Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa golongan pesara membantu kerajaan membetulkan pelbagai fitnah yang disebarkan termasuk di media sosial.
Beliau berkata ini kerana mereka lebih memahami dasar-dasar kerajaan kerana ada di antara mereka ada yang telah berkhidmat sejak Malaysia mencapai kemerdekaan dan menjadi saksi kepada pelbagai fasa transformasi yang dilalui negara.
"Saya minta tolong uar-uarkan perkara yang baik kerana (pesara) faham dasar kerajaan... banyak fitnah di media sosial yang terpaksa kita betulkan. Tolong bantu saya jernihkan keadaan," katanya.
Beliau berucap pada jamuan malam sempena Persidangan Perwakilan Tahunan Ke-28 Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia (PPKM) di sini, malam ini.
Turut hadir isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan Presiden PPKM Kebangsaan Tan Sri Wan Mahmood Pawan Teh.
Najib berkata sebagai perdana menteri, beliau memerlukan komitmen dan sokongan lebih 46,000 anggota PPKM untuk mencapai transformasi yang diimpikan kerajaan buat negara.
Beliau memberi jaminan bahawa keyakinan, komitmen dan sokongan tidak berbelah bagi golongan pesara terhadap kerajaan tidak disia-siakan dengan kerajaan akan melakukan sebaik mungkin untuk kumpulan itu.
Sambil menjelaskan pentingnya sebuah negara yang aman dan stabil dengan pengurusan ekonomi berkesan, beliau berkata semua itu mampu dicapai dengan bantuan pesara dalam mencorakkan keadaan yang boleh membuat rakyat terus yakin dengan apa yang dilakukan kerajaan.
"Saya beri jaminan kalau negara lebih baik, saya tak akan lupakan kebajikan pesara... kita tak boleh memandang sepi kepada pesara kerajaan, kita tak boleh pinggirkan mereka dan jangan kita tak kenang jasa dan budi mereka," katanya.
Dalam pada itu, Najib berkata kerajaan meluluskan peruntukan RM5 juta kepada Yayasan Pesara Kerajaan Malaysia baru-baru ini, dan peruntukan itu akan ditambah dari semasa ke semasa untuk membela kebajikan pesara.
Bernama
Mon Aug 17 2015
![Najib gesa pesara bantu kerajaan perbetul fitnah di media sosial Najib gesa pesara bantu kerajaan perbetul fitnah di media sosial](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-08/81439546043_950x600.jpg)
Najib (gambar) menggesa golongan pesara membantu kerajaan membetulkan pelbagai fitnah yang disebarkan termasuk di media sosial. -Gambar fail
![Sultan Selangor dukacita masih ada umat Islam terperangkap maklumat salah Sultan Selangor dukacita masih ada umat Islam terperangkap maklumat salah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738966030_SultanSelangor.jpg)
Sultan Selangor dukacita masih ada umat Islam terperangkap maklumat salah
Baginda bertitah umat Islam dilihat semakin mudah terpengaruh dengan dakyah ajaran sesat dan menyeleweng.
![Sultan Selangor, Tengku Permaisuri berangkat ke Majlis Penutup Tilawah Al-Quran Sultan Selangor, Tengku Permaisuri berangkat ke Majlis Penutup Tilawah Al-Quran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61738965863_SultanSelangor.jpg)
Sultan Selangor, Tengku Permaisuri berangkat ke Majlis Penutup Tilawah Al-Quran
Keberangkatan tiba baginda berdua disambut Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.
![Pembelian MASwings oleh Kerajaan Sarawak dimuktamad 12 Feb Pembelian MASwings oleh Kerajaan Sarawak dimuktamad 12 Feb](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738965729_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pembelian MASwings oleh Kerajaan Sarawak dimuktamad 12 Feb
Abang Johari Tun Openg dijangka akan mengumumkan nama baharu MASwings selepas proses pengambilalihan selesai dengan rasmi.
