KUALA LUMPUR: Seorang penganalisis Bank Negara Malaysia (BNM) memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak menerima RM2.3 bilion hasil 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dalam empat fasa dari 2011 hingga 2014 melalui dua akaun peribadinya di AmIslamic Bank Berhad.
Adam Ariff Mohd Roslan, 34, berkata menurut analisisnya, jejak wang dana tersebut yang diterima oleh dua akaun bank peribadi (berakhir dengan nombor 694 dan 880) boleh dikesan dan dibahagikan kepada empat fasa iaitu fasa Good Star, fasa Aabar-BVI, fasa Tanore dan fasa beli balik opsyen antara 2011 dan 2014.
"Bagi fasa Good Star antara 23 Feb 2011 dan 14 Jun 2011, sejumlah RM60,629,839.43 daripada hasil yang dikreditkan ke dalam akaun 694 AmPrivate Banking - MR Najib di AmIslamic Bank, daripada akaun di Riyad Bank, Arab Saudi, boleh dikesan kepada terbitan bon Nota Jangka Sederhana Islam (IMTN) 1MDB pada 2009 dan pinjaman bertempoh bersindiketnya pada 2010.
"Untuk fasa Aabar-BVI antara 30 Okt 2012 dan 20 Nov 2012, sebanyak RM90,899,927.28 daripada hasil yang dikreditkan ke dalam akaun 694 Najib, daripada akaun di Standard Chartered Bank, Singapura, atas nama Blackstone Asia Real Estate Partners, didapati boleh dikesan kepada bon yang diterbitkan oleh 1MDB Energy (Langat) Ltd pada 2012," kata penganalisis itu, yang dipinjamkan ke pasukan petugas 1MDB Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 2018.
Saksi pendakwaan ke-47 itu berkata demikian ketika membacakan pernyataan saksinya pada perbicaraan kes penyelewengan RM2.3 bilion dana 1MDB yang dihadapi bekas perdana menteri itu.
Saksi itu berkata bagi fasa Tanore antara 21 Mac 2013 dan 10 April 2013, sejumlah RM2,081,476,926.00 daripada hasil yang dikreditkan ke dalam akaun 694 Najib, daripada akaun di Falcon Private Bank, Singapura, yang atas nama Tanore Finance Corp, didapati boleh dikesan kepada bon yang diterbitkan oleh 1MDB Global Investment Ltd pada 2013.
Selain itu, Adam Ariff turut menjelaskan bahawa bagi fasa beli balik opsyen pada 23 Jun 2014, sejumlah RM4,093,500.00 daripada hasil dikreditkan ke dalam akaun 880 AmPrivate Banking - 1MY Najib di AmIslamic Bank, daripada akaun di DBS Bank, Singapura, atas nama Blackrock Commodities (Global) Ltd, boleh dikesan kepada hasil pinjaman US$250 juta 1MDB Energy Holdings Ltd pada 2014.
"Semasa fasa beli balik opsyen antara 23 Okt 2014 dan 19 Dis 2014, sejumlah RM45,837,485.70 daripada hasil yang dikreditkan ke dalam akaun 880 Najib daripada akaun di Bank Amicorp, Barbados, atas nama Vista Equity International Partners Limited, didapati sebahagiannya boleh dikesan kepada hasil pinjaman US$975 juta 1MDB Energy Holdings Ltd pada 2014," katanya.
Najib, 70, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan rasuah berjumlah RM2.3 bilion milik 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 30 2023

Najib (tengah) hadir di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur bagi perbicaraan kes yang dihadapinya berhubung 1Malaysia Development Bhd (1MDB). -Bernama

Meta akan mulakan ujian Community Notes di Facebook, Instagram dan Threads
Meta, syarikat induk Facebook, Instagram dan Threads, mengumumkan pada Khamis, ia akan memulakan ujian Community Notes di platformnya.

All England: Kecederaan tidak halang Pearly-Thinaah layak ke suku akhir
Pearly mempamerkan daya tahan yang luar biasa dengan mengatasi ketakutan terhadap kecederaan pada set kedua untuk melonjakkan dirinya dan Thinaah, ke suku akhir All England di Birmingham hari ini.
Donatella Versace letak jawatan sebagai Ketua Pegawai Kreatif Versace
Jawatan itu akan diambil oleh bekas Pengarah reka bentuk dan imej jenama Miu Miu, Dario Vitale berkuat kuasa 1 April 2025.
Polis sahkan ancaman senjata palsu, hospital selamat digunakan
Jabatan Sheriff Daerah San Bernardino mengesahkan menerima panggilan daripada seorang suspek lelaki yang memaklumkan dia mendengar suara dalam kepala mengarahnya untuk membunuh orang.
Constantine Tassoulas rasmi Presiden baru Greece
Tassoulas, 65 tahun, menggantikan Katerina Sakellaropoulou yang penggal lima tahunnya tamat pada awal Mac lalu.
NHS England dimansuhkan, elak pertindihan
Badan bebas, Perkhidmatan Kesihatan Nasional (NHS) Englands dimansuhkan susulan penyususnan semula yang ketat di bawah kepimpinan baharu.
Pemimpin masyarakat disaran bantu perjelas dasar kerajaan
Pemimpin masyarakat perlu membantu dalam memperjelaskan dasar dan kejayaan yang dicapai oleh Kerajaan MADANI kepada rakyat.
Satu daripada 3 kanak-kanak Malaysia alami masalah obesiti
Laporan NHMS menunjukkan satu daripada tiga kanak-kanak Malaysia mengalami masalah lebihan berat badan atau obesiti.
Elaun pelatih PLKN digantikan elaun perjalanan berstruktur
Kerajaan telah memutuskan untuk menggantikan pemberian elaun harian sebanyak RM8 kepada pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 dengan elaun perjalanan yang lebih berstruktur.
Jho Low masih dalam senarai permohonan notis merah INTERPOL
Kementerian Dalam Negeri menegaskan permohonan notis merah kepada Polis Antarabangsa (Interpol) terhadap Jho Low masih lagi aktif dan berkuat kuasa sehingga hari ini.

USD700 juta dipindah kepada syarikat Jho Low tanpa kelulusan Lembaga Pengarah - Saksi
Bekas pegawai penyiasat kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) R. Rajagopal berkata tiada kelulusan Lembaga Pengarah diperoleh bagi memindahkan USD700 juta dana syarikat itu kepada Good Star Limited.

31 Julai pendengaran injunksi 1MDB untuk bekukan aset Rosmah lebih AS$346 juta
Mahkamah tetapkan 31 Julai untuk mendengar permohonan injunksi difailkan 1MDB terhadap Rosmah bagi menghalang beliau daripada mengeluarkan atau melupuskan mana-mana asetnya bernilai lebih RM1.6 bilion

Mahkamah benar perintah larangan akses terhadap barangan kemas berkaitan 1MDB
Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan kerajaan untuk mengeluarkan perintah larangan terhadap Pengarah PSI Tarek Obaid daripada mengakses 41 barang kemas dikaitkan dengan 1MDB.

Hantaran Facebook Najib tidak wajar - DPP
Pihak pendakwaan berhujah bahawa kenyataan media itu sepatutnya dilaporkan secara faktual dan objektif tanpa membuat sebarang kesimpulan.

Keputusan representasi Najib gugur tuduhan kes dana SRC RM27 juta diketahui 6 Mei
Peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, akan menyerahkan surat tambahan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk mendapatkan maklum balas mengenai representasi tersebut.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 7 Mac 2025.

1MDB diarah bayar kos RM225,000 kepada anak tiri Najib, syarikatnya
Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membayar kos sebanyak RM225,000 kepada Riza Shahriz Abdul Aziz, dan dua syarikatnya.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 6 Mac 2025.

Mahkamah sekat akses akaun bank luar negara, saham berkaitan 1MDB
Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan permohonan kerajaan untuk mengeluarkan perintah sekatan terhadap akaun bank dan saham milik putera Arab Saudi Putera Faisal Turki Al Saud dan bekas penasih

'Saya bukan proksi Najib' - Bekas Pengerusi 1MDB
Bekas Pengerusi 1MDB memberitahu tidak dilantik dalam syarikat pelaburan strategik negara itu semata-mata untuk memastikan semua keputusan Najib dilaksanakan.