KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak menerusi peguamnya memohon kerajaan Malaysia supaya mengambil tindakan segera dengan mengarahkan perkhidmatan penstriman Netflix mengeluarkan filem dokumentari "Man on the Run" daripada ditayangkan di negara ini.
Peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, ketika memberitahu Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin, mendakwa dokumentari berdurasi 1 jam 38 minit itu sangat subjudis terhadap anak guamnya kerana perbicaraan 1MDB sedang berjalan dan pendakwaan terikat dengan tanggungjawab untuk mengambil tindakan segera.
"Man on the Run" ialah dokumentari yang diarah, ditulis, dan diterbitkan oleh Cassius Michael Kim berkisar mengenai skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang ditayangkan di negara ini pada 19 Oktober tahun lalu.
Ia turut memaparkan temu bual Najib yang menafikan pembabitan dalam skandal terbabit, selain temu bual dengan perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim; pengarang Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown; dan bekas peguam negara, Tan Sri Tommy Thomas.
Muhammad Shafee berkata, apa yang lebih serius adalah Tommy turut membuat kesimpulan sendiri berhubung kes itu di luar mahkamah dalam dokumentari berkenaan.
Peguam itu turut melahirkan rasa terkejut kerana pegawai penyiasat sendiri tidak tahu mengenai dokumentari tersebut.
Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib berkata beliau hanya mengetahui mengenainya dan perlu menonton dokumentari berkenaan terlebih dahulu sebelum melaporkan kepada Peguam Negara dan mendapatkan arahan lanjut.
Ahmad Akram berkata, pihak pembelaan juga perlu menulis surat kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Muhammad Shafee berkata, beliau akan menulis surat kepada kedua-dua agensi itu secepat mungkin.
Katanya, beliau juga akan memfailkan permohonan untuk meneruskan prosiding pengkomitan (menghina mahkamah) terhadap bekas peguam Thomas dan tindakan saman terhadap pengarang Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown.
Astro Awani
Mon Jan 08 2024

Najib (foto) memohon kerajaan mengambil tindakan mengarahkan perkhidmatan penstriman Netflix mengeluarkan filem dokumentari "Man on the Run" daripada ditayangkan di negara ini. -Gambar fail/Bernama

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 20 Februari 2025.

Saksi pembelaan gagal dikesan, perbicaraan kes 1MDB Najib ditangguh
Perbicaraan kes Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung dakwaan penyelewengan RM2.3 bilion daripada 1MDB hari ini ditangguh kerana saksi gagal dikesan.

1MDB: Azam Baki arah teruskan siasatan sehingga dapat bukti kukuh - Saksi
Menurut saksi, Azam mengarahkannya untuk terus menyiasat kes RM2.6 bilion melibatkan Najib, walaupun selepas bertemu dengan individu yang didakwa sebagai "penderma" dari Arab Saudi di Istana Riyadh.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 10 Februari 2025.

1MDB: Saya tak dengar perbualan bantuan dana antara Najib dan Raja Arab Saudi - Saksi
Bekas Duta Malaysia ke Arab Saudi hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa beliau tidak mendengar perbualan berkaitan bantuan dana yang dibincangkan Najib dan Raja Arab Saudi.

Himpunan lebih besar akan digerakkan - Bersih
Kerajaan MADANI digesa bertindak bagi melaksanakan janji reformasi terutamanya tiga tuntutan yang diminta.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 24 Januari 2025.

Kes 1MDB: Najib akui pengalamannya dalam korporat minimum, sebelum sertai politik
Najib memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa pengalamannya dalam tadbir urus korporat adalah minimum, sebelum beliau memulakan kerjaya politiknya.

Panggilan kepada Putera Mahkota UAE untuk dokumenkan pinjaman Riza Aziz - Najib
Najib berkata panggilan telefon itu bertujuan untuk mendokumenkan pinjaman yang diperoleh anak tirinya Riza Aziz daripada Aabar Investments PJS.

Mahkamah Rayuan tetapkan 2 Julai untuk dengar rayuan Najib saman Tommy Thomas
Mahkamah Rayuan menetapkan 2 Julai ini untuk mendengar rayuan Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mengembalikan semula saman RM1.9 juta terhadap bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas.