Lawatan kerja Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke Los Angeles, Sunnylands dan San Francisco, Amerika Syarikat (AS) pada Rabu sehingga 17 Februari ini akan membincangkan langkah-langkah mempromosikan Komuniti Ekonomi ASEAN yang bercirikan inovasi dan keusahawanan.
Dalam satu kenyataan Kementerian Luar, lawatan yang diiringi isteri Najib, Datin Sri Rosmah Mansor, Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Anifah Aman, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan pegawai dari kementerian berkenaan turut membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan keamanan, kemakmuran dan keselamatan di rantau Asia-Pasifik.
"Kemuncak lawatan kerja tersebut adalah penyertaan Perdana Menteri di Sidang Kemuncak Pemimpin AS-ASEAN di Sunnylands, California, pada 15 dan 16 Februari. Semasa Sidang Kemuncak ASEAN-Amerika Syarikat di Kuala Lumpur pada 21 November 2015, Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama telah menjemput semua Pemimpin ASEAN untuk menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin Amerika Syarikat-ASEAN.
"Tujuan Sidang Kemuncak tersebut adalah untuk meraikan peningkatan taraf hubungan dialog ASEAN-Amerika Syarikat kepada perkongsian strategik dan sebagai wadah untuk Pemimpin ASEAN dan Amerika Syarikat untuk bertukar-tukar pandangan terutamanya mengenai kerjasama serantau ASEAN-AS serta isu-isu serantau dan antarabangsa.
"Di akhir Sidang Kemuncak tersebut, pemimpin dijangka mengeluarkan satu dokumen yang menekankan prinsip-prinsip yang dipersetujui antara ASEAN dan AS dalam memajukan hubungan dialog di bawah perkongsian strategik yang baru," jelas kenyataan itu.
Jelas kenyataan itu lagi, semasa lawatan tersebut, Najib akan mengadakan perjumpaan dengan diaspora rakyat Malaysia dan pelajar di Los Angeles.
"Di San Francisco, Najib akan mengadakan mesyuarat meja bulat dengan Pengurus Dana, bertemu dengan kapten-kapten industri, serta lawatan Apple Inc dan TESLA Motors," jelas kenyataan itu.
Tambah kenyataan itu, Malaysia dan AS akan terus menikmati hubungan dua hala yang rapat dan akrab dalam bidang utama kerjasama termasuk politik, ekonomi, pertahanan dan keselamatan.
"Jumlah perdagangan dua hala bagi tempoh Januari - November 2015 bernilai RM124 bilion (USD30.24 bilion), peningkatan sebanyak 10.6 peratus berbanding tempoh yang sama pada 2014, dengan eksport bernilai USD RM71 bilion (17.20 bilion) dan import bernilai RM54 bilion (USD 13.04 bilion).
"Amerika Syarikat merupakan rakan dagang keempat terbesar Malaysia pada 2014," jelas kenyataan itu.
Astro Awani
Wed Feb 10 2016
![Najib hadiri Sidang Kemuncak Pemimpin AS - ASEAN di California Najib hadiri Sidang Kemuncak Pemimpin AS - ASEAN di California](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-01/41453700848_NajibIDC.jpg)
Najib hadiri Sidang Kemuncak Pemimpin AS di California - ASEAN - Gambar fail
Wanita maut bersama empat anak, hamil lima bulan
Wanita yang maut dalam kebakaran bersama empat lagi anaknya di Kampung Berangan Enam, Umbai, Jasin, sedang hamil lima bulan.
![1MDB: Azam Baki arah teruskan siasatan sehingga dapat bukti kukuh - Saksi 1MDB: Azam Baki arah teruskan siasatan sehingga dapat bukti kukuh - Saksi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/71729756465_TanSriAzamBaki.jpg)
1MDB: Azam Baki arah teruskan siasatan sehingga dapat bukti kukuh - Saksi
Menurut saksi, Azam mengarahkannya untuk terus menyiasat kes RM2.6 bilion melibatkan Najib, walaupun selepas bertemu dengan individu yang didakwa sebagai "penderma" dari Arab Saudi di Istana Riyadh.
Dialog Tiga Penjuru: CPI: Kita boleh jadi top ‘25’
Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2024 Malaysia kekal dengan skor 50 pada kedudukan ke-57.
Sejauh mana skor CPI 2024 beri kesan kepada sasaran Kerajaan untuk mencapai tangga ke-25 CPI menjelang 2033?
