Kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di perkarangan kompleks kuil Batu Caves, Selangor memeriahkan lagi perayaan Deepavali yang disambut pada Rabu.
Sejurus tiba kira-kira pukul 10.30 pagi dengan mengenakan kurta berwarna krim, Najib yang juga Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) disambut Presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramaniam dan pemimpin-pemimpin parti.
Beliau kemudiannya melawat kolam khas (hiasan beras berwarna-warni) "Negaraku" sebelum diarak ke pentas bersama tetamu kehormat lain dan ribuan rakyat yang terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan latar belakang pada majlis rumah terbuka Deepavali anjuran MIC itu.
Alunan muzik, paluan gendang, tiupan seruling, tarian tradisional memeriahkan majlis yang turut dihadiri Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa, Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai, Presiden Gerakan Datuk Seri Mah Siew Keong, Duta Khas Malaysia ke India dan Asia Selatan Tun S. Samy Vellu dan Timbalan Menteri Pendidikan Datuk P. Kamalanathan.
Sambutan dimulakan dengan tarian klasik India dan pelbagai persembahan nyanyian ketika hadirin menikmati aneka hidangan seperti tosai, masala ayam, nasi beriani dan pelbagai juadah masyarakat India.
Cuaca panas tidak menghalang ribuan hadirin dari dalam dan luar negara melawat sekitar kawasan Kuil Batu Caves termasuk patung gergasi Dewa Murugan sambil berswafoto.
Najib kemudian memotong kek sebelum beredar ke rumah terbuka Deepavali anjuran Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Malaysia di Pusat Konvensyen HGH, Sentul, di sini.
Sementara itu, bagi pelancong Elizabeth Smith, 31, dari Oxford, United Kingdom, beliau teruja dengan sambutan Deepavali di Batu Caves yang begitu meriah dengan kehadiran bukan sahaja kaum yang menyambutnya bahkan bangsa lain.
"Ini kali pertama saya berada di Malaysia dan menyaksikan bagaimana sambutan Deepavali. Segalanya berwarna-warni dan meriah.
"Saya tidak sabar untuk menjamah makanan tradisional yang dihidangkan di rumah terbuka ini," katanya kepada Bernama.
Warga emas, S. Ananthan, 70, pula berkata beliau dan isterinya datang dari Ipoh, Perak semata-mata untuk merasai kemeriahan sambutan Deepavali di Batu Caves.
"Kami datang menyambut Deepavali bersama sanak saudara di sini dan sangat teruja kerana dapat melihat kelibat Perdana Menteri hari ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 18 2017
![Najib meriahkan sambutan Deepavali di Batu Caves Najib meriahkan sambutan Deepavali di Batu Caves](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-10/81508304053_NajibTunRazak.jpg)
Datuk Seri Najib Tun Razak di perkarangan kompleks kuil Batu Caves, Selangor memeriahkan lagi perayaan Deepavali. - Foto Bernama
Panama nafi pengecualian bayaran transit terusan
Panama menafikan dakwaan bahawa ia bersetuju mengetepikan bayaran bagi kapal kerajaan Amerika Syarikat (AS) yang menggunakan Terusan Panama.
Trump larang penyertaan golongan 'trans' dalam sukan wanita
Presiden ke-47 Amerika Syarikat, Donald Trump dalam perintah eksekutif terbaharunya melarang penyertaan golongan transgender dalam sukan yang ditetapkan untuk wanita. Beliau dalam kenyataan berkata, pentadbirannya akan mempertahankan 'tradisi' penyertaan hanya jantina asli yang dibenarkan dalam bidang sukan yang dikhaskan untuk golongan wanita.
Penunjuk perasaan bakar rumah keluarga bekas PM Sheikh Hasina
Ribuan penunjuk perasaan membakar rumah pemimpin pengasas Bangladesh ketika anak perempuannya yang juga bekas Perdana Menteri yang digulingkan, Sheikh Hasina dijadual berucap di media sosial.
