Dalam situasi peningkatan ancaman keganasan secara global, Datuk Seri Najib Tun Razak berazam mahu memastikan kumpulan militan dan ideologi pelampau yang wujud di rantau ini dihapuskan.
Perdana Menteri menegaskan bahawa ekstremisme tidak mempunyai tempat dalam masyarakat.
Banyak negara di rantau ini telah menderita di tangan pelampau dan Malaysia tidak terkecuali seperti digambarkan oleh pembunuhan kejam rakyat Malaysia, Bernard Then oleh kumpulan militan di Filipina, baru-baru ini, katanya.
"Ini telah memberi saya keazaman yang lebih tinggi berbanding sebelum ini untuk memastikan bahawa segala langkah yang mungkin diambil bagi menghapuskan bukan sahaja kumpulan militan yang bangkit di rantau ini tetapi juga amalan ideologi pelampau mereka," katanya dalam temu bual dengan Bernama
Then, 39, seorang jurutera elektrik dari Sarawak, diculik dari sebuah restoran makanan laut di Sandakan, Sabah, 14 Mei lepas dan kemudian kepalanya dipenggal oleh kumpulan militan Abu Sayyaf di Pulau Jolo di Kepulauan Sulu, selatan Filipina, Rabu lepas.
Najib berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada soalan yang dikemukakan oleh Bernama sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-27 dan Sidang Berkaitan di sini.
Katanya beliau turut menggesa negara-negara anggota ASEAN untuk menyuarakan tentangan serta menolak ekstremisme dan menyokong kesederhanaan.
Pemimpin ASEAN perlu menangani semua bentuk radikalisasi dan keganasan kejam serta manifestasi yang mendorong kepada keganasan, katanya.
"Ini termasuk pencegahan radikalisasi, pembiayaan, merekut dan menempatkan individu-individu dalam kumpulan pengganas," katanya.
Najib berkata dalam perang terhadap keganasan, Malaysia akan melihat kepada kerjasama bukan sahaja dengan negara-negara anggota ASEAN yang lain malah negara-negara lain di luar rantau ini.
Dalam mengesahkan perkara itu, Najib berkata Kuala Lumpur akan menghoskan Persidangan Antarabangsa Mengenai Radikalisasi dan Keganasan Melampau pada 25 dan 26 Jan tahun depan.
Persidang tersebut, katanya bukan sahaja melibatkan negara-negara anggota ASEAN tetapi juga negara-negara lain iaitu Australia, China, Perancis, Jepun, Arab Saudi, Emiriyah Arab Bersatu (UAE), United Kingdom dan Amerika Syarikat.
"Bagaimanapun, kata-kata sahaja tidak memadai dan saya ingin memberi jaminan kepada rakyat kami bahawa kita akan melihat kepada langkah-langkah padu yang boleh diambil bagi menangani penyebaran radikalisasi dan ekstremisme secara menyeluruh," katanya.
Mengenai masalah pergerakan migran yang tidak teratur di negara-negara ASEAN, perdana menteri berkata usaha global oleh semua negara diperlukan bagi memecahkan kancah kitaran ganas eksploitasi.
Isu ini bukan sahaja membawa kebimbangan mendesak kepada ASEAN tetapi juga kepada komuniti antarabangsa, katanya.
Najib berkata ia membabitkan sindiket pemerdagangan dan penyeludupan manusia yang mengambil kesempatan terhadap orang yang mahu mencari kehidupan yang lebih baik untuk diri dan keluarga mereka.
"Kami percaya menangani masalah punca adalah penting dan Malaysia sudah pasti akan melaksanakan tanggungjawabnya dalam menangani krisis tragis dan rumit ini," katanya.
Dalam membuktikan komitmen serius ASEAN ke arah tujuan ini, katanya pemimpin ASEAN akan memeterai Konvensyen ASEAN Bagi Menentang Pemerdagangan Manusia Terutama Wanita dan Kanak-Kanak pada sidang kemuncak kali ini, justeru menandakan keazaman perkumpulan ini untuk meringankan penderitaan yang dahsyat akibat pemerdagangan manusia.
Berhubung masalah pencemaran jerebu yang melanda rantau ini setiap tahun, Najib berkata Kuala Lumpur akan terus bekerjasama ke arah mencapai Wawasan ASEAN iaitu sebagai rantau bebas jerebu menjelang 2020.
Bernama
Thu Nov 19 2015
NAJIB: Pemimpin ASEAN perlu menangani semua bentuk radikalisasi dan keganasan kejam serta manifestasi yang mendorong kepada keganasan. - Foto BERNAMA
Lebih 18,000 pelarian kembali ke Afghanistan
Lebih 18,000 pelarian Afghanistan kembali ke tanah air dari negara jiran, Pakistan, bulan lepas, lapor Xinhua yang memetik media tempatan, Tolo, pada Sabtu.