Apakah isu-isu utama yang harus diberi perhatian dengan segera untuk pastikan skor CPI kembali meningkat?
Dialog Tiga Penjuru, Khamis 8.30 malam
Sejauh mana skor CPI 2024 beri kesan kepada sasaran Kerajaan untuk mencapai tangga ke-25 CPI menjelang 2033?
Apakah isu-isu utama yang harus diberi perhatian dengan segera untuk pastikan skor CPI kembali meningkat?
Dialog Tiga Penjuru, Khamis 8.30 malam
![KWAP catat pendapatan bersih tertinggi sebanyak RM12.9 bln pada 2024 KWAP catat pendapatan bersih tertinggi sebanyak RM12.9 bln pada 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/51698383331_KWAP.jpg)
KWAP catat pendapatan bersih tertinggi sebanyak RM12.9 bln pada 2024
Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) merekodkan pendapatan bersih tertinggi, mencecah rekod sebanyak RM12.9 bilion pada 2024 dengan pulangan keseluruhan 12.0 peratus.
AWANI Sabah+: Pacu sektor pendidikan demi kemajuan generasi muda
Menerusi inisiatif hala tuju Sabah Maju Jaya (SMJ), Kerajaan Sabah terus komited dan menyokong sepenuhnya usaha memperkasa modal insan menerusi pembangunan sektor pendidikan.
AWANI Borneo [13/2/2025] – Banjir makin surut| 400 projek lewat| Hab penerbangan ASEAN
#AWANIBorneo bersama Assim Hassan
- Hanya tinggal dua PPS mangsa banjir, tiga PPS mangsa tanah runtuh di Sarawak
- Isu tanah, perbezaan kos punca kelewatan projek pembangunan di Sabah
- AirBorneo buka lembaran baharu sektor pelancongan Sarawak
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com
- Hanya tinggal dua PPS mangsa banjir, tiga PPS mangsa tanah runtuh di Sarawak
- Isu tanah, perbezaan kos punca kelewatan projek pembangunan di Sabah
- AirBorneo buka lembaran baharu sektor pelancongan Sarawak
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com
![Pesara, guru rugi lebih RM100,000 diperdaya sindiket cabutan bertuah Pesara, guru rugi lebih RM100,000 diperdaya sindiket cabutan bertuah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739096699_FBScam.jpg)
Pesara, guru rugi lebih RM100,000 diperdaya sindiket cabutan bertuah
Seorang pesara wanita kerugian RM66,000 manakala guru lelaki pula hilang wang simpanan RM43,750 akibat diperdaya sindiket penipuan cabutan bertuah di laman Facebook.
Pantau Agenda Reformasi: Agenda reformasi ke arah tangga ke-25 CPI
Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2024 Malaysia kekal dengan skor 50 pada kedudukan ke-57. Sejauh mana skor CPI 2024 beri kesan kepada sasaran Kerajaan untuk mencapai tangga ke-25 CPI menjelang 2033?
![KUSKOP salur pembiayaan lebih RM300 juta untuk usahawan PMKS, koperasi negeri sembilan tahun lepas KUSKOP salur pembiayaan lebih RM300 juta untuk usahawan PMKS, koperasi negeri sembilan tahun lepas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723297269_TBEwonBenedick.jpg)
KUSKOP salur pembiayaan lebih RM300 juta untuk usahawan PMKS, koperasi negeri sembilan tahun lepas
KUSKOP menyalurkan pembiayaan berjumlah RM346.28 juta kepada 9,937 usahawan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) serta koperasi di Negeri Sembilan sepanjang 2024.
![Pasangan warga asing ditahan 'berlakon' kurang siuman dalam pesawat Pasangan warga asing ditahan 'berlakon' kurang siuman dalam pesawat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739447583_wargaasingditahan.jpg)
Pasangan warga asing ditahan 'berlakon' kurang siuman dalam pesawat
Pasangan warga asing ditahan 'berlakon' kurang siuman dalam pesawat
![Gencatan senjata Lubnan-Israel kekal hingga 18 Februari ini Gencatan senjata Lubnan-Israel kekal hingga 18 Februari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71738019111_Lebanesesoldiers.jpg)
Gencatan senjata Lubnan-Israel kekal hingga 18 Februari ini
Perjanjian antara Lubnan dan Israel, yang dipantau oleh AS, akan terus berkuat kuasa sehingga 18 Februari depan.
