KUALA LUMPUR: Pegawai penyiasat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) memberitahu Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa, Datuk Seri Najib Razak tidak memberi kerjasama ketika disoal siasat berhubung penyelewengan dana syarikat strategik negara, pada 3 Oktober 2018.
Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA), Asisten Komisioner Foo Wei Min berkata demikian ketika prosiding kes rasuah dan AMLA dana 1MDB, membabitkan bekas Perdana Menteri itu, di hadapan Hakim, Datuk Collin Lawrence Sequerah (kini Hakim Mahkamah Rayuan).
Saksi ke-48 pendakwaan itu berkata, Najib beritahu, “Saya akan jawab di mahkamah” ketika disoal mengenai lima transaksi yang ditunaikan kepada beberapa pihak, pada 2013.
Transaksi itu membabitkan lima cek, iaitu RM20 juta ke akaun UMNO, UMNO Batu Kawan (RM100,000), ahli perniagaan, Lim Soon Peng (RM246,000), Syarikat Orb Solutions Sdn Bhd (RM2 juta) dan firma Semarak Konsortium Satu Sdn Bhd (RM303,000).
Ketika menjawab soalan peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili bekas Ahli Parlimen Pekan, Wei Min ini bersetuju bahawa, siasat terhadap bekas bekas Presiden UMNO itu berlaku selepas pendakwaan di Mahkamah Tinggi di sini dibuat, pada 20 September tahun sama.
"Beliau (Najib) berulang kali menyatakan akan menjawab di mahkamah, kerana telah didakwa berhubung RM2.08 bilion dana 1MDB, yang mana ia dipindahkan ke akaun lain termasuk bank peribadi miliknya," kata Wei Min selepas diasak Muhammad Shafee.
Najib, 70, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dalam dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah wang yang sama.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Nov 14 2023

Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (dua, kanan) hadir bagi sambungan prosiding sebutan kes penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MBD) di Mahkamah Tinggi hari ini. - Foto Bernama

KWSP tidak rugi, raih RM102 juta daripada penjualan saham MAHB - Amir Hamzah
MAHB telah dijual pada harga antara RM6.80 dan RM7.70 seunit, menghasilkan pendapatan berjumlah RM102 juta untuk agihan dividen KWSP bagi tahun kewangan 2023.

Datuk, dua cucu maut dalam kebakaran di Labuan
Mangsa dikenali sebagai Morris Chong Hoon Cheung, Shahwin Kind Chong Shahmioon dan Shayviann Kyrona Ruby Chong Shahmioon.
Sehingga RP5 RMKe-12, 73 projek dalam pelaksanaan - Fadillah
Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof memberitahu Parlimen, sehingga Rolling Plan 5 (RP5) RMKe-12 sebanyak 136 projek tebatan banjir telah diluluskan dengan kos RM22.8 bilion serta 35 projek sedang dalam pra-pelaksanaan.
Jelasnya, kerajaan telah menilai semula projek tebatan banjir selepas 2022 untuk memberi keutamaan kepada kawasan-kawasan kritikal berdasarkan proses pentadbiran dan peruntukan kontrak yang bersesuaian.
Jelasnya, kerajaan telah menilai semula projek tebatan banjir selepas 2022 untuk memberi keutamaan kepada kawasan-kawasan kritikal berdasarkan proses pentadbiran dan peruntukan kontrak yang bersesuaian.
Pihak negeri, PBT perlu utamakan pencegahan banjir - Fadillah
Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof memberitahu Parlimen, Kerajaan memerlukan kerjasama dengan Kerajaan negeri dalam pelaksanaan projek tebatan banjir terutamanya berkaitan pengambilan tanah dan pengalihan utiliti.
Jelasnya, pencegahan di peringkat negeri dan PBT perlu diberi perhatian serta pembangunan mesti mengikut garis panduan bagi mengurangkan risiko banjir dan tanah runtuh.
Jelasnya, pencegahan di peringkat negeri dan PBT perlu diberi perhatian serta pembangunan mesti mengikut garis panduan bagi mengurangkan risiko banjir dan tanah runtuh.