![Skim Rumah Ibu bantu penduduk miliki kediaman mampu milik Skim Rumah Ibu bantu penduduk miliki kediaman mampu milik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738932125_TBSKIMRUMAHIBUjpg.jpg)
Skim Rumah Ibu bantu penduduk miliki kediaman mampu milik
Sebanyak 200 penduduk bakal menerima manfaat melalui tawaran pemilikan rumah mampu milik di bawah Skim Rumah Ibu di Rancangan Perkampungan Tersusun (RPT) Bukit Kinding, Tanjung Rambutan, di sini.
![Tuduhan rasuah: Mohd Arifin anggap perkara biasa dalam politik, akan dijawab dengan kebaikan Tuduhan rasuah: Mohd Arifin anggap perkara biasa dalam politik, akan dijawab dengan kebaikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738947677_AriffinArifADUN.jpg)
Tuduhan rasuah: Mohd Arifin anggap perkara biasa dalam politik, akan dijawab dengan kebaikan
Mohd Ariffin juga yakin kontroversi yang mengaitkannya dengan isu rasuah tidak akan 'memberi ancaman' kepada keyakinan rakyat menjelang PRN akan datang.
![Perbaiki terma perkhidmatan jururawat berbanding longgar syarat kemasukan - MMA Perbaiki terma perkhidmatan jururawat berbanding longgar syarat kemasukan - MMA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738927130_Jururawat.jpg)
Perbaiki terma perkhidmatan jururawat berbanding longgar syarat kemasukan - MMA
MMA menggesa kerajaan agar memberi tumpuan kepada penambahbaikan kepada terma perkhidmatan dan imbuhan jururawat berbanding melonggarkan syarat kemasukan ke program diploma kejururawatan.
![Tindakan lebih tegas perlu untuk perangi vape, ketagihan dadah dalam kalangan pelajar - Lee Tindakan lebih tegas perlu untuk perangi vape, ketagihan dadah dalam kalangan pelajar - Lee](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51738151815_Vape.jpg)
Tindakan lebih tegas perlu untuk perangi vape, ketagihan dadah dalam kalangan pelajar - Lee
Peningkatan gejala vape dan kes ketagihan dadah dalam kalangan pelajar sekolah telah menimbulkan kebimbangan yang serius, sekali gus menuntut tindakan segera bagi melindungi generasi masa depan.
![Perodua tingkat perbelanjaan modal kepada RM1.6 bilion pada 2025 Perodua tingkat perbelanjaan modal kepada RM1.6 bilion pada 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/81613713139_PERODUALOGO.jpg)
Perodua tingkat perbelanjaan modal kepada RM1.6 bilion pada 2025
Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) meningkatkan perbelanjaan modal (capex) kepada RM1.6 bilion tahun ini.
![Visi perpaduan Tunku Abdul Rahman kekal relevan - Aaron Visi perpaduan Tunku Abdul Rahman kekal relevan - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738940860_AaronAgo.jpg)
Visi perpaduan Tunku Abdul Rahman kekal relevan - Aaron
Visi perpaduan dalam kepelbagaian yang diperjuangkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang pertama Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj masih relevan sehingga ke hari ini.
![MyGas 2025 tumpu usaha tangani cabaran pembiayaan dalam industri gas MyGas 2025 tumpu usaha tangani cabaran pembiayaan dalam industri gas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738965507_MyGAS.jpg)
MyGas 2025 tumpu usaha tangani cabaran pembiayaan dalam industri gas
MyGAS 2025 akan memberi tumpuan kepada cabaran kritikal yang dihadapi industri gas iaitu mendapatkan pembiayaan bagi projek berkaitan gas dalam landskap tenaga yang sentiasa berubah.
![Tuduhan Khairy terhadap PTD tidak berasas - PPTD Tuduhan Khairy terhadap PTD tidak berasas - PPTD](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71738161580_TBawangalik.jpg)
Tuduhan Khairy terhadap PTD tidak berasas - PPTD
"Tuduhan bahawa PTD gagal memahami cabaran sektor kesihatan bukan sahaja tidak adil tetapi juga tidak mencerminkan realiti sebenar."