![Bandar di sempadan Mexico kekal tenang menjelang pelantikan Trump Bandar di sempadan Mexico kekal tenang menjelang pelantikan Trump](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51737345991_Mexicanborderdron.jpg)
Bandar di sempadan Mexico kekal tenang menjelang pelantikan Trump
Bandar-bandar di sempadan Mexico kekal tenang sehari sebelum pelantikan Donald Trump sebagai presiden Amerika Syarikat (AS) ke-47.
![AS sekat entiti berkaitan Iran, Houthi AS sekat entiti berkaitan Iran, Houthi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81734659117_HouthiparadeSana.jpg)
AS sekat entiti berkaitan Iran, Houthi
Amerika Syarikat (AS) bertindak mengenakan sekatan terhadap entiti berkaitan Iran dan kumpulan Houthi.
![Korea Selatan, AS, Jepun lancar sekretariat tiga pihak di Seoul Korea Selatan, AS, Jepun lancar sekretariat tiga pihak di Seoul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71732137209_Flag.jpg)
Korea Selatan, AS, Jepun lancar sekretariat tiga pihak di Seoul
Korea Selatan, Amerika Syarikat (AS), dan Jepun secara rasmi melancarkan sekretariat untuk kerjasama tiga pihak pada Rabu, selepas pengumumannya dibuat di sidang kemuncak pemimpin mereka minggu lepas,
![Skandal rasuah: Ahli perniagaan Malaysia 'Fat Leonard' dihukum penjara 15 tahun di AS Skandal rasuah: Ahli perniagaan Malaysia 'Fat Leonard' dihukum penjara 15 tahun di AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71730873661_EkstradisiFatLeon.jpg)
Skandal rasuah: Ahli perniagaan Malaysia 'Fat Leonard' dihukum penjara 15 tahun di AS
Kontraktor pertahanan Malaysia, Leonard Francis yang lebih dikenali sebagai "Fat Leonard," dijatuhi hukuman penjara 15 tahun.
![Malaysia kurang bersedia hadapi perubahan pentadbiran AS secara proaktif - Penganalisis Malaysia kurang bersedia hadapi perubahan pentadbiran AS secara proaktif - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/41730865520_tbelectionUSA.jpg)
Malaysia kurang bersedia hadapi perubahan pentadbiran AS secara proaktif - Penganalisis
Walaupun sering menyertai forum antarabangsa seperti ASEAN dan PBB, penyertaan Malaysia lebih pasif berbanding sebagai pemimpin aktif dalam memperjuangkan isu global.
![Pilihan raya AS: Petugas pilihan raya mula kira undi awal, pos Pilihan raya AS: Petugas pilihan raya mula kira undi awal, pos](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/71729733131_Votecounting.jpg)
Pilihan raya AS: Petugas pilihan raya mula kira undi awal, pos
Petugas pilihan raya mula mengira undi awal dan undi melalui pos di Pusat Pengiraan dan Pilihan Raya Maricopa County di Phoenix, Arizona pada Rabu.
![AS hantar sistem anti-peluru berpandu, tentera ke Israel AS hantar sistem anti-peluru berpandu, tentera ke Israel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/81728865012_Israeli.jpg)
AS hantar sistem anti-peluru berpandu, tentera ke Israel
Presiden Joe Biden menjelaskan bahawa langkah ini diambil untuk mempertahankan Israel.
![Hamas dakwa Israel lakukan genosid di Jabalia dengan perlindungan AS Hamas dakwa Israel lakukan genosid di Jabalia dengan perlindungan AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61728733075_Jabaliacamp.jpg)
Hamas dakwa Israel lakukan genosid di Jabalia dengan perlindungan AS
Serangan tidak berperikemanusiaan itu mengakibatkan sekurang-kurangnya 22 orang terbunuh dan lebih daripada 90 cedera.
![Perjanjian gencatan senjata di Gaza perlu selesai segera - Antony Blinken Perjanjian gencatan senjata di Gaza perlu selesai segera - Antony Blinken](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81724196692_AntonyBlinken.jpg)
Perjanjian gencatan senjata di Gaza perlu selesai segera - Antony Blinken
AS, Mesir dan Qatar akan melakukan segala yang mungkin untuk memastikan Hamas bersetuju dengan "cadangan perantara" tersebut.