KUALA LUMPUR: Bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak telah memintanya membersihkan nama beliau berhubung RM2.6 bilion yang ada dalam akaun bank peribadinya.
Bagaimanapun, Zeti berkata beliau enggan mematuhi permintaan Najib kerana tidak mempunyai pengetahuan tentang akaun bank milik bekas perdana menteri itu.
"Saya dipanggil ke Pejabat Perdana Menteri. Beliau (Najib) meminta saya untuk mengeluarkan kenyataan bahawa beliau tidak melakukan apa-apa kesalahan berhubung akaun banknya.
"Saya memaklumkan kepadanya bahawa saya tidak boleh mengeluarkan kenyataan sedemikian kerana saya tidak mempunyai pengetahuan tentang transaksi yang telah berlaku dalam akaunnya. Beliau menerima keputusan saya," kata Zeti, saksi pendakwaan ke-46, pada perbicaraan Najib yang menghadapi pertuduhan menyeleweng RM2.3 bilion dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Bekas gabenor itu berkata tidak lama selepas mesyuarat itu, beliau menerima panggilan daripada seorang menteri yang membuat permintaan yang sama untuk beliau mengeluarkan kenyataan sedemikian danbeliau telah memberikan jawapan yang sama.
Zeti, 76, yang menjadi gabenor BNM selama 16 tahun sejak 2000 memberitahu mahkamah bahawa beliau tidak tahu mengenai RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun bank peribadi Najib pada masa itu.
"Mengenai dakwaan yang dibuat oleh Najib semasa temu bualnya dengan Malaysiakini yang disiarkan pada 2 Julai 2018, di mana beliau mendakwa bahawa saya mengetahui tentang RM2.6 bilion dalam akaunnya di AmIslamic Bank Berhad dan bahawa saya tidak membangkitkan sebarang soalan mengenainya, saya ingin menyatakan dengan jelas bahawa saya tidak mengetahui transaksi yang dilakukan dalam akaunnya pada masa itu," katanya.
Zeti menjelaskan bahawa semua pemegang akaun dalam sistem kewangan dilindungi oleh peruntukan kerahsiaan perbankan dalam perundangan, justeru, tiada sesiapa boleh mengakses mana-mana akaun melainkan institusi kewangan berkenaan mengesan aktiviti yang mencurigakan dalam akaun dan melaporkannya kepada bank pusat.
Beliau berkata dakwaan yang dibuat oleh Najib adalah palsu kerana pada masa itu, beliau tidak tahu bahawa jumlah RM2.6 bilion telah dimasukkan ke dalam akaun bekas menteri kewangan itu dan dana itu milik 1MDB.
Zeti yang berkhidmat dengan bank pusat itu selama 35 tahun berkata kebimbangan utama pada masa itu ialah AmBank tidak melaporkan kepada BNM mengenai lebih 500 transaksi berkaitan akaun itu yang mencurigakan atau tidak teratur seperti yang dikehendaki di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA).
"Susulan siasatan, AmBank mengakui mengenai tiada pendedahan ini, laporan palsu dan kegagalannya dalam pematuhan peraturan berhemat.
"AmBank membayar penalti tertinggi dalam sejarah kami berjumlah RM59 juta dan juga dikehendaki memperuntukkan sekurang-kurangnya RM100 juta untuk tindakan pemulihan bagi mengukuhkan sistem dalamannya bagi pematuhan pencegahan pengubahan wang haram/mencegah pembiayaan keganasan," katanya.
Sementara itu, ketika ditanya Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib, Zeti memberitahu mahkamah bahawa tiada seorang pun dalam keluarganya pernah mengambil wang 1MDB.
Ahmad Akram: Daripada semua transaksi ini, adakah kamu atau ahli keluarga kamu menerima sebarang faedah daripada 1MDB?
Zeti: Tiada seorang pun daripada ahli keluarga saya menerima atau mengambil wang 1MDB, walaupun satu sen.
Najib, 70, berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan rasuah berjumlah RM2.3 bilion milik 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.
Perbicaraan dihadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung 14 Ogos.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 27 2023

Zeti berkata, beliau bagaimanapun enggan mematuhi permintaan Najib kerana tidak mempunyai pengetahuan tentang akaun bank milik bekas perdana menteri itu. - Gambar fail

Kerajaan Jepun luluskan RUU tembakan kecemasan untuk haiwan berbahaya
Pindaan rang undang-undang ini bertujuan untuk membolehkan respons yang lebih cepat dan berkesan berbanding langkah sedia ada.

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

'Saya tidak tahu apa-apa mengenai hubungan Zeti-Jho Low' - Bekas peguam 1MDB
Bekas peguam 1MDB Jasmine Loo Ai Swan memberitahu mahkamah tidak tahu mengenai sebarang hubungan perniagaan antara suami Zeti dan Jho Low.

1MDB: Jho Low buka akaun, tiga bulan sebelum terima AS$700 juta - Saksi
Saksi memberitahu ahli perniagaan, Low Taek Jho membuka akaun bank Switzerland untuk syarikatnya, Good Star Ltd tiga bulan sebelum menerima AS$700 juta dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

1MDB: BNM syor denda RM23 juta, tapi Peguam Negara kurangkan kepada RM15 juta - Zeti
Tan Sri Zeti Akhtar Aziz mendedahkan di Mahkamah Tinggi bahawa BNM sebenarnya telah mengesyorkan penalti RM23 juta terhadap 1MDB namun AG mengurangkan kepada RM15 juta.

Keterangan Zeti di mahkamah berkaitan 1MDB jelas 'pengabaian tugas' oleh Apandi - Tun M
Pemecatan Apandi tidak dibuat secara salah berdasarkan dakwaan 'pengabaian tugas' yang dilakukan oleh bekas Peguam Negara itu.

1MDB akui tiada wang atau pelaburan selepas didenda RM15 juta - Zeti
Tan Sri Zeti Akhtar Aziz memberitahu Mahkamah Tinggi 1MDB mengaku tidak mempunyai wang atau pelaburan selepas bank pusat itu mengenakan denda berjumlah RM15 juta terhadap syarikat berkenaan.

BNM tahu AS$700 juta 1MDB masuk akaun syarikat Jho Low selepas 6 tahun - Zeti
Mahkamah Tinggi diberitahu hanya selepas hampir tujuh tahun, barulah Bank Negara mendapati wang AS$700 juta milik 1MDB telah masuk ke akaun salah iaitu syarikat Jho Low.

Hakim ingatkan orang ramai tidak ketawa terbahak-bahak ketika prosiding kes Najib
Hakim yang mengadili kes rasuah dana 1MDB dan pengubahan melibatkan Datuk Seri Najib Tun Razak memberi peringatan kepada orang ramai di galeri awam supaya tidak ketawa terbahak-bahak semasa prosiding.

Dakwaan Jho Low masak pasta untuk keluarga 'tidak masuk akal', 'melampau' - Zeti
Itu jawapan tegas bekas Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz apabila dicadangkan bahawa bahawa Jho Low yang rapat dengan suaminya, Datuk Tawfiq Ayman akan datang ke rumahnya.

Siasatan ke atas 1MDB untuk dapatkan semula wang, bukan dakwa Najib - Zeti
Bekas Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa matlamat akhir siasatan yang dijalankan oleh pihak berkuasa terhadap 1MDB adalah mendapatkan semula wang 1MDB.

'Tunjuk bukti suami saya terima wang 1MDB' - Zeti
Zeti sebaliknya menegaskan pasukan pembelaan Najib perlu membuktikan kononnya Tawfiq atau anaknya menerima wang 1MDB melalui Cutting Edge Industries Ltd