IPOH: Jenazah jurulatih penerbangan, Fajim Juffa Mustafa Kamal, 52, yang terlibat dalam nahas pesawat ringan yang terhempas di Jalan Dr Nazrin Shah, Medan Gopeng di sini semalam telah dibawa keluar daripada Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini, petang tadi.
Jenazah Allahyarham telah dibawa keluar dengan menaiki van serta selepas selesai menjalani proses saringan COVID-19 dan bedah siasat kira-kira jam 2.45 petang.
Astro AWANI difahamkan, jenazah Allahyarham juga turut disembahyangkan ahli keluarga sebelum mereka mengiringi van berkenaan yang turut diiringi kenderaan peronda polis.
Sementara itu, Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, hasil bedah siasat yang dijalankan mendapati mangsa maut selepas mengalami kecederaan pada bahagian tengkuk dan dada.
“Keputusan bedah siasat mangsa nahas penerbangan pesawat ringan menunjukkan punca kematian mangsa disebabkan kecederaan pada bahagian tengkuk dan dada akibat daripada kemalangan berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan ringkas, di sini, pada Selasa.
Tinjauan Astro AWANI di lokasi turut mendapati ahli keluarga dan kenalan Allahyarham telah datang ke Jabatan Forensik HRPB seawal jam 8 pagi.
Selain itu pihak media juga diminta untuk tidak berada secara dekat dengan lokasi jenazah dibawa naik ke dalam van bagi menjaga privasi ahli keluarga Allahyarham.
Menurut bapa saudara arwah yang mahu dikenali sebagai Radzi, 57, jenazah dijangka dibawa ke ke Surau Al-Kauthar Bandar Tasik Kesuma di Semenyih, Selangor bagi disembahyangkan sebelum dikebumikan di kawasan tanah perkuburan berhampiran.
Dalam nahas kira-kira jam 8 malam tadi, Fajim Juffa yang berasal dari Semenyih, terkorban manakala seorang lagi jurulatih penerbangan iaitu Muhammad Din Fikri Zainal Abidin, 62, dari Bukit Damansara, Kuala Lumpur cedera.
Mereka dilaporkan bertolak dengan menaiki sebuah pesawat ringan Piper 28 dari sekolah latihan penerbanan yang terletak berhampiran sebelum kejadian.
Amirrul Rabbani
Tue Aug 02 2022

Jenazah Allahyarham telah dibawa keluar dengan menaiki van serta selepas selesai menjalani proses saringan COVID-19 dan bedah siasat. - Foto Astro AWANI

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Pesawat terhempas di Ipoh kemalangan maut pertama di Malaysia babitkan pesawat Piper PA-28
Kemalangan itu merupakan kejadian keempat pesawat model itu di Malaysia.

Nahas pesawat Piper 28: Jenazah Fajim Juffa dibawa keluar daripada Jabatan Forensik HRPB
Jenazah jurulatih penerbangan, Fajim Juffa Mustafa Kamal yang terlibat dalam nahas pesawat ringan yang terhempas di Jalan Dr Nazrin Shah, Medan Gopeng semalam telah dibawa keluar daripada HRPB.

PM zahir ucap takziah kepada keluarga mangsa pesawat ringan terhempas
Perdana Menteri menzahirkan ucapan takziah kepada ahli keluarga jurulatih penerbangan Fajim Juffa Mustafa Kamal yang meninggal dunia dalam tragedi pesawat ringan terhempas di Perak.

Jenazah jurulatih penerbangan akan dikebumikan di Semenyih - Bapa saudara
Allahyarham Fajim Juffa dikenali sebagai seorang yang rendah diri, ceria dan disenangi ramai.

Pesawat terhempas: CAAM mula siasatan pagi ini
Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, kawalan keselamatan kini diperketat di lokasi tersebut bagi mengelak sebarang pencerobohan.

Pernah terbabit dalam insiden pesawat sebelum ini tidak patahkan minat arwah Fajim Juffa
Pada 2004, Fajim Juffa pernah tersangkut pada sebatang pokok selama beberapa hari apabila pesawat dinaiki mengalami masalah enjin.