Keindahan kosmos dari balai Paranal diancam cahaya
Langit luas, indah dengan kerdipan bintang, bagaikan hamparan kosmos yang menyelimuti bumi...
...membawa pengalaman hening malam yang cukup berbeza buat pencinta alam semesta
namun, cahaya urbanisasi, pembangunan manusia....
....mungkin satu masa nanti...membuatkan ''pesonanya hilang...''
...membawa pengalaman hening malam yang cukup berbeza buat pencinta alam semesta
namun, cahaya urbanisasi, pembangunan manusia....
....mungkin satu masa nanti...membuatkan ''pesonanya hilang...''
Jumlah mangsa di Sabah meningkat, Sarawak menurun
Jumlah mangsa banjir di Sabah yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) terus meningkat manakala Sarawak mencatatkan penurunan setakat malam ini.
Di Sabah, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah memaklumkan jumlah mangsa banjir meningkat kepada 479 orang jam 8 malam, berbanding 322 orang jam 4 petang Khamis.
Di Sabah, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah memaklumkan jumlah mangsa banjir meningkat kepada 479 orang jam 8 malam, berbanding 322 orang jam 4 petang Khamis.
Malaysia cipta lebih 450 pekerjaan AI berkemahiran tinggi
Lebih 450 peluang pekerjaan kejuruteraan kecerdasan buatan (AI) berkemahiran tinggi akan diwujudkan di negara ini menerusi kerjasama antara Pejabat AI Kebangsaan (NAIO) dan Global AI Village (GAIV).
MyCC siasat 13 kes kartel tipuan bida libat nilai RM2.3 bil - Armizan
MyCC menggerakkan strategi khusus untuk meningkatkan penguatkuasaan terhadap satu daripada cabang aktiviti kartel sejak sekian lama, iaitu pakatan tipuan bida.
Atasi kegagalan CEO GLC urus operasi - PM Anwar
Pengauditan terhadap hampir 2,000 syarikat milik kerajaan menggunakan sistem e-SelfAudit berasaskan kecerdasan buatan (AI) bertujuan menangani beberapa kelemahan seperti kegagalan mengurus dan menyelia operasi syarikat serta kerugian yang berterusan.
Tiga lelaki didakwa terlibat rusuhan, miliki pisau
Lelaki terlibat rusuhan, mengaku bersalah, memiliki pisau dan didakwa di Mahkamah Majistret
Tujuh jalan sekitar Batu Caves ditutup bermula 9 hingga 14 Februari
Sempena perayaan Thaipusam yang akan disambut 11 Februari ini, tujuh jalan utama sekitar Batu Caves yang berada di bawah pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak akan ditutup bermula 8 Februari ini hingga 14 Februari.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, seramai 1,306 pegawai dan anggota polis akan diatur gerak menerusi Op Palu 2025 bagi memastikan kelancaran trafik.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, seramai 1,306 pegawai dan anggota polis akan diatur gerak menerusi Op Palu 2025 bagi memastikan kelancaran trafik.
![PM Anwar lawat Batu Caves esok, tinjau persiapan Thaipusam - Ramanan PM Anwar lawat Batu Caves esok, tinjau persiapan Thaipusam - Ramanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/41706182231_TBTHAIPUSAM.jpg)
PM Anwar lawat Batu Caves esok, tinjau persiapan Thaipusam - Ramanan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan ke Batu Caves, petang esok menjelang Thaipusam yang akan disambut penganut Hindu pada Selasa ini.
![Thaipusam: 1,500 anggota, pegawai PDRM ditugaskan di sekitar Batu Caves Thaipusam: 1,500 anggota, pegawai PDRM ditugaskan di sekitar Batu Caves](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/41706182231_TBTHAIPUSAM.jpg)
Thaipusam: 1,500 anggota, pegawai PDRM ditugaskan di sekitar Batu Caves
Sebanyak 1,500 pegawai dan anggota polis kontinjen Selangor akan ditempatkan di sekitar Batu Caves bagi mengawal keadaan sempena sambutan Thaipusam, Selasa ini.
