BALIK PULAU: Tiga mangsa warga Singapura yang cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah van persiaran di Jalan Bukit Genting, Teluk Kumbar malam Ahad sudah dibenarkan keluar daripada Hospital Balik Pulau, di sini.
Difahamkan, ketiga-tiga mangsa itu dibenarkan keluar pada malam Ahad selepas diberi rawatan.
Exco Pelancongan dan Ekonomi Kreatif, Wong Hon Wai berkata, empat mangsa dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas kemalangan manakala tiga lagi dipindahkan ke hospital swasta.
"Hanya mangsa yang meninggal sahaja berada di Hospital Balik Pulau manakala tiga mangsa sudah dibenarkan keluar.
"Empat lagi memang tidak dibawa ke sini sejak semalam, mereka dibawa terus ke HPP untuk mendapatkan rawatan," katanya ketika ditemui di pekarangan Hospital Balik Pulau di sini pada Isnin.
Hon Wai berkata, beliau sudah menghubungi Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Singapura di Kuala Lumpur untuk berbincang mengenai bentuk bantuan yang diperlukan.
"Saya difahamkan mereka datang ke sini melalui ejen pelancongan. Kerajaan negeri bersedia untuk menyalurkan apa sahaja bentuk bantuan yang diperlukan.
"Saya akan menghubungi ejen pelancongan yang menguruskan kumpulan ini untuk mendapatkan maklumat peribadi mangsa serta maklumat lain untuk urusan berkaitan," katanya.
Sementara itu, Exco Belia, Sukan dan Kesihatan negeri, Daniel Gooi berkata, pihaknya telah mengarahkan pengurusan HPP dan Hospital Balik Pulau supaya memudahkan urusan dan membantu mangsa yang terlibat dalam nahas terbabit.
"Perkara utama pada masa ini adalah untuk membantu mereka dalam pemulihan daripada kemalangan tersebut, doa kami ditujukan kepada mangsa serta keluarga dan rakan mereka.
"Orang ramai turut digesa supaya tidak menyebarkan gambar lokasi kemalangan sebagai tanda penghormatan kepada mereka yang terlibat," katanya.
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintenden Kamarul Rizal Jenal mengesahkan kematian mangsa yang merupakan seorang wanita Singapura.
Katanya, identiti mangsa belum diperoleh berikutan tiada dokumen pengenalan diri pada mangsa.
"Tak ada lagi (maklumat mangsa). Tak ada dokumen diri pada si mati.
"Punca kejadian belum diperoleh lagi, hanya akuan lisan sahaja," katanya.
Dalam kejadian malam Ahad, seorang pelancong wanita warga Singapura maut selepas van persiaran yang dinaiki bersama sembilan rakan senegaranya terjatuh dari Bukit Genting di sini pada jam 8.14 malam Ahad.
Mangsa yang berusia lingkungan 60an disahkan maut di lokasi kejadian kerana dipercayai cedera parah.
Menurut bomba, kesemua mangsa berjumlah 11 orang termasuk pemandu warga tempatan. Penumpang terdiri daripada warga Singapura iaitu tujuh wanita dan tiga lelaki.
Difahamkan, kesemua mangsa melalui laluan sempit itu untuk menikmati makan malam di sebuah restoran makanan Thailand yang terletak di puncak bukit terbabit.
Bagaimanapun, ketika dalam perjalanan pulang, van tersebut telah terbabas lalu terjatuh dari laluan berbukit berkenaan. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Sep 25 2023
Dalam kejadian malam Ahad, seorang pelancong wanita warga Singapura maut selepas van persiaran yang dinaiki bersama sembilan rakan senegaranya terjatuh dari Bukit Genting di sini pada jam 8.14 malam. - Gambar fail
Caruman KWSP pekerja asing: Empat pandangan Ameer Ali Mydin
Walaupun kadar caruman KWSP sebanyak du peratus kelihatan kecil, kesan jangka panjang terhadap ekonomi negara tidak boleh dipandang ringan.
Kemalangan: Sakit jantung punca pemandu rempuh tembok parkir Hospital Serdang
Pemandu WRV yang nyaris jatuh dari tingkat tiga bangunan parkir pusat jantung, Hospital Sultan Idris Shah (HSIS), Serdang semalam sakit dada ketika memandu.
Serangan bom: Rakyat Malaysia diminta berwaspada ketika bercuti ke Thailand
Rakyat Malaysia yang merancang untuk bercuti ke Thailand dinasihatkan agar sentiasa berwaspada susulan insiden serangan bom di Narathiwat.
Copa del Rey: Real Madrid tanpa khidmat Mbappe, Bellingham di suku akhir
Ancelotti berkata, dua pemain utama itu akan menyertai Eduardo Camavinga, David Alaba dan Antonio Rudiger dalam senarai pemain tidak beraksi.
Konflik Gaza: Pertubuhan Islam Malaysia kecam cadangan Trump miliki Gaza
Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) bersama semua pertubuhan Islam di Malaysia mengecam sekeras-kerasnya kenyataan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, yang mendakwa negara itu akan mengambil alih dan memiliki Gaza melalui rancangan pembangunan semula.
Alliance Bank tawar program bantuan banjir kepada pelanggan terjejas
Alliance Bank mengumumkan Program Bantuan Banjir bagi membantu meringankan beban kewangan pelanggan yang terjejas akibat banjir yang melanda Sabah dan Sarawak.
Sukan SEA 2025: KBS sasar jumlah keseluruhan pingat, bukan mengikut warna - Hannah
Kementerian Belia dan Sukan akan mengumumkan sasaran pingat berdasarkan jumlah pingat dan bukan mengikut warna pingat.
'Ini pembersihan etnik secara terang-terangan' - YB Indera Mahkota
Ahli Parlimen Indera Mahkota Datuk Saifuddin Abdullah berkata kenyataan yang dikeluarkan Presiden Amerika Syarikat untuk mengambil alih Semenanjung Gaza bermotifkan pembersihan etnik. #AWANInews
Penduduk utara Sydney diminta didih air sebelum digunakan selepas bakteria E. coli dikesan
Majlis Perbandaran Central Coast keluarkan amaran kepada penduduk di 10 kawasan, kira-kira 50km utara Sydney, bekalan air mereka berpotensi tercemar.
Sultan Kedah berkenan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-268
Sultan Kedah Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah berkenan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-268 di Istana Negara hari ini.
Nahas van persiaran: Tiga mangsa dibenarkan keluar hospital
Tiga mangsa warga Singapura yang cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah van persiaran di Jalan Bukit Genting, Teluk Kumbar malam Ahad sudah dibenarkan keluar daripada Hospital Balik Pulau, di sini