KUALA LUMPUR: Persatuan perniagaan termasuk pengusaha restoran membantah tindakan FOMEMA Sdn Bhd (FOMEMA) menaikkan kadar yuran dan kekerapan pemeriksaan perubatan pekerja asing kerana keputusan itu dibuat tanpa sebarang perbincangan dengan pihak berkepentingan.
Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA), Persatuan Pengusaha Restoran India Malaysia (PRIMAS), Persekutuan Persatuan Perniagaan Malaysia (FMBA) serta Dewan Perniagaan dan Industri India Muslim Malaysia (MIMCOIN) dalam kenyataan sama memaklumkan, pihak persatuan hanya mengetahui kenaikan yuran kesihatan setiap tahun untuk pekerja apabila melawati laman sesawang FOMEMA.
"Soalannya, apakah rasionalisi di sebalik keputusan tersebut? Pihak persatuan perniagaan juga rasa terkilan kerana sehingga kini, tiada pengumuman rasmi daripada pihak berkuasa kerajaan yang berkaitan berhubung kenaikan yang dibuat oleh FOMEMA yang telah berkuat kuasa mulai 16 Dis tahun lepas.
"Sebelum ini, pekerja asing perlu membuat pemeriksaan kesihatan sehingga tiga tahun secara berterusan dan tidak perlu melakukan sebarang pemeriksaan kesihatan sehingga tujuh tahun. Ia kemudian ditukar kepada setiap tahun secara berselang-seli, bermaksud jika tahun ini sudah buat, tahun depan tidak perlu tetapi kini FOMEMA menukar pula kepada setiap tahun.
"FOMEMA juga secara unilateral menaikkan yuran sebanyak 10 peratus kepada 14 peratus dan dengan kira-kira dua juta pekerja asing, majikan perlu menanggung kos kira-kira RM414 juta setahun untuk pemeriksaan perubatan FOMEMA bagi pekerja asing," menurut kenyataan itu.
Justeru, persatuan perniagaan menggesa pihak berkaitan mengadakan perbincangan atau konsultasi terlebih dahulu dengan pemegang taruh sebelum membuat sebarang keputusan atau perubahan.
"Kami membantah keputusan tersebut dan menyeru FOMEMA mengekalkan yuran dan kekerapan pemeriksaan kesihatan untuk pekerja asing seperti dahulu," menurut kenyataan itu.
Kenyataan sama turut menjelaskan bahawa yuran pemeriksaan perubatan pekerja asing yang dicaj oleh FOMEMA ialah RM190 bagi lelaki dan RM207 untuk wanita meliputi saringan HIV, Hepatitis B, sifilis dan kehamilan termasuk penggunaan opiat serta kanabis.
"Yuran kemudian dinaikkan kepada RM207 bagi lelaki dan RM217 bagi perempuan serta diperluas kepada tiga kategori baharu iaitu filariasis (cacing gelang), Hepatitis C dan metamfetamina.
"Kami difahamkan bahawa negara seperti Emiriah Arab Bersatu dan Singapura yang mempunyai ramai pekerja asing tidak mengamalkan perkara seperti ini, ujian saringan kesihatan di kedua-dua negara adalah dua tahun sekali. Kami juga ingin menyeru FOMEMA mengkaji semula perkara ini.
"Satu salinan laporan ujian kesihatan juga sepatutnya perlu diberikan kepada majikan supaya majikan boleh simpan untuk rujukan. Pada masa ini, FOMEMA tidak memberikan salinan laporan ujian baik kepada pekerja mahupun majikan," katanya. - BERNAMA
Bernama
Fri Jan 19 2024

Persatuan perniagaan termasuk pengusaha restoran membantah tindakan FOMEMA menaikkan kadar yuran dan kekerapan pemeriksaan perubatan pekerja asing kerana keputusan itu dibuat tanpa sebarang perbincangan dengan pihak berkepentingan. - Gambar hiasan

Letusan Gunung Lewotobi: Indonesia pindahkan 250 keluarga ke rumah sementara
Kerajaan Indonesia telah menempatkan semula 250 keluarga yang terjejas akibat letusan Gunung Lewotobi Laki-Laki di Nusa Tenggara Timur dari pusat perlindungan pelarian ke rumah sementara.

Mobile Legend Bang Bang diperkenal di Sukan Asia 2026
Sukan Asia bakal berlangsung di Nachi-Nagoya, Jepun dari 19 September hingga 4 Oktober 2026.

Vikneswaran pertahan jawatan Presiden KLHA
Vikneswaran berkata beliau akan memberi fokus kepada membangunkan akar umbi sukan hoki negeri.

Lebih 400 pekerja USAID diberhentikan beberapa hari kebelakangan ini - Laporan
Ramai daripada mereka yang diberhentikan telah berkhidmat di USAID selama 25 tahun dan mempunyai pengalaman di zon konflik bersenjata.

Estonia umum bantuan ketenteraan AS$104 juta untuk Ukraine
Kerajaan Estonia membuat keputusan untuk membeli 10,000 peluru artileri dan menghantarnya ke Ukraine secepat mungkin.
AWANI Ringkas: Geran lebih RM3 juta buat usahawan mikro Sabah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 23 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 23 Februari 2025
1️⃣ Geran lebih RM3 juta buat usahawan mikro Sabah
2️⃣ Dipenjara dua bulan curi baju, tudung dan selipar
3️⃣ Ismail Sabri perlukan pemantauan rapi
#awaniringkas
1️⃣ Geran lebih RM3 juta buat usahawan mikro Sabah
2️⃣ Dipenjara dua bulan curi baju, tudung dan selipar
3️⃣ Ismail Sabri perlukan pemantauan rapi
#awaniringkas
AWANI Global: Siapa pemenang persaingan global AI
Siapakah yang menguasai dan menerajui perlumbaan AI masa kini? Apakah impak perkembangan AI genaratif dan cabaran mengoptimumkan kapasiti model AI?
Diskusi dan analisis bersama TS Dr Aznul Qalid mengenai persaingan AI pasca ChatGPT dan Deepseek dalam AWANI Global 9 malam ini.
Diskusi dan analisis bersama TS Dr Aznul Qalid mengenai persaingan AI pasca ChatGPT dan Deepseek dalam AWANI Global 9 malam ini.

Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi, seperti yang tular di media sosial.

Didik anak-anak bezakan kesahihan maklumat - Dr Wan Azizah
Kepesatan penyebaran pelbagai maklumat ketika ini menuntut ibu bapa memainkan peranan sangat penting dalam mendidik anak-anak untuk lebih bijak menilai serta membezakan kesahihan berita diterima.

Saran Fomema diletakkan bawah Perkeso - Kula Segaran
Ini supaya ia memudahkan pengurusan perubatan pekerja asing, kata Menteri Sumber Manusia.

Sistem biometrik saring pekerja asing dilaksana Februari 2018
Sistem Biometrik Pemeriksaan Saringan Kesihatan Pekerja Asing bertujuan menangani masalah pemalsuan identiti dijangka hanya akan berkuatkuasa sepenuhnya di seluruh negara pada Februari tahun depan.

Tifoid: Kebersihan pekerja asing sektor pembinaan juga perlu dipersoalkan - PRESMA
PRESMA mahu pihak berkuasa tidak menumpukan usaha mengekang penularan penyakit demam kepialu kepada pekerja asing di restoran sahaja.