![Perhilitan Selangor pasang kamera jejak harimau di Bukit Permata Perhilitan Selangor pasang kamera jejak harimau di Bukit Permata](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51729520534_HarimauBukitPermat.jpg)
Perhilitan Selangor pasang kamera jejak harimau di Bukit Permata
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Selangor memasang satu perangkap kamera di kawasan perumahan Bukit Permata, Batu Caves.
![Kerajaan akan bantu jawatankuasa Kuil Subramaniar Swamy dalam aspek pembangunan - Gobind Kerajaan akan bantu jawatankuasa Kuil Subramaniar Swamy dalam aspek pembangunan - Gobind](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81706169411_GobindSinghDeo.jpg)
Kerajaan akan bantu jawatankuasa Kuil Subramaniar Swamy dalam aspek pembangunan - Gobind
Beliau berkata perkara itu telah dibincangkan dan mendapat persetujuan dalam pertemuan bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, semalam.
![Thaipusam disambut meriah, harmoni di seluruh negara Thaipusam disambut meriah, harmoni di seluruh negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81706074735_ThaipusamBatuCave.jpg)
Thaipusam disambut meriah, harmoni di seluruh negara
Difahamkan lebih dua juta pengunjung terdiri daripada rakyat Malaysia mahupun pelancong luar negara, bersama-sama memeriahkan sambutan pada hari ini.
![“Thaipusam tahun ini lebih ramai berbanding tahun lepas” “Thaipusam tahun ini lebih ramai berbanding tahun lepas”](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/71706151609_thaipusam.jpg)
“Thaipusam tahun ini lebih ramai berbanding tahun lepas”
Kesesakan luar biasa berlaku di Batu Caves, tempat perhimpunan yang sering menjadi tumpuan penganut agama Hindu.
![Rapid Bus sedia bas perantara percuma sempena Thaipusam Rapid Bus sedia bas perantara percuma sempena Thaipusam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/71705921434_RapidBus.jpg)
Rapid Bus sedia bas perantara percuma sempena Thaipusam
Rapid Bus Sdn Bhd akan menyediakan perkhidmatan bas perantara percuma bagi kemudahan orang ramai ke dua kuil tumpuan sempena sambutan Thaipusam Khamis ini.
![Batu Caves akan dilengkapi dengan kemudahan eskalator Batu Caves akan dilengkapi dengan kemudahan eskalator](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/51648983511_PenganutHindu.jpg)
Batu Caves akan dilengkapi dengan kemudahan eskalator
Ia sebagai alternatif kepada 272 anak tangga yang perlu diambil oleh pelawat dan penganut Hindu untuk sampai ke gua kuil Sri Subramaniar.
![Ingin rancang perjalanan sempena Thaipusam? Ikuti antara inisiatif MOT Ingin rancang perjalanan sempena Thaipusam? Ikuti antara inisiatif MOT](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61705117972_batucavesthaipusa.jpg)
Ingin rancang perjalanan sempena Thaipusam? Ikuti antara inisiatif MOT
Menteri Pengangkutan Malaysia, Anthony Loke Siew Fook mengumumkan lima penambahbaikan pergerakan bersempena Thaipusam 2024 yang akan disambut pada 25 Januari di seluruh Malaysia.
![MOT umum lima penambahbaikan sempena Thaipusam 2024 MOT umum lima penambahbaikan sempena Thaipusam 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51703132618_TBANTHONYLOKEjp.jpg)
MOT umum lima penambahbaikan sempena Thaipusam 2024
Menteri Pengangkutan Malaysia, Anthony Loke Siew Fook umum lima penambahbaikan pergerakan sempena Thaipusam 2024 yang akan disambut pada 25 Januari di seluruh Malaysia.