Latvia henti kebergantungan grid elektrik Rusia
Latvia antara tiga negara baltik yang terbaharu mengambil keputusan dramatik memutuskan hubungan serta kebergantungan dengan grid kuasa elektrik dengan Rusia pada Sabtu. Pelan itu adalah sebagai sebahagian dari rancangan Latvia untuk memacu keselamatan dan mengintegrasikan hubungan dengan negara-negara dibawah Kesatuan Eropah (EU).
Lepaskan lapan das tembakan di pusat beli-belah, lelaki warga tempatan sedang dijejaki polis
Penembak itu bertindak melarikan diri dari pusat beli-belah tersebut, dia dipercayai masih berada di kawasan berhampiran.
[TERKINI] Polis sahkan kejadian tembakan di pusat membeli belah
Ratusan pengunjung yang sedang berada di dalam sebuah pusat beli-belah di Shah Alam berada dalam keadan cemas apabila dipercayai berlaku satu insiden tembak-menembak di lokasi berkenaan.
Berdasarkan video yang tular, difahamkan pekerja premis pusat beli-belah itu telah membuat keputusan untuk menutup sementara pintu gulung (roll shutter) premis itu.
Berdasarkan video yang tular, difahamkan pekerja premis pusat beli-belah itu telah membuat keputusan untuk menutup sementara pintu gulung (roll shutter) premis itu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 8 Februari 2025.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Angka korban di seluruh Gaza meningkat kepada 48,181, lebih 111,630 cedera
Dalam tempoh 48 jam lepas sahaja, 26 lagi rakyat Palestin dilaporkan terbunuh, termasuk 22 mayat yang ditemukan daripada runtuhan.
Tumpuan Ahad – 9 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (8 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Parti pimpinan Modi dijangka takluk New Delhi
Parti Perdana Menteri India Narendra Modi Bharatiya Janata Party (BJP), dijangka memperoleh kemenangan besar dalam pilihan raya dewan perundangan tempatan di Delhi. Trend pengiraan undi pada Sabtu menunjukkan BJP memenangi lebih daripada 45 kerusi dalam dewan perundangan 70 anggota, mengatasi Aam Aadmi Party (AAP) yang dipimpin bekas Ketua Menteri Delhi Arvind Kejriwal.
Abu mendiang Bernard Then tiba di Malaysia
Abu mayat mendiang Bernard Then Ted Fen, jurutera Malaysia yang dibunuh di Filipina tahun lalu, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 6.50 petang Sabtu.
Mayat Bernard Then dibakar di Manila hari ini
Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem berkata beliau dimaklumkan bahawa mayat mendiang telah dibakar di Perkuburan Pasay City.
Mayat tanpa kepala di Jolo milik Bernard Then - Khalid
Pihak berkuasa Filipina mengesahkan mayat tanpa kepala yang dijumpai di Kepulauan Jolo di selatan negara itu adalah milik mangsa culik rakyat Malaysia, Bernard Then Ted Fen susulan ujian DNA.
Malaysia guna saluran diplomatik bawa pulang jasad Bernard Then - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid Hamidi berkata usaha sedang dijalankan agar tuntutan ke atas mayat Then oleh keluarga mendiang dapat dijalankan dengan mudah.
Najib mahu mayat Bernard Then dibawa pulang segera dari Filipina
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu pegawai Malaysia bekerjasama dengan pihak berkuasa Filipina untuk membawa pulang mayat rakyat Malaysia Bernard Then Ted Fen dengan secepat mungkin.
Ujian DNA sahkan kepala yang ditemui milik Bernard Then - KPN
Pihak berkuasa Filipina telah mengesahkan secara lisan bahawa kepala yang dijumpai di selatan negara itu adalah milik Bernard Then.
'Mayat tanpa kepala disyaki Bernard Then ditemui di Sulu' - Reezal
Mayat tanpa kepala yang dijumpai tentera Filipina baru-baru ini di Sulu disyaki rakyat Malaysia yang menjadi tebusan kumpulan penculik dari Selatan Filipina, Bernard Then.
Malaysia akan mohon ekstradisi dua suspek penculik Bernard Then
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya sudah menerima laporan berkenaan tangkapan dua suspek dikenali sebagai Kadafi Kamsa dan Saddam Jailani oleh pihak berkuasa Filipina.
ASEAN diseru sepakat tolak ekstremisme dalam ASEAN - Najib
Datuk Seri Najib Tun Razak meminta negara-negara ASEAN bersepakat menentang ancaman ekstremisme.
Najib tekad mahu hapus kumpulan militan dan amalan ideologi mereka di rantau ini
Datuk Seri Najib Tun Razak berazam mahu memastikan kumpulan militan dan ideologi pelampau yang wujud di rantau ini dihapuskan.