
"Kemalangan melibatkan dua buah lori dan sebuah kereta Perodua Alza yang menghala ke Kuala Lumpur. Penumpang lelaki dewasa yang duduk di belakang disahkan meninggal di lokasi kejadian.
"Manakala seorang lelaki yang merupakan pemandu Perodua Alza, dan seorang wanita di bahagian penumpang hadapan tersepit dan mengalami kecederaan dalam kemalangan itu," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
![seorang lelaki yang merupakan pemandu Perodua Alza, dan seorang wanita di bahagian penumpang hadapan tersepit dan mengalami kecederaan dalam kemalangan itu. - Foto JBPM](https://img.astroawani.com/2022-10/41666261694_freesize.jpg)
Katanya, anggota Bomba telah mengeluarkan dan menyelamatkan mangsa yang tersepit di bahagian hadapan menggunakan peralatan khas, dan diserahkan kepada pihak KKM untuk rawatan.