KUALA LUMPUR: Permohonan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk proses pengampunan tidak akan memberi kesan terhadap perjalanan kes beliau yang lain di mahkamah.
Pakar Perlembagaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood berkata, peraturan penjara membenarkan permohonan dibuat oleh mana-mana pesalah atau banduan, tanpa mengira status individu tersebut.
“Daripada bacaan saya, saya lihat orang ada kata kalau seorang itu ada kes yang sedang berjalan, tak selesai, maka Lembaga Pengampunan tak mengambil kira permohonan itu … tapi itu saya rasa persepsi salah.
“Lembaga Pengampunan terima apa jua permohonan dan apabila kes itu dipohon, pengampunan dipohon, Lembaga akan melihat dan buat keputusan. Jika tak diberi pengampunan, maka kes tak boleh diulang mohon sehingga tiga tahun, itu dalam peraturan penjara.
“Jadi, saya rasa apa yang perlu kita lihat, kita tidak perlu persoalkan isu bahawa kerana Najib ada kes di mahkamah, maka tak boleh buat permohonan pada kes yang disabitkan. Bermula setelah tamat kes di peringkat tertinggi (Mahkamah Persekutuan) … jadi tidak kira kalau sama ada seseorang itu masih ada kes di mahkamah,” katanya lagi.
Lembaga Pengampunan pada Jumaat memaklumkan Mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bersetuju mengurangkan hukuman dan denda yang dikenakan terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak.
Lembaga tersebut mengesahkan hukuman penjara bekas Perdana Menteri itu dikurangkan daripada 12 tahun ke 6 tahun, dan denda terhadapnya dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta.
Namun Lembaga berkata, sekiranya denda tidak dibayar, tempoh penjara bagi bekas Perdana Menteri itu ditambah selama setahun dimana tarikh pembebasan beliau adalah pada 23 Ogos 2029.
Dalam pada itu Nik Ahmad Kamal berkata, tidak perlu membuat perbandingan antara jenis pengampunan yang Najib terima, dengan pengampunan berprofil tinggi yang terjadi sebelum ini.
“Setiap kes ada karakter, ada latar belakang berbeza. Setiap kes dilihat secara persendirian, bukan pada kes lepas. Kuasa pengampunan terletak pada Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Lembaga Pengampunan. Kalau setiap kes dilihat mengikut lepas, sukar nak buat keputusan.
“Kadang-kala apabila kes dibentangkan, ada persamaan ada perbezaan. Sebab itu saya rasa Lembaga Pengampunan tidak lihat pada kes duluan, tetapi lihat dari segi characteristic. Di masa hadapan, jika ada kes yang seakan-akan sama, maka ia akan dilihat secara tersendiri, dan tidak dirujuk pada kes lepas,” katanya lagi.
Firdaus Azil
Fri Feb 02 2024

Peraturan penjara membenarkan permohonan dibuat oleh mana-mana pesalah atau banduan, tanpa mengira status individu tersebut. - Gambar fail/Bernama

Nurfakhira ditemui selamat di rumah nenek rakan lelaki
ACP Bahrin berkata, remaja berkenaan ditemui dalam keadaan baik di rumah nenek rakan lelakinya.

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

Saksi pembelaan gagal dikesan, perbicaraan kes 1MDB Najib ditangguh
Perbicaraan kes Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung dakwaan penyelewengan RM2.3 bilion daripada 1MDB hari ini ditangguh kerana saksi gagal dikesan.

Perintah larangan bersuara untuk elak komen prejudis terhadap Najib - Peguam Cara Negara
Perintah larangan bersuara (gag order) tidak akan memprejudiskan Datuk Seri Najib Tun Razak daripada membentangkan kesnya di mahkamah.

Peguam Negara bantah permohonan lantik peguam pemerhati dalam kes Najib
Semakan kehakiman itu berhubung dakwaan Najib mengenai kewujudan dokumen tambahan yang membolehkannya menjalani baki hukuman penjara enam tahun secara tahanan di rumah.

Titah Adendum: 'Nak lari dari mana? Selesai kes mahkamah saya jawab' - PM
Anwar menegaskan beliau tidak pernah mengelak daripada menjawab isu Titah Adendum membabitkan Datuk Seri Najib Razak, sebaliknya berpegang kepada prinsip undang-undang.

Jho Low beri gambaran seolah-olah beliau rapat dengan Najib - Tengku Rahimah
Adinda kepada Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin, Tengku Datuk Rahimah Sultan Mahmud memberitahu Mahkamah Tinggi Putrajaybahawa Jho Low telah memberi gambaran seolah-olah rapat dengan Najib.

Najib pertimbang mohon pengampunan kedua - Peguam
Datuk Seri Najib Tun Razak sedang mempertimbangkan untuk mengemukan permohonan pengampunan kali kedua kepada Yang di-Pertuan Agong (YDPA).

Kerajaan, Razak Baginda diperintah bayar RM9 juta kepada keluarga Altantuya
Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu memerintahkan kerajaan dan penganalisis politik, Abdul Razak Baginda, membayar lebih RM9 juta kepada keluarga model Mongolia, mendiang Altantuya Shaariibuu.

AGC fail notis usul, mahu rayu keputusan kes Titah Adendum ke Mahkamah Persekutuan
Notis itu berdasarkan premis percanggahan dalam tafsiran undang-undang, dan kepentingan isu undang-undang di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Saya yakin cek RM600,000 dikeluarkan Najib adalah duitnya sendiri - Saksi
Ibrahim memberitahu bahawa sangat yakin bahawa cek RM600,000 yang diterimanya daripada Najib adalah wang peribadi beliau dan bukannya milik anak syarikat SRC International.

Kes 1MDB: Najib akui pengalamannya dalam korporat minimum, sebelum sertai politik
Najib memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa pengalamannya dalam tadbir urus korporat adalah minimum, sebelum beliau memulakan kerjaya politiknya.