Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan tiga yang lain hari ini berjaya membatalkan saman yang difailkan PKR atas dakwaan berbelanja berlebihan dalam kempen Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Zaki Abdul Wahab membenarkan permohonan Najib, Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk membatalkan saman itu selepas mendapati writ saman dan pernyataan tuntutan plaintif tidak dapat dipertahankan dari segi undang-undang.
Mohd Zaki memerintahkan kelima-lima plaintif membayar kos sebanyak RM15,000 masing-masing kepada Najib dan Tengku Adnan manakala RM10,000 bagi 1MDB dan RM10,000 kepada SPR.
Plaintif dalam saman itu ialah Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang sedang menjalani hukuman penjara lima tahun kerana sabitan kes liwat, anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar, anggota Parlimen Batu Tian Chua, bekas Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan anggota Gerakan Harapan Baru Dr Dzulkefly Ahmad.
Pada 12 Ogos tahun lepas, mereka memfailkan saman terhadap Najib atas dakwaan berbelanja berlebihan dalam kempen PRU13 dan melanggar undang-undang pilihan raya.
Dalam keputusannya, Mohd Zaki berkata plaintif tidak mempunyai locus standi untuk memfailkan saman itu terhadap Najib dan Tengku Adnan kerana kesemua plaintif bukanlah pegawai awam atau pemegang jawatan dalam PKR.
Katanya, mengikut Seksyen 9(c) Akta Pertubuhan 1966, sebarang prosiding terhadap sesebuah pertubuhan atau pemegang jawatannya hanya boleh dibawa oleh pegawai awam atau pemegang jawatan dalam pertubuhan itu.
"Plaintif pertama (Anwar) bukanlah pegawai awam atau pemegang jawatan dalam pertubuhan itu manakala plaintif lain pula mereka perlu tunjukkan kepentingan untuk membawa tindakan ini, tetapi mereka hanya berasaskan hak mereka sebagai calon pilihan raya," katanya.
Berhubung tuntutan plaintif supaya mahkamah itu membuat pengisytiharan mengenai salah laku jenayah defendan pertama (Najib) berhubung isu 1MDB, Mohd Zaki berkata mahkamah itu tidak mempunyai bidang kuasa untuk membuat perisytiharan itu.
"Hanya Peguam Negara yang boleh memulakan atau membuat tindakan jenayah. Berdasarkan keputusan kes terdahulu adalah sangat jelas sesuatu kes sivil tidak boleh melaksanakan bidang kes jenayah. Keputusan itu masih mengikat mahkamah ini," katanya.
Mohd Zaki berkata plaintif juga tidak mempunyai locus standi untuk memohon mahkamah mengisytiharkan UMNO adalah sebuah pertubuhan tidak sah kerana hanya Pendaftar Pertubuhan yang boleh berbuat demikian mengikut Seksyen 41 Akta Pertubuhan.
Katanya, mahkamah sivil tidak mempunyai bidang kuasa untuk membuat perisytiharan itu.
Mengenai dakwaan plaintif berhubung dana RM2.6 bilion itu, Mohd Zaki berkata plaintif tidak mengemukakan fakta mengenai dakwaan mereka itu di dalam afidavit sebaliknya butir-butir mengenai perkara itu hanya dengar cakap.
"Afidavit yang mengandungi butir-butir dengar cakap tidak boleh dijadikan penggantungan di writ saman, oleh itu writ saman itu tidak boleh dipertahankan," katanya.
Mohd Zaki berkata plaintif juga gagal mempertahankan tuntutan mereka supaya mahkamah sivil membuat perisytiharan bahawa keputusan PRU13 adalah tidak sah dan terbatal, kerana mahkamah itu tidak mempunyai bidang kuasa berbuat demikian.
"Hanya Mahkamah Pilihan Raya yang mempunyai bidang kuasa untuk mendengar dan memutuskan tuntutan plaintif itu. Berdasarkan alasan-alasan tersebut, mahkamah membenarkan permohonan kesemua defendan untuk membatalkan saman plaintif," kata Mohd Zaki.
Di luar mahkamah, peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun mewakili Najib dan Tengku Adnan memberitahu pemberita bahawa dengan keputusan itu, beliau berharap semua isu membabitkan RM2.6 bilion akan dihentikan.
Bernama
Thu Jan 21 2016

Pada 12 Ogos tahun lepas, PKR memfailkan saman terhadap Najib atas dakwaan berbelanja berlebihan dalam kempen PRU13 dan melanggar undang-undang pilihan raya. - Gambar Fail

Cubaan pindah khinzir disyaki dijangkiti demam babi Afrika gagal
Cubaan memindah keluar sejumlah khinzir yang disyaki dijangkiti penyakit demam babi Afrika (ASF) dari daerah Sepang berjaya dipatahkan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Selangor (DVS Selangor).