MBPP arah medan selera di Pulau Tikus ditutup 14 hari
MBPP menjalankan operasi di kedai itu semalam, dan mendapati kebersihan premis berkenaan tidak mencapai tahap memuaskan.

Keselamatan perairan Selat Melaka terkawal - APMM
APMM tidak menerima sebarang laporan berkaitan insiden ancaman di Pantai Remis, Perak seperti didakwa dalam beberapa laporan media semalam.

Kes tipu umrah: Pegawai kementerian sudah berkunjung ke pejabat Hejira - Timbalan Menteri MOTAC
Kertas siasatan kes penipuan umrah melibatkan syarikat Hejira Travel & Tours Sdn Bhd telah lengkap.

Pegawai imigresen KLIA 'ditangkap' selit 12 pasport di pinggang
JIM menemui 12 keping pasport asing pada badan seorang pegawai JIM di Pejabat Operasi Terminal 2 KLIA pada 1 Januari lalu.

UCL: Hatrik Mbappe buat Manchester City berputih mata
Dengan jaringan hatrik daripada penyerang itu, Madrid meneruskan kemaraan dengan agregat 6-3.
TVET Pertanian tidak pernah dipinggirkan - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberitahu Parlimen, Majlis TVET Negara akan memberi tumpuan kepada TVET berkaitan pertanian dan bukan pertanian.
Majlis TVET Negara akan menyantuni dan memberi tumpuan kepada juruteknik dan jurutera berkaitan pertanian.
Majlis TVET Negara akan menyantuni dan memberi tumpuan kepada juruteknik dan jurutera berkaitan pertanian.

1MDB: Azam Baki arah teruskan siasatan sehingga dapat bukti kukuh - Saksi
Menurut saksi, Azam mengarahkannya untuk terus menyiasat kes RM2.6 bilion melibatkan Najib, walaupun selepas bertemu dengan individu yang didakwa sebagai "penderma" dari Arab Saudi di Istana Riyadh.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 10 Februari 2025.

1MDB: Saya tak dengar perbualan bantuan dana antara Najib dan Raja Arab Saudi - Saksi
Bekas Duta Malaysia ke Arab Saudi hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa beliau tidak mendengar perbualan berkaitan bantuan dana yang dibincangkan Najib dan Raja Arab Saudi.

Himpunan lebih besar akan digerakkan - Bersih
Kerajaan MADANI digesa bertindak bagi melaksanakan janji reformasi terutamanya tiga tuntutan yang diminta.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 24 Januari 2025.

Kes 1MDB: Najib akui pengalamannya dalam korporat minimum, sebelum sertai politik
Najib memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa pengalamannya dalam tadbir urus korporat adalah minimum, sebelum beliau memulakan kerjaya politiknya.

Panggilan kepada Putera Mahkota UAE untuk dokumenkan pinjaman Riza Aziz - Najib
Najib berkata panggilan telefon itu bertujuan untuk mendokumenkan pinjaman yang diperoleh anak tirinya Riza Aziz daripada Aabar Investments PJS.

Mahkamah Rayuan tetapkan 2 Julai untuk dengar rayuan Najib saman Tommy Thomas
Mahkamah Rayuan menetapkan 2 Julai ini untuk mendengar rayuan Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mengembalikan semula saman RM1.9 juta terhadap bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas.

Najib guna panggilan telefon untuk pengaruh 1MDB jalin usaha sama dengan PSI - Pendakwaan
Pihak pendakwaan dalam perbicaraan Najib di Mahkamah Tinggi mendakwa bekas Perdana Menteri itu menggunakan panggilan telefon untuk memberi tekanan kepada 1MDB supaua membentuk usaha sama dengan PSI.

Najib mengaku bersemuka, tidak selesa gaya hidup mewah Jho Low
Semasa pemeriksaan balas oleh Mohamad Mustaffa, Najib berkata beliau tidak selesa dengan gaya hidup Jho Low dan bersemuka dengannya berhubung perkara itu.