![PM Anwar bertemu pengamal media, kongsi perkembangan hala tuju negara PM Anwar bertemu pengamal media, kongsi perkembangan hala tuju negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71734817984_TBAnwarIbrahim.jpg)
PM Anwar bertemu pengamal media, kongsi perkembangan hala tuju negara
Anwar berkata sesi itu penting supaya penjelasan dapat diberikan khususnya mengenai prestasi jemaah menteri, dasar luar dan ekonomi negara.
![Statistik pacu dasar perkhidmatan terbaik rakyat Statistik pacu dasar perkhidmatan terbaik rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/81729321568_NazariaBaharudin.jpg)
Statistik pacu dasar perkhidmatan terbaik rakyat
Menurut Nazaria, statistik nasional memainkan peranan kritikal dalam perancangan dan pelaksanaan dasar yang berkesan.
![PRK Sungai Bakap: Isyarat rakyat tolak dasar PH-BN - Muhyiddin PRK Sungai Bakap: Isyarat rakyat tolak dasar PH-BN - Muhyiddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720325589_PRKSungaiBakap.jpg)
PRK Sungai Bakap: Isyarat rakyat tolak dasar PH-BN - Muhyiddin
Menurut Muhyiddin, Ia juga isyarat jelas penolakan rakyat terhadap dasar-dasar kerajaan PH-BN yang menyusah dan merimaskan rakyat.
![Komuniti MADANI berperanan sampaikan maklumat, salur maklum balas rakyat - Fahmi Komuniti MADANI berperanan sampaikan maklumat, salur maklum balas rakyat - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718026697_FahmiFadzil.jpg)
Komuniti MADANI berperanan sampaikan maklumat, salur maklum balas rakyat - Fahmi
Komuniti MADANI di negara ini memainkan peranan penting dalam menyampaikan maklumat terutama mengenai dasar kerajaan kepada rakyat.
![Sekatan Amerika: Malaysia tidak iktiraf tindakan bersifat unilateral - Fahmi Sekatan Amerika: Malaysia tidak iktiraf tindakan bersifat unilateral - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61717580504_FahmiFadzil.jpg)
Sekatan Amerika: Malaysia tidak iktiraf tindakan bersifat unilateral - Fahmi
Malaysia tidak mengiktiraf sebarang tindakan sekatan yang bersifat unilateral yang tidak menggunapakai mekanisma digariskan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
![MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61714051836_TBPPrabakaran.jpg)
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
![PM Thailand janji ketelusan dalam pelaksanaan skim e-Dompet Digital PM Thailand janji ketelusan dalam pelaksanaan skim e-Dompet Digital](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/71697078017_SretthaThavisin.jpg)
PM Thailand janji ketelusan dalam pelaksanaan skim e-Dompet Digital
Perdana Menteri Thailand Srettha Thavisin menegaskan bahawa pelaksanaan skim Dompet Digital akan telus, bebas daripada rasuah dan penipuan demi kepentingan negara dan rakyat.
![Terdapat keperluan tubuh jawatankuasa kaji rang undang-undang baharu - Wan Junaidi Terdapat keperluan tubuh jawatankuasa kaji rang undang-undang baharu - Wan Junaidi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/41687145983_WanJunaidiTuankuJ.jpg)
Terdapat keperluan tubuh jawatankuasa kaji rang undang-undang baharu - Wan Junaidi
Wan Junaidi berkata terdapat undang-undang yang diluluskan selepas kemerdekaan hingga kini yang tidak selari dengan kehendak Perlembagaan dan menyifatkan undang-undang itu tidak berkesan.
![Kejelasan dasar kerajaan bantu tarik pelaburan, kukuhkan nilai ringgit - PM Anwar Kejelasan dasar kerajaan bantu tarik pelaburan, kukuhkan nilai ringgit - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/81694410621_money.jpg)
Kejelasan dasar kerajaan bantu tarik pelaburan, kukuhkan nilai ringgit - PM Anwar
Prestasi ringgit pada tahun ini sebahagian besarnya didorong oleh faktor luaran seperti pengukuhan dolar AS yang mendadak berikutan kadar faedah AS yang lebih tinggi.