Malaysia ada tempat istimewa di hati penduduk Gaza - Mahasiswa Palestin
Pelajar Gaza di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Asim S. M. Alamssi, berkongsi perasaan mendalam terhadap Malaysia yang dihargai oleh penduduk Gaza.
Perisikan Jerman: COVID-19 mungkin bocor dari makmal Wuhan
Pada tahun 2020, Agensi Perisikan Asing Jerman (BND) menganggarkan dengan kebarangkalian 80 hingga 90 peratus bahawa koronavirus yang mencetuskan pandemik COVID-19 telah dilepaskan secara tidak sengaja dari Institut Virologi Wuhan di China. Menurut laporan media tempatan Jerman, BND mempunyai petunjuk mengenai eksperimen "gain-of-function" di institut tersebut.

5,272 belia bankrap sejak 2020
Sebanyak 5,272 belia berusia 34 tahun ke bawah telah diisytiharkan muflis sejak 2020 hingga tahun ini, kata Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh.
Mark Carney angkat sumpah PM baharu Kanada Jumaat ini
Mark Carney akan mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Kanada pada hari Jumaat, menggantikan Justin Trudeau. Beliau mengambil alih kepimpinan ketika Kanada berdepan perang perdagangan dengan AS dan persiapan pilihan raya.
Api kuali musnahkan khemah peniaga Bazar Ramadan
Insiden yang berlaku sekitar jam 5 petang itu tular di TikTok, menunjukkan khemah jualannya musnah dalam kebakaran.
Walaupun dalam keadaan panik, peniaga dikenali Alif itu sempat menyelamatkan diri.
Walaupun dalam keadaan panik, peniaga dikenali Alif itu sempat menyelamatkan diri.
Muat naik kandungan 3R, lelaki disiasat MCMC
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menyiasat seorang lelaki tempatan, 47 tahun yang disyaki memuat naik kandungan palsu berunsur 3R.
Suspek menyentuh sensitiviti agama menerusi akaun Facebook miliknya.
Suspek menyentuh sensitiviti agama menerusi akaun Facebook miliknya.

Pulau Pinang terima penerbangan terus dari sebuah bandar di China suku kedua 2025 - Exco
Pulau Pinang mengalu-alukan laluan penerbangan terus baharu dari sebuah bandar utama di China yang dijangka bermula pada puncak musim perjalanan Minggu Emas Hari Pekerja di China.
Perbelanjaan baiki tandas sekolah cecah RM1 bilion
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, masalah infrastruktur sekolah di negara ini antara perkara awal yang menjadi keutamaan ketika diberi tanggungjawab memegang portfolio Menteri Kewangan.
Ramadan tekankan kesedaran bantu golongan kurang bernasib baik
Bulan Ramadan menekankan pentingnya tanggungjawab termasuk kesedaran tambahan untuk membantu mereka yang kurang bernasib baik termasuk jiran, kariah dan rakan sekeliling.

31 Julai pendengaran injunksi 1MDB untuk bekukan aset Rosmah lebih AS$346 juta
Mahkamah tetapkan 31 Julai untuk mendengar permohonan injunksi difailkan 1MDB terhadap Rosmah bagi menghalang beliau daripada mengeluarkan atau melupuskan mana-mana asetnya bernilai lebih RM1.6 bilion

Mahkamah benar perintah larangan akses terhadap barangan kemas berkaitan 1MDB
Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan kerajaan untuk mengeluarkan perintah larangan terhadap Pengarah PSI Tarek Obaid daripada mengakses 41 barang kemas dikaitkan dengan 1MDB.

Hantaran Facebook Najib tidak wajar - DPP
Pihak pendakwaan berhujah bahawa kenyataan media itu sepatutnya dilaporkan secara faktual dan objektif tanpa membuat sebarang kesimpulan.

Keputusan representasi Najib gugur tuduhan kes dana SRC RM27 juta diketahui 6 Mei
Peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, akan menyerahkan surat tambahan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk mendapatkan maklum balas mengenai representasi tersebut.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 7 Mac 2025.

1MDB diarah bayar kos RM225,000 kepada anak tiri Najib, syarikatnya
Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membayar kos sebanyak RM225,000 kepada Riza Shahriz Abdul Aziz, dan dua syarikatnya.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 6 Mac 2025.

Mahkamah sekat akses akaun bank luar negara, saham berkaitan 1MDB
Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan permohonan kerajaan untuk mengeluarkan perintah sekatan terhadap akaun bank dan saham milik putera Arab Saudi Putera Faisal Turki Al Saud dan bekas penasih

'Saya bukan proksi Najib' - Bekas Pengerusi 1MDB
Bekas Pengerusi 1MDB memberitahu tidak dilantik dalam syarikat pelaburan strategik negara itu semata-mata untuk memastikan semua keputusan Najib dilaksanakan.

Bekas Pengerusi 1MDB diasak soalan berhubung kenyataan bukan proksi Najib
Tan Sri Che Lodin Wok Kamaruddin, 75, diasak dengan soalan pasukan pendakwaan berkaitan kenyataan beliau bukan proksi kepada Datuk Seri Najib Tun Razak.