PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak menarik balik dua rayuannya bagi mendapatkan dokumen perbankan berkaitan firma pelaburan Goldman Sachs dan keluarga bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz.
Peguam kepada bekas Perdana Menteri itu, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memberitahu panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan pada Jumaat bahawa anak guamnya menarik semula rayuan itu tanpa prejudis untuk dihujahkan semula di semua peringkat mahkamah.
Penarikan semula rayuan bagi mendapatkan dokumen tersebut adalah berkaitan perbicaraan untuk kes 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
"Kami (pihak pembelaan dan pendakwaan) bersetuju untuk syarat berikut. Kami akan menarik kedua-dua rayuan substantif tanpa prejudis supaya kami boleh berhujah di semua peringkat mahkamah termasuk di Mahkamah Tinggi.
“Mahkamah Tinggi ada menyatakan kami boleh berhujah semula mengenai perkara ini apabila saksi dipanggil memberi keterangan dalam perbicaraan,” katanya.
Beliau juga memberitahu mahkamah pihak pendakwaan tidak akan membantah hak Najib untuk memohon semula dokumen itu apabila saksi berkaitan memberi keterangan dalam perbicaraan itu di Mahkamah Tinggi.
Sementara itu, pasukan pendakwaan diketuai oleh Timbalan Pendakwa Raya Kamal Baharin Omar memaklumkan pihaknya tidak membantah tindakan Najib menarik balik rayuan kerana perayu mempunyai hak untuk memohon semula pada perbicaraan kelak.
Mahkamah Persekutuan kemudian membatalkan kedua-dua rayuan bekas Perdana Menteri itu tanpa mendengar meritnya selepas pihak pendakwaan tidak mengemukakan bantahan.
Keputusan sebulat suara itu dicapai oleh panel tiga hakim diketuai oleh Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim yang bersidang bersama-sama Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah dan Datuk Zabariah Mohd Yusof.
Najib sepatutnya merayu keputusan Mahkamah Rayuan yang menolak rayuannya mendapatkan 19 dokumen itu untuk digunakan pada perbicaraan kes 1MDB yang sedang dihadapinya.
Najib sebelum ini memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 12 Julai 2021 yang menolak dua permohonan tersebut dengan Mahkamah Rayuan turut menolak permohonannya pada 8 Disember tahun lepas.
Najib, 69, kini dibicarakan atas empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan rasuah berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.
Perbicaraan kes 1MDB akan diteruskan pada 7 Julai di hadapan Hakim, Datuk Collin Lawrence Sequerah.
Najib sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun di Penjara Kajang selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan atas kesalahan penyelewengan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd pada 23 Ogos tahun lepas.
Ridauddin Daud
Fri Jun 23 2023

Najib (foto) menarik balik dua rayuannya bagi mendapatkan dokumen perbankan berkaitan firma pelaburan Goldman Sachs dan keluarga bekas Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz untuk perbicaraan kes 1MDB. -Gambar fail/Bernama
Sekatan bantuan akan musnahkan kehidupan rakyat Gaza - UNICEF
Tegas Pengarah Serantau UNICEF untuk Asia Barat dan Afrika Utara, Edouard Beigbeder,
sekatan bantuan tersebut akan merosakkan operasi menyelamatkan nyawa untuk orang awam.
sekatan bantuan tersebut akan merosakkan operasi menyelamatkan nyawa untuk orang awam.
Hamas penuhi komitmen perjanjian - Pegawai Kanan
Menurut laporan Al Jazeera, Osama Hamdan berkata pihaknya "komited kepada perjanjian" dan ingin melihat perjanjian tersebut diteruskan ke peringkat kedua.
Lebih 2,000 bomba giat padam kebakaran hutan di Jepun
Kira-kira 4,600 penduduk masih berada di bawah nasihat evakuasi, dengan api membakar ribuan hektar tanah setiap hari.
Seorang maut, empat cedera dalam serangan tikaman di Israel
Menurut pihak polis tempatan, suspek yang merupakan seorang warganegara tempatan turut maut dalam insiden berbalas tembakan dengan pasukan keselamatan di lokasi kejadian.
Bekas Presiden FIFA, lagenda bola sepak kembali ke mahkamah
Pendakwa raya Persekutuan Zwitzerland telah mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu bagi membolehkan perbicaraan baharu dijalankan terhadap Sepp Blatter dan Michel Platini.
Malaysia seru kerjasama global, tingkat keterhubungan
Malaysia menyeru kerjasama global yang lebih kukuh dalam usaha membina masa depan yang lebih terhubung, inovatif dan lestari. Ia sekali gus menekankan kepentingan transformasi digital dalam memacu pertumbuhan ekonomi serta kemajuan masyarakat.
12,600 tiket tambahan untuk Aidilfitri mula dijual pada Selasa
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan empat perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan bermula 28 Mac hingga 6 April ini sempena Aidilfitri bagi memenuhi permintaan tinggi penumpang.
Kerugian Universiti Awam meningkat, pentadbiran universiti dipersoal
Menurut Pengarah Allianz Centre for Governance, Universiti Malaya, Prof Zaharom Nain, sikap berdiam diri ini menimbulkan persoalan mengenai pendirian mereka.
KKM Ambil Langkah Agresif Tangani Isu Inflasi Perubatan
Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengambil langkah agresif menangani isu inflasi perubatan yang menyebabkan kenaikan premium insurans kesihatan.
PBT disaran papar nombor kecemasan di kawasan bazar Ramadan - Dzulkefly
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad meminta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan pengurusan bazar memastikan kemudahan kecemasan dapat diakses dengan segera sekiranya berlaku kejadian tidak diingini.

"Titah Adendum di bawah proses undang-undang, sila hormati" - Sultan Pahang
Sultan Pahang bertitah meminta semua pihak tidak berterusan membahaskan soal Titah Adendum.

1MDB: SPRM ambil masa lebih sebulan rakam keterangan - Saksi
Bekas Pengerusi 1MDB memberitahu Mahkamah Tinggi SPRM mengambil masa lebih sebulan untuk melengkapkan rakaman percakapannya.

Dokumen tambahan Najib: Rayuan semakan kehakiman di Mahkamah Persekutuan 24 Mac
24 Mac ditetapkan sebagai tarikh pendengaran permohonan kebenaran merayu yang difailkan AGC terhadap keputusan Mahkamah Rayuan berhubung dokumen tambahan dalam kes Najib Razak.

Permohonan larangan bersuara dalam kes dokumen tambahan Najib didengar 28 April
Hakim Hayatul Akmal Abdul Aziz yang menetapkan tarikh itu berkata permohonan berkenaan akan didengar pada 2.30 petang.

1MDB: Jho Low tiada peranan dalam proses membuat keputusan - Saksi
Menurut saksi, beliau tidak pernah dimaklumkan dan tiada siapa dalam kalangan pengurusan yang memberitahunya bahawa Jho Low mempunyai pengaruh sedemikian.

Saksi pembelaan gagal dikesan, perbicaraan kes 1MDB Najib ditangguh
Perbicaraan kes Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung dakwaan penyelewengan RM2.3 bilion daripada 1MDB hari ini ditangguh kerana saksi gagal dikesan.

Perintah larangan bersuara untuk elak komen prejudis terhadap Najib - Peguam Cara Negara
Perintah larangan bersuara (gag order) tidak akan memprejudiskan Datuk Seri Najib Tun Razak daripada membentangkan kesnya di mahkamah.

Peguam Negara bantah permohonan lantik peguam pemerhati dalam kes Najib
Semakan kehakiman itu berhubung dakwaan Najib mengenai kewujudan dokumen tambahan yang membolehkannya menjalani baki hukuman penjara enam tahun secara tahanan di rumah.

Titah Adendum: 'Nak lari dari mana? Selesai kes mahkamah saya jawab' - PM
Anwar menegaskan beliau tidak pernah mengelak daripada menjawab isu Titah Adendum membabitkan Datuk Seri Najib Razak, sebaliknya berpegang kepada prinsip undang-undang.

Jho Low beri gambaran seolah-olah beliau rapat dengan Najib - Tengku Rahimah
Adinda kepada Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin, Tengku Datuk Rahimah Sultan Mahmud memberitahu Mahkamah Tinggi Putrajaybahawa Jho Low telah memberi gambaran seolah-olah rapat dengan Najib.