KOTA KINABALU: Perbuatan syarikat penerbangan negara ini menaikkan harga tiket terutama ke Sabah dan Sarawak, ketika musim perayaan antaranya Aidilfitri yang bakal tiba tidak ubah seperti 'menghisap darah' rakyat, kata Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin.
Beliau berkata dalam beberapa minggu lagi umat Islam akan menyambut perayaan Aidilfitri, justeru ramai rakyat Sabah di Semenanjung mahu balik ke Sabah, namun amat menyedihkan apabila mereka terpaksa membatalkan hasrat itu, akibat tidak mampu untuk membeli tiket penerbangan yang mahal.
"Bayangkan tiket ekonomi sahaja untuk satu hala ada yang mencecah RM2,800, dan ada juga harga sehingga RM3,600...perkara sebegini tidak seharusnya berlaku syarikat penerbangan jangan sesekali mengisap darah penumpang.
"Masyarakat dari Sabah mengadu dan mengeluh dengan fenomena sebegini, cukup-cukuplah hisap darah rakyat...Kementerian Pengangkutan diminta campur tangan dan tangani isu ini dengan segera," katanya menerusi kenyataan hari ini.
Selain itu katanya ada syarikat penerbangan meletakan syarat semua penumpang wajib mendaftar masuk melalui mesin disediakan, dan bayaran RM100 dikenakan sekiranya penumpang mendaftar masuk melalui kaunter, yang mana ini tidak adil buat rakyat yang kurang faham dengan teknologi terkini.
"Syarikat penerbangan kena faham, di Sabah masih ramai yang tidak memiliki telefon pintar dan pakcik makcik dari kampung masih tidak faham mendaftar masuk melalui mesin yang disediakan," katanya.
Bernama sebelum ini melaporkan syarikat penerbangan komersial tempatan yang menyediakan laluan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu dan Kuching, menawarkan tiket antara RM300 dan ke atas untuk penerbangan pergi balik semasa bukan hari perayaan.
Bagaimanapun, semakan laman web syarikat penerbangan komersial baru-baru ini, menyaksikan tiket penerbangan melonjak sehingga RM2,000 (penerbangan pergi balik) iaitu peningkatan kira-kira 566 peratus, menjelang tempoh perayaan Aidilfitri dari 29 April hingga 8 Mei.
Semalam, Ketua Menteri Datuk Hajiji Noor dilaporkan berkata kerajaan Sabah mendesak kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Pengangkutan, untuk mencari jalan bagi mengurangkan harga tiket penerbangan tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 14 2022
Amat menyedihkan apabila ada sesetengah pihak terpaksa membatalkan hasrat pulang ke kampung akibat tidak mampu untuk membeli tiket penerbangan yang mahal. - Gambar hiasan
Houthi pantau gencatan senjata Gaza, terus serang jika Israel cabuli
Kumpulan Houthi Yamen menyatakan, kumpulan yang disokong Iran itu akan memantau pelaksanaan perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hamas yang bertujuan menamatkan peperangan di Gaza.
Menteri Israel ugut letak jawatan jika gencatan senjata lulus
Menteri Keselamatan Israel, Itamar Ben-Gvir, umum beliau akan meletak jawatan daripada kerajaan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu jika kabinet meluluskan perjanjian gencatan senjata di Gaza.
WHO seru komuniti antarabangsa tingkat bantuan di Gaza
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyeru komuniti antarabangsa untuk mempergiatkan pembiayaan bagi respons bantuan berskala besar di Gaza.
Sekurang-kurangnya 4 maut dalam kebakaran pusat beli-belah di Indonesia
Mangsa ditemukan di tingkat lapan Glodok Plaza pada petang Khamis dan dibawa ke hospital polis untuk proses pengecaman lanjut.
Gencatan senjata Gaza mula Ahad, walau ada halangan akhir
Gencatan senjata di Gaza dijangka bermula pada hari Ahad seperti yang dirancang, walaupun masih terdapat isu kecil yang perlu diselesaikan oleh perunding pada saat-saat akhir.
LYF George Town rancakkan industri perhotelan di Pulau Pinang
Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, industri perhotelan mempunyai peranan besar dalam menyediakan tempat untuk menyambut kedatangan tetamu kenamaan asing dan delegasi berikutan beberapa mesyuarat ASEAN akan turut diadakan di Pulau Pinang.
Malaysia tangani risiko overtourism menerusi amalan pelancongan lestari
Meskipun Malaysia belum menghadapi lebihan pelancong secara meluas, beberapa lokasi pelancongan seperti Semporna, Sabah telah mula berdepan masalah itu.
Presiden Lubnan gesa Israel komited pada perjanjian Gaza
Joseph Aoun harap "gencatan senjata di Gaza dapat mengakhiri keadaan tragik."
Kerajaan Pahang akan bangunkan pusat data AI
Menurut Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, projek yang pertama di negeri Pantai Timur itu menyasarkan produk pertanian tempatan untuk pemasaran domestik dan global.
Video tular kakitangan Puspakom ditampar pelanggan berlaku November lepas
Beliau berkata kejadian tersebut berlaku kira-kira 5.40 petang pada 18 Nov lepas melibatkan seorang lelaki warga tempatan berusia 59 tahun yang merupakan pelanggan Puspakom.
Pemangku Sultan Johor kecewa gangguan bekalan air pada Aidilfitri
Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail menzahirkan rasa kecewa berikutan isu gangguan bekalan air yang berlaku di negeri ini ketika sambutan Aidilfitri baru-baru ini.
Sultan Ibrahim berkenan hadir Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Menteri Melaka
Yang di-Pertuan Agong berkenan berangkat menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
MAIWP sumbang lebih RM16 juta kepada asnaf sempena Aidilfitri tahun ini
Sumbangan khas sempena Hari Raya itu melibatkan 32,250 asnaf di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
Sultan Selangor adakan pertemuan dengan PM Anwar di Seri Perdana
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke kediaman rasmi Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.
Warga emas maut dalam perjalanan pulang selepas rai Aidilfitri
Seorang wanita warga emas yang dalam perjalanan pulang selepas meraikan Aidilfitri bersama keluarga maut apabila kereta dinaiki terlibat dengan kemalangan dengan sebuah lori.
Kerajaan Johor gesa Ranhill SAJ segera tangani isu gangguan bekalan air
Kerajaan Johor menggesa Ranhill SAJ untuk segera menangani isu gangguan bekalan air yang masih berlaku pada musim perayaan Aidilfitri ini.
'Jem' luar biasa! 18 jam redah kesesakan balik raya
Tempoh perjalanan menjadi panjang disebabkan oleh masalah kesesakan lalu lintas akibat pertambahan kenderaan di atas jalan raya.
Lebih 20,000 kunjungi Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Sabah
Lebih 20,000 tetamu menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Kerajaan Sabah hari ini.
Aliran trafik semakin sesak, kemalangan di beberapa kawasan
Aliran trafik sesak selepas Plaza Tol Sungai Besi menuju ke pusat bandar setakat jam 4.50 petang.
Kegembiraan rai Aidilfitri bertukar tragedi
Nahas yang berlaku kira-kira pukul 12.45 tengah malam itu menyebabkan mangsa Nurul Izati Yunus, 23, meninggal dunia di tempat kejadian.