KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak cuba menghalang versi awal laporan audit 1Malaysia Development Bhd (1MDB) daripada dikemukakan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) untuk menyembunyikan perbuatan salah beliau dan Low Taek Jho dalam 1MDB.
Timbalan Pendakwa Raya Kanan Datuk Seri Gopal Sri Ram dalam hujahannya berkata tindakan Najib yang mahu kandungan versi awal laporan audit itu dibincangkan dan disemak sebelum dibentangkan kepada PAC melanggar Seksyen 8(3) Akta Audit 1957.
Beliau berkata Najib memanggil mesyuarat pada 22 Feb 2016 dengan Ketua Audit Negara ketika itu, Tan Sri Ambrin Buang, yang merupakan saksi pendakwaan keenam (PW6), untuk membincangkan laporan audit sebelum meminta pindaan dibuat.
"Mesyuarat yang memerlukan PW6 membincangkan kandungan laporan audit asal adalah melanggar injunksi kerahsiaan dan percanggahan jelas Seksyen 8(3) Akta Audit 1957," katanya.
Sri Ram berhujah Najib menggunakan kedudukannya untuk mengarahkan Ketua Setiausaha Sulitnya ketika itu, Tan Sri Shukry Mohd Salleh supaya memastikan nama Jho Low dikeluarkan daripada dokumen audit.
Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib, bagaimana menyangkalnya dengan berhujah bahawa tiada arahan khusus oleh bekas perdana menteri itu untuk meminda laporan audit tersebut.
"Arahan beliau bersifat umum dan beliau hanya meminta saksi pendakwaan ke-15 (PW15), Arul Kanda, supaya mempertahankan kepentingan 1MDB dan Jabatan Audit kekal dalam skop audit iaitu untuk mengesahkan akaun 1MDB.
"Dalam pemeriksaan balas, Arul Kanda bersetuju bahawa apa sahaja penjelasan yang dibuat disandarkan dengan dokumen dan beliau tidak pernah diminta untuk memanipulasi kebenaran," katanya sambil menambah bahawa PW6 secara positif berkata tidak ada arahan khusus yang diberikan oleh Najib untuk meminda atau mengeluarkan apa-apa daripada laporan audit itu.
Kata peguam itu lagi, bekas Pengarah Audit Jabatan Audit Negara (JAN) Saadatul Nafisah Bashir Ahmad (PW7) juga bersetuju semasa pemeriksaan balas bahawa tiada sesiapa menghalangnya atau JAN daripada membuat sebarang komen buruk dalam laporan audit itu.
Sementara itu, peguam Datuk N. Sivananthan yang mewakili Arul Kanda berhujah bahawa keterangan PW15 dianggap diterima oleh pihak pendakwaan melalui kegagalan mereka mencabar keterangan PW15 melalui prosiding mencabar kebolehpercayaan atau sekurang-kurangnya memohon untuk menganggap PW15 sebagai saksi belot.
Beliau berkata Arul Kanda telus dan menjawab semua soalan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan dan peguam yang mewakili Najib.
"Tiada apa-apa yang menunjukkan bahawa beliau tidak jujur. Tidak ada ketika beliau teragak-agak untuk menjawab soalan. Bagi pihak pendakwaan untuk mengatakan sekarang bahawa anak guam saya tidak jujur adalah tidak adil. Saya memohon agar anak guam saya dibebaskan dan dilepaskan daripada pertuduhan ini," katanya.
Hakim Mohamed Zaini Mazlan menetapkan 30 Jan tahun depan untuk memutuskan sama ada kedua-dua tertuduh itu akan dibebaskan atau diperintah membela diri berhubung kes meminda laporan audit itu.
Najib, 69, didakwa menggunakan kedudukannya untuk mengarahkan pindaan dilakukan terhadap laporan akhir audit 1MDB sebelum dibentangkan kepada PAC bagi mengelakkan sebarang tindakan diambil terhadapnya manakala Arul Kanda, 45, pula didakwa bersubahat dengan Najib dalam membuat pindaan tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 15 2022

Sri Ram dalam hujahannya berkata tindakan Najib yang mahu kandungan versi awal laporan audit itu dibincangkan dan disemak sebelum dibentangkan kepada PAC melanggar Seksyen 8(3) Akta Audit 1957. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 20 Februari 2025.

Saksi pembelaan gagal dikesan, perbicaraan kes 1MDB Najib ditangguh
Perbicaraan kes Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung dakwaan penyelewengan RM2.3 bilion daripada 1MDB hari ini ditangguh kerana saksi gagal dikesan.

1MDB: Azam Baki arah teruskan siasatan sehingga dapat bukti kukuh - Saksi
Menurut saksi, Azam mengarahkannya untuk terus menyiasat kes RM2.6 bilion melibatkan Najib, walaupun selepas bertemu dengan individu yang didakwa sebagai "penderma" dari Arab Saudi di Istana Riyadh.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 10 Februari 2025.

1MDB: Saya tak dengar perbualan bantuan dana antara Najib dan Raja Arab Saudi - Saksi
Bekas Duta Malaysia ke Arab Saudi hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa beliau tidak mendengar perbualan berkaitan bantuan dana yang dibincangkan Najib dan Raja Arab Saudi.

Himpunan lebih besar akan digerakkan - Bersih
Kerajaan MADANI digesa bertindak bagi melaksanakan janji reformasi terutamanya tiga tuntutan yang diminta.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 24 Januari 2025.

Kes 1MDB: Najib akui pengalamannya dalam korporat minimum, sebelum sertai politik
Najib memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa pengalamannya dalam tadbir urus korporat adalah minimum, sebelum beliau memulakan kerjaya politiknya.

Panggilan kepada Putera Mahkota UAE untuk dokumenkan pinjaman Riza Aziz - Najib
Najib berkata panggilan telefon itu bertujuan untuk mendokumenkan pinjaman yang diperoleh anak tirinya Riza Aziz daripada Aabar Investments PJS.

Mahkamah Rayuan tetapkan 2 Julai untuk dengar rayuan Najib saman Tommy Thomas
Mahkamah Rayuan menetapkan 2 Julai ini untuk mendengar rayuan Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mengembalikan semula saman RM1.9 juta terhadap bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas.