BALIK PULAU: Wanita warga Singapura yang maut dalam kejadian van persiaran terjatuh ke dalam cerun di Bukit Genting, Teluk Kumbar dikenal pasti sebagai Lee Kwee Yiam.
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintenden Kamarul Rizal Jenal berkata, mangsa berusia 62 tahun akan dibedah siasat pada jam 2 petang Isnin di Jabatan Forensik Hospital Balik Pulau.
Menurutnya, kesemua mangsa menaiki sebuah van persiaran yang disewa daripada pemandu yang turut tercedera dalam kejadian berkenaan.
"Hasil siasatan, kejadian berlaku pada jam 8.35 malam semalam (Ahad) yang mana, van tersebut adalah milik pemandu itu sendiri. Van tersebut dari arah sebuah restoran di situ.
"Ketika van menuruni bukit di Jalan Genting, pemandu van gagal mengawal kenderaan lalu terbabas dan jatuh ke dalam cerun. Akibat daripada itu, van tersebut mengalami pelbagai kerosakan," katanya ketika dihubungi pada Isnin.
Beliau menambah, hasil siasatan di tempat kejadian mendapati, ia adalah jalan sehala dan permukaan tidak rata.
"Sepuluh mangsa termasuk pemandu van berusia 61 tahun mengalami pelbagai kecederaan antaranya di bahagian kepala, tangan, belakang badan, pinggul, kaki, muka dan leher.
"Semua mangsa berusia lingkungan 55 hingga 69 tahun. Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.
Dalam kejadian malam Ahad, seorang pelancong wanita warga Singapura maut selepas van persiaran yang dinaiki bersama sembilan rakan senegaranya terjatuh dari Bukit Genting di sini.
Mangsa yang berusia lingkungan 60an disahkan maut di lokasi kejadian kerana dipercayai cedera parah.
Menurut bomba, kesemua mangsa berjumlah 11 orang termasuk pemandu warga tempatan.
Penumpang terdiri daripada warga Singapura iaitu tujuh wanita dan tiga lelaki.
Difahamkan, kesemua mangsa melalui laluan sempit itu untuk menikmati makan malam di sebuah restoran makanan Thailand yang terletak di puncak bukit terbabit.
Bagaimanapun, ketika dalam perjalanan pulang, van tersebut telah terbabas lalu terjatuh dari laluan berbukit berkenaan. -Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Sep 25 2023
Dalam kejadian malam Ahad, seorang pelancong wanita warga Singapura maut selepas van persiaran yang dinaiki bersama sembilan rakan senegaranya terjatuh dari Bukit Genting. -Gambar fail/JBPM
Kemalangan: Sakit jantung punca pemandu rempuh tembok parkir Hospital Serdang
Pemandu WRV yang nyaris jatuh dari tingkat tiga bangunan parkir pusat jantung, Hospital Sultan Idris Shah (HSIS), Serdang semalam sakit dada ketika memandu.
Serangan bom: Rakyat Malaysia diminta berwaspada ketika bercuti ke Thailand
Rakyat Malaysia yang merancang untuk bercuti ke Thailand dinasihatkan agar sentiasa berwaspada susulan insiden serangan bom di Narathiwat.
Copa del Rey: Real Madrid tanpa khidmat Mbappe, Bellingham di suku akhir
Ancelotti berkata, dua pemain utama itu akan menyertai Eduardo Camavinga, David Alaba dan Antonio Rudiger dalam senarai pemain tidak beraksi.
Konflik Gaza: Pertubuhan Islam Malaysia kecam cadangan Trump miliki Gaza
Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) bersama semua pertubuhan Islam di Malaysia mengecam sekeras-kerasnya kenyataan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, yang mendakwa negara itu akan mengambil alih dan memiliki Gaza melalui rancangan pembangunan semula.
Alliance Bank tawar program bantuan banjir kepada pelanggan terjejas
Alliance Bank mengumumkan Program Bantuan Banjir bagi membantu meringankan beban kewangan pelanggan yang terjejas akibat banjir yang melanda Sabah dan Sarawak.
Sukan SEA 2025: KBS sasar jumlah keseluruhan pingat, bukan mengikut warna - Hannah
Kementerian Belia dan Sukan akan mengumumkan sasaran pingat berdasarkan jumlah pingat dan bukan mengikut warna pingat.
'Ini pembersihan etnik secara terang-terangan' - YB Indera Mahkota
Ahli Parlimen Indera Mahkota Datuk Saifuddin Abdullah berkata kenyataan yang dikeluarkan Presiden Amerika Syarikat untuk mengambil alih Semenanjung Gaza bermotifkan pembersihan etnik. #AWANInews
Penduduk utara Sydney diminta didih air sebelum digunakan selepas bakteria E. coli dikesan
Majlis Perbandaran Central Coast keluarkan amaran kepada penduduk di 10 kawasan, kira-kira 50km utara Sydney, bekalan air mereka berpotensi tercemar.
Sultan Kedah berkenan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-268
Sultan Kedah Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah berkenan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-268 di Istana Negara hari ini.
Kesuma, PERKESO dapatkan maklumbalas dengan pemegang taruh
Pihak Kementerian Sumber Manusia (kesuma) melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) telah mengadakan sesi libat urus bersama para pemegang taruh bagi mendapatkan maklum balas berkenaan dengan cadangan pelaksanaan Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK).
Nahas van persiaran: Identiti mangsa maut dikenal pasti
Mangsa berusia 62 tahun akan dibedah siasat pada jam 2 petang Isnin di Jabatan Forensik Hospital Balik Pulau.