Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak hari ini menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Rakan Pelaksana Projek (PDP) untuk mengurus dan melaksanakan pembinaan 706 kilometer Lebuhraya Pan Borneo Sabah.
Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah akan mengubah landskap infrastruktur dan menghubung bandar-bandar utama di Sabah dengan lebih efisien, selesa dan selamat buat 3.74 juta penduduk di negeri itu.
Perjanjian itu melibatkan tiga pihak iaitu Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri Sabah dan pihak PDP.
Syarikat Borneo Highway PDP Sdn. Bhd. (BHP) telah dilantik sebagai PDP untuk pelaksanaan projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah.
Pihak PDP akan bertindak sebagai pihak tunggal yang akan bertanggungjawab dalam mengurus dan menyelia pembangunan fasa pertama lebuhraya dengan kadar kos yang berpatutan pada tempoh pembinaan yang dipersetujui oleh Kerajaan iaitu siap sepenuhnya sebelum 31 Disember 2021.
Sepanjang tempoh perlaksanaan projek lebuhraya berkenaan, PDP akan bertanggungjawab melaksanakan projek ini berdasarkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang telah dipersetujui.
Naik taraf
Pakej pertama projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah ini melibatkan jajaran Papar – Donggongon sepanjang 11.7 kilometer yang merupakan sebahagian daripada 706 kilometer jajaran Pan Borneo Sabah Fasa 1 yang kebanyakannya akan dinaik taraf kepada empat lorong dua hala dengan piawaian R5, dijangka akan dilancarkan pada penghujung bulan April 2016.
Sebuah Jawatankuasa Eksekutif yang dipengerusikan oleh Tan Sri Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah dan dianggotai oleh wakil dari agensi-agensi Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri juga bakal dibentuk untuk menyelaraskan perlaksanaan projek.
Jawatankuasa itu bertanggungjawab untuk memantau, menyelaras dan menyelesaikan sebarang isu yang mungkin timbul dalam pelaksanaan projek ini.
Jawatankuasa itu juga akan memastikan penglibatan rakyat Sabah dalam projek berkenaan dapat dimaksimumkan.
Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah dijangka menjadi jalan penghubung strategik yang selamat serta memberi keselesaan perjalanan kepada pengguna jalan raya.
Projek itu juga disasarkan akan memberi impak bukan sahaja kepada ekonomi setempat, malah berupaya memacu Pembangunan Koridor Ekonomi di Sabah dengan akses dan rangkaian jalan raya yang lebih lengkap dan efisien.
Selain itu, projek berkenaan dijangka memberi kesan positif kepada penduduk negeri Sabah melalui peluang-peluang dalam sektor pembinaan, mewujudkan peluang pekerjaan baru dan bertindak sebagai pemangkin kepada pusat-pusat pertumbuhan baru ekonomi.
Ia sekali gus membuktikan komitmen ‘Aku Janji’ Kerajaan Persekutuan untuk rakyat Sabah.
Wan Syamsul Amly
Mon Apr 11 2016

Najib menyaksikan acara menandatangani perjanjian projek membina Lebuhraya Pan Borneo Sabah di Putrajaya hari ini. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Trafik lebuh raya terhenti, beri laluan singa liar melintas
Singa tersebut dilihat menuju ke sebuah kuil yang terletak di seberang jalan berhampiran.

Kenderaan berat dilarang masuk lebuh raya terpilih pada waktu puncak mulai 19 Feb
Jajaran lebuh raya berkenaan adalah di PLUS, NKVE, ELITE dan DUKE.

Aliran trafik perlahan, terkawal di lebuh raya utama
Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama negara dilaporkan perlahan menuju ke Lembah Klang susulan orang ramai mula pulang ke ibu kota selepas cuti panjang Tahun Baharu Cina.

Rumah dikelilingi lebuh raya kerana pemilik keras kepala
Rumah tersebut yang dilihat seperti bentuk mata dari pemandangan udara kini dilingkungi tembok konkrit.

2.2 juta kenderaan 'banjiri' lebuh raya bermula Jumaat, PLUS buka 25 Smart Lane
PLUS malaysia berhad (PLUS) akan mengaktifkan Smart Lane di 25 lokasi utama bagi memastikan aliran trafik di kawasan kritikal lebuh raya berjalan lancar.

Tol percuma sempena Krismas
Tol percuma akan dilaksanakan di kesemua lebuh raya bermula 12.01 tengah malam Isnin ini (23 Dis) hingga 11.59 malam, 24 Dis (Selasa).

Laluan di NKVE ditutup akibat tanah mendap
Polis mengesahkan lorong kecemasan dan separuh lorong kiri di Kilometer (KM) 18.6 Lebuhraya Lembah Klang Baru (NKVE) arah selatan ditutup sementara bagi kerja-kerja pembaikan.

Tol percuma di semua lebuh raya pada 29, 30 Okt sempena Deepavali
Tol percuma ini akan dilaksana di semua lebuh raya bermula pada jam 12.01 tengah malam 29 Okt (Selasa) dan berakhir pada 11.59 malam 30 Okt 2024 (Rabu).

Seorang parah, dua cedera ringan kemalangan babit tujuh kenderaan
Kemalangan melibatkan lima buah kereta dan dua motosikal berlanggar, mengakibatkan seramai lapan orang mangsa terlibat.

Empat ditembak di lebuh raya di Kentucky, Amerika Syarikat
Kejadian tembakan berlaku ketika polis sedang giat memburu suspek yang dianggap "bersenjata dan berbahaya."