Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan tidak pernah mengganggap Parlimen sebagai 'rubber stamp', sebaliknya sebagai institusi yang berkesan sebagai penggubal undang-undang negara.
Beliau berkata dalam menggubal undang-undang yang terbaik dan dapat diterima, anggota legislatif berpeluang memberi pandangan dan cadangan dalam rang undang-undang yang dikemukakan kerajaan, sekali gus membuktikan Parlimen bukan sekadar meluluskan undang-undang yang dibawa oleh pihak eksekutif.
"Bukan sahaja undang-undang itu dibawa oleh pihak eksekutif tapi pihak legislatif juga boleh beri pandangan dan cadangan dan adakalanya cadangan itu diterima dan dibuat pindaan sewaktu rang undang-undang itu dibahas.
"Ini menunjukkan bahawa dari pihak eksekutif termasuk bagi diri saya, tidak pernah menganggap Dewan Parlimen sebagai 'rubber stamp' sahaja. (Sebaliknya) saya amat menghargai kualiti perbahasan termasuk cadangan yang dibawa oleh anggota Parlimen dalam perbahasan di peringkat Parlimen," katanya.
Beliau berucap merasmikan Persidangan Speaker-Speaker Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) seluruh Malaysia 2015 di sini hari ini.
Persidangan dua hari yang diadakan secara tertutup itu diaktifkan semula oleh Parlimen Malaysia selepas kali terakhir diadakan pada 2007.
Ia antara lain bertujuan mengeratkan hubungan antara Parlimen dan DUN, menjadi wadah perkongsian pengetahuan dan meningkatkan keupayaan dalam pengendalian Dewan Perundangan masing-masing agar lebih efektif dan berwibawa.
Najib merangkap Ketua Majlis Mesyuarat Parlimen berkata Speaker Parlimen dan DUN juga perlu membuktikan keberkesanan Dewan Perundangan sebagai penggubal undang-undang negara dan memastikan undang-undang yang diluluskan itu berkualiti tinggi.
Anggota Parlimen Pekan itu berkata antara cabaran utama yang dihadapi oleh mereka dalam menjalankan tugas dan peranan semasa perbahasan ialah mengurus prasangka, persepsi dan mengendalikan parti politik sama ada di pihak kerajaan mahupun pembangkang.
Najib turut menggesa Speaker Parlimen dan DUN untuk memberi perhatian kepada usaha meningkatkan lagi reputasi, kredibiliti dan integriti Dewan Perundangan masing-masing berdasarkan kepada Perlembagaan Persekutuan atau negeri dan Peraturan Dewan.
Sambil menegaskan budaya perbahasan terbuka ketika mengendalikan urusan dewan juga perlu disuburkan, Najib berkata: "Saya berharap semua Speaker Parlimen dan DUN dapat memanfaatkan persidangan ini untuk bertukar pandangan dan pengalaman masing-masing dalam memantapkan pengurusan persidangan dewan."
Najib yang akan membentangkan Rancangan Malaysia Ke-11 pada 21 Mei ini di Dewan Rakyat juga berharap insitusi Parlimen dan DUN terus memainkan peranan sebagai semak dan imbang ke atas program kerajaan.
Dalam pada itu, Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia menyifatkan peranan Speaker Parlimen dan DUN kini semakin mencabar dalam memastikan perjalanan persidangan dewan berjalan lancar.
"Harapan kita ialah supaya anggota Parlimen dan DUN menggunakan institusi ini dengan penuh tanggungjawab bukan sahaja sebagai institusi yang meluluskan rang undang-undang tetapi juga sebagai landasan semak dan imbang yang lebih menyeluruh," katanya.
Pandikar Amin juga memaklumkan Malaysia akan menjadi tuan rumah Persidangan Speaker dan Yang Dipertua Dewan Negara-Negara Komanwel ke-23 dari 9 hingga 14 Jan 2016 di Kota Kinabalu, Sabah, yang akan dihadiri oleh speaker dari 53 negara Komanwel.
Bernama
Sat May 09 2015

NAJIB: Saya amat menghargai kualiti perbahasan termasuk cadangan yang dibawa oleh anggota Parlimen dalam perbahasan di peringkat Parlimen. -Gambar fail

Aduan jalan berlubang di WP perlu selesai dalam masa 12 jam - Dr Zaliha
Aduan mengenai jalan berlubang di Wilayah Persekutuan perlu diselesaikan dalam tempoh 12 jam berbanding 24 jam sebelum ini.
Aduan di Wilayah Persekutuan perlu selesai dalam masa 12 jam - Dr Zaliha
Aduan mengenai jalan berlubang di Wilayah Persekutuan perlu diselesaikan dalam tempoh 12 jam berbanding 24 jam sebelum ini.
Aliran trafik lancar 30 peratus tanpa kenderaan berat
Larangan pergerakan kenderaan berat di beberapa jajaran lebuh raya terpilih sekitar Lembah Klang menyaksikan aliran trafik lancar sehingga 30 peratus pada waktu puncak.

Mahkamah akan dengar saman bekas ADUN Nenggiri berhubung penamatan keahlian Bersatu
Mahkamah Tinggi memutuskan akan mendengar saman pemula difailkan bekas ADUN Nenggiri Mohd Azizi Abu Naim bagi mencabar penamatan keahliannya daripada Bersatu.
AWANI Ringkas: JIM gempur flat Chow Kit, tahan 124 PATI
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Saya sokong menggantung lesen atas kesalahan yang serius '- YB Jelutong
Menteri Pengangkutan berkata lesen tidak boleh dibatal sewenang-wenangnya oleh JPJ. Hukuman untuk menggantung lesen bergantung kepada tahap keseriusan dan ditentukan oleh mahkamah. #AWANInews

Pengasuh dengar suara Zayn Rayyan cuba lepaskan diri daripada seseorang
Pengasuh Zayn Rayyan telah mendengar suara kanak-kanak autistik itu seakan-akan mahu melepaskan diri daripada seseorang di Blok R, Pangsapuri Idaman pada 5 Disember 2023 lalu.

Sun Life Malaysia lantik Noor Azam Mohd Yusof sebagai CEO unit takaful
Sun Life Malaysia (Sun Life) melantik Noor Azam Mohd Yusof sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sun Life Malaysia Takaful Bhd (SLMT) berkuat kuasa 3 Feb, 2025.
'Kapal yang berlabuh tidak perlu serah dokumen secara fizikal'-Anthony
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke telah mengumumkan satu aplikasi di mana semua dokumen kapal yang berlabuh tidak perlu diserahkan secara fizikal dan akan dilakukan secara dalam talian. #AWANInews

Tol MLFF dilaksana PLUS usaha konsesi sendiri - Ahmad Maslan
Sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) yang akan dilaksanakan oleh PLUS adalah atas usaha persendirian syarikat konsesi itu.

Proses Transformasi Parlimen tidak patut lewat - Rais
Ketika ini konsep pengasingan kuasa antara legislatif dan eksekutif belum dilunaskan sepenuhnya.

Larangan merokok di Parlimen: Jelas campur tangan eksekutif terhadap legislatif
Notis larangan merokok oleh Kementerian Kesihatan di kawasan Parlimen adalah satu perbuatan campur tangan secara jelas badan Eksekutif terhadap legislatif, kata Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Joha

Najib tegaskan Parlimen bukan 'rubber stamp'
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan tidak pernah mengganggap Parlimen sebagai 'rubber stamp', sebaliknya sebagai institusi yang berkesan sebagai penggubal undang-